Iklan

Memaparkan catatan dengan label Laluan Basikal Dataran Merdeka-MidValley. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laluan Basikal Dataran Merdeka-MidValley. Papar semua catatan

13 Mei 2015

Panduan laluan basikal Dataran Merdeka - Mid Valley Megamall

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Gua berhenti sat karang cerita Ride Menjejak Salasilah Selatan Thai. Lepas catatan ni gua sambung karang balik ye.

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak tahu kewujudan laluan basikal dan pejalan kaki yang menghubungkan di antara Dataran Merdeka dengan pusat beli belah terkemuka Lembah Klang iaitu Mid Valley Megamall.

Laluan sepanjang 5.5 KM ini atas inisiatif serta kerjasama Kuala Lumpur Bicycle Maps Project dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menelan belanja hampir RM 700,000 ini baru sahaja dirasmikan bulan lepas oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur sendiri iaitu Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal bin Hj. Talib.

Minggu lepas baru gua ada kesempatan nak cuba berkayuh di laluan basikal ni. Masa hari perasmian dapat jemputan bukan main semangat nak turut serta. Hangat-hangat tahi ayam je. Boleh pulak terlajak terbongkang di rumah masa tersebut. Tekad dan azam tu dah ada, tapi tak istiqamah dalam berbasikal. Punah.

Nak dijadikan cerita, Sabtu lepas mood untuk berbasikal sudah mari ! Pukul 8.00 pagi-pagi lagi tu dia bukan main semangat dah keluar rumah. Kelihatan suatu susuk tubuh gendut dan berwajah aneh sedang gigih mengayuh basikal fatbike-nya ke ibukota Kuala Lumpur.

"Sebentar ! Sebentar !"

Gua disapa oleh sekumpulan penunggang basikal di Jalan Sultan Ismail dalam perjalanan menuju ke KLCC. Semuanya taraf pakcik-pakcik dan pucuk muda ada la kot 2 orang.

Bisa bawa kami ke Menara Berkembar ?

Gua ok je. Rupanya mereka ini dari Pontianak, Indonesia. Mohon Google bagi yang tak tahu di mana tu Pontianak. Dia dekat-dekat dengan negeri Sarawak. Datang berkunjung ke Malaysia kerana ada acara berbasikal di Putrajaya keesokkan harinya. Semua pun dressing ala-ala Le Tour de Langkawi.

Gua tengok diri sendiri. Seluar track suit yang hampir koyak di kangkang berpasangan dengan baju I Love Cambodia. Malu sat.

Kayuh tak sampai 100 meter, ada seorang ahli kumpulan mereka yang tayar sepedanya pancit. Pam pun tak ada. Tahan-tahan motor di tepi jalan untuk tumpang ke stesen minyak terdekat pun tak ada yang berhenti memberi pertolongan. Mujur jumpa seorang budak Cina yang kebetulan berkayuh lalu di situ. Pinjam pam sat dan selesai masalah.


Geng-geng pakcik sepeda dari Pontianak, Indonesia. Basikal salah seorang ahli pancit dalam perjalanan ke KLCC.

Sesi bergambar di Menara Berkembar KLCC.

Pakcik-pakcik ni nak bergambar di depan Menara Berkembar KLCC. Mereka panggil 'menara berkembar' bukan KLCC. Gua bawa mereka ke simpang empat depan Suria KLCC tu. Gua la jadi jurugambar mereka. Senget sana tonggeng sini ambik gambar mengalahkan pro.

Ada yang ajak naik atas KLCC tengok pemandangan. Gua kata tak boleh. Kena tempah dulu walaupun nak ke 'skybridge' tu. Kalau nak naik atas menara tengok pemandangan boleh pergi ke Menara Kuala Lumpur. Sana barulah tempat dia.

Langit dah semakin gelap menandakan hari nak hujan. Kami berpisah di persimpangan KLCC tersebut. Pakcik-pakcik basikal tadi nak balik semula hotel mereka di Chow Kit. Gua bagi panduan sikit macam mana nak balik ke sana. Tak tahulah mereka faham ke tak.

Gua terdampar di Menara UOA KLCC bila hujan lebat turun tak lama lepas tu. Berhenti berteduh sementara menunggu hujan berhenti. Nasib baik ada wifi percuma yang dicilok dari premis Starbucks berdekatan. Boleh la berkomunikasi dengan dunia luar sambil-sambil look-around Wechat sekejap. Mana tahu ada jodoh. Eh.


Berhenti berteduh di Menara UOA KLCC.

Sementara menunggu hujan reda, cilok wifi Starbucks dulu. Bukan tak nak masuk, tak tahu nak order apa. Kih !


Bila hujan dah 'seriat' (orang Kedah panggil), gua sambung balik kayuh ke Dataran Merdeka. Baru pukul 10.00 pagi. Apahal ramai semacam ni dengan budak-budak sekolah berpakaian sukan di Dataran Merdeka ni. Oh rupanya ada Larian Bersama Bomba. Patutlah abang-abang bomba berpeluh sakan. Jentera-jentera Jabatan Bomba & Penyelamat memenuhi ruang di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Sudah. Bukan nak cerita pasal bomba. Kembali kepada tajuk asal. Laluan basikal di antara Dataran Merdeka dan Mid Valley Megamall. Kalau hangpa dari Dataran Merdeka, cari Muzium Tekstil dan akan nampak laluan berwarna biru khas dengan simbol basikal. Ikut je laluan tu. Senang bukan ?

Kita akan melalui tebing Sungai Klang sepanjang perjalanan dari Dataran Merdeka ke Mid Valley. Selain penunggang basikal, laluan ini juga khas untuk pejalan kaki. Motorsikal memang tidak dibenarkan untuk mengikut laluan khas ni. Ada palang-palang hadangan yang dibina. 

Jangan ingat tak ada Penguatkuasa DBKL yang meronda. Dua kali jugak gua selisih dengan Penguatkuasa DBKL masa gua ikut laluan ni. Memang tugas dia cari salah orang dan bagi saman je.

Nah boleh rujuk panduan bergambar bagi yang pertama kali nak cuba ikut laluan basikal Dataran Merdeka -Mid Valley Megamall.

Dari Menara Tekstil, ikut jalan ke arah Sungai Kelang dan ambil kanan.

Ikut sahaja laluan basikal yang berwarna biru. Berhenti di lampu isyarat Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur.

Tekan butang untuk melintas. Lintasan basikal berhampiran Pejabat Pos Kuala Lumpur.

Menyelusuri laluan basikal di pinggir Jalan Tun Sambathan. Di belah kiri pulak Sungai Klang.

Laluan berbasikal dua hala yang dibina cukup luas.

Fatbike XDS Warlord sedia meredah jalan yang basah selepas hujan.

Kehidupan di bawah jambatan Sungai Klang.

Ikut laluan basikal yang berwarna biru. Insyaallah tak sesat.

Berhenti dulu tengok kiri kanan sebelum melintas di persimpangan Jalan Sultan Sulaiman tak jauh dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Ikut jalan tadi tembus tepi Sungai Kelang ni. Banyak air bertakung di laluan basikal kawasan ni.

Laluan berbasikal menghampiri Stesen Monorail Tun Sambathan.

Logo atau simbol basikal jelas kelihatan sepanjang perjalanan.

Laluan berbumbung di Stesen Monorail Tun Sambathan.

Awas. Basikal melintas.

Lintas ke seberang jalan sana di bawah landasan monorail.

Hon-hon la kalau sampai kat selekoh ni. Kalau tak ada hon tengok cermin. Takut berlanggar.

Baru-baru ni memang cantik. Takut dah lama nanti tak jadi jalan basikal dah.

Keluar di Jalan Berhala.

Kawasan Jalan Berhala ni banyak kereta sikit. Hati-hati. Laluan warna biru kadangkala kena tindih dengan kereta.

Papan tanda laluan basikal. Nak ke Midvalley atau Brickfiled pun boleh.

Laluan basikal yang telah dihalang oleh salah sebuah kereta.

Kalau DBKL nampak ni boleh kena saman atau tunda.

Pagar-pagar besi yang memisahkan laluan berbasikal dengan kawasan persendirian.

Pemandangan menarik sepanjang melalui laluan berbasikal ke Mid Valley.

Laluan lurus di sepanjang Sunagi Klang. Pagar-pagar yang baru dibina dan dicat. 

Pokok-pokok tua yang dipelihara DBKL. Boleh tahan seram ni kalau malam-malam.

Berhenti lagi untuk melintas jalan besar.

Jambatan yang merentangi ke Jalan Syed Putra.

Kompleks Tun Sambathan dikejauhan.

Tiang-tiang penghadang yang dibina bagi mengelakkan laluan basikal digunakan kenderaan lain seperti motorsikal.

Beli ! Jual ! Ruang awam ! Reclaim Merdeka Park !

Salah satu lokasi kegemaran sepanjang laluan berbasikal ke Mid Valley.

Penguatkuasa DBKL meronda dengan basikal masing-masing sepanjang laluan ini.

Setahun yang lalu, kawasan ini adalah semak samun.

Atas inisiatif DBKL dan Bicycle Maps Project Kuala Lumpur yang bersusah payah membuka laluan berbasikal ini.

Laluan berbasikal seumpamanya di Kuala Lumpur untuk kegunaan masyarakat kota.

'Flyover' yang merentangi lalaun basikal.

Sungai Klang mengalir deras selepas hujan.

Gua kayuh sorang-sorang. Tak selisih dengan siapa pun lagi kecuali Penguatkuasa DBKL.

Terus ke Mid Valley. ambil kanan boleh ke Brickfield.

Jambatan keretapi.

Dah nak sampai dah Mid Valley. Tak terasa pun jauh dari Dataran Merdeka.

Laluan basikal sampai di sini. Di depan sana lorong motorsikal Mid Valley.

Masuk lorong motorsikal pulak.

Basikal ikut kiri.

Jalan motorsikal bersebelahan Stesen KTM Mid Valley.

Tempat letak basikal Mid Valley Megamall. Penguatkuasa DBKL tadi ada di situ tengah menyaman motorsikal yang parking di tempat basikal.

Teruskan hingga ke bulatan Mid Valley.

Terowong jalan motorsikal Mid Valley.

Selamat tiba di bulatan Mid Valley.
Kalau lajak lepas bulatan ni boleh lajak ke Subang Jaya atau Shah Alam ikut jalan motorsikal.

Bulatan motorsikal Mid Valley Megamall.

Patah balik melalui laluan yang sama. Abang DBKL masih dalam tugas menyaman.

Jalan motorsikal tamat di sini. Motor kena keluar jalan besar.

Bermulanya laluan berbasikal dari Mid Valley. Penghadang untuk menghalang kenderaan lain.

Jalan berturap yang cantik sepanjang laluan berbasikal Mid Valley - Dataran Merdeka.

Melalui jalan dan pemandangan yang sama ketika berpatah balik ke Dataran Merdeka.

St Teresa School.

Tempat pembersihan monorel.

Masuk balik ke Jalan Berhala.

Melalui kawasan pembinaan berhampiran landasan monrel Tun Sambathan.

Pak guard yang menjaga kawasan pembinaan.

Tidak pasti kalau malam laluan ini dibuka atau tidak.

Masa balik selisih dengan geng basikal lipat.

Laluan berbumbung Stesen Monorel Tun Sambathan.

Laluan kontra dua hala.

Jalan masih basah waktu balik ke Dataran Merdeka.

Troli golongan gelandangan di tengah jalan.

Simpati dengan pakcik ni. Masa lalu tadi troli ada, orangnya tak ada.

Dari Dataran Merdeka ke Mid Valley hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit je kalau santai-santai macam gua kayuh sambil menikmati pemandangan Sungai Klang. Nak joging ke jalan-jalan petang pun boleh dengan anak bini. Sekarang ni pun DBKL tengah menyiapkan projek 'River of Life' bagi mencantikkan kawasan sekitar Sungai Klang untuk kemudahan orang ramai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...