السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Masih berkisarkan dengan dunia permotoran. Dinamakan 'Saturday Breakfast Ride' atau sesi tunggangan mencari sarapan di hujung minggu. Kali ini berkisahkan tunggangan hari minggu atau '
weekend ride' ala-ala
touring yang dianjurkan oleh kami geng
The Highlanders Motorsport.
Ini semua adalah hasil idea akhir beberapa hari sebelum tu. Sembang mulut dah memang lama hendak merasai selekoh Kuala Klawang yang hangat diperkatakan oleh kaki-kaki ride, tetapi tidak kesampaian sehinggalah ke waktu ini. Seperti biasa, menjadi tugas gua melakukan rutin memeriksa peta perjalanan dan laluan mana yang akan ditempuh.
Jentera yang terlibat kali ini bukanlah motorsikal berkuasa besar atau superbike akan tetapi cukup sekadar dengan jentera kapcai dan juga skuter.
Hanya 3 buah motorsikal sahaja yang terbabit dalam hari kejadian. Dua buah kapcai dan sebuah skuter. Antaranya adalah Yamaha Nouvo LC 135 (gua), Suzuki Belang 150 (Affendy) dan Honda Dash 110 (Ahmad).
Ride ke Kuala Klawang, Negeri Sembilan kali ini berlangsung dua minggu awal sebelum
Cameron Highland Ride yang diceritakan pada catatan sebelum ini. Jarak yang ditempuh pergi balik adalah lebih kurang 300 KM melalui 3 buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Tujuan utama aktiviti Saturday Breakfast Ride ini diadakan adalah untuk merasai sendiri lenggok selekoh jalan Hulu Langat - Kuala Klawang yang hangat diperkatakan para bikers tegar.
Jalan yang berbukit-bukau disertai dengan selekoh-selekoh tajam menjadi idaman para bikers. Kebanyakan geng motorsikal berkuasa tinggi menjadikan Kuala Klawang ini sebagai trek mingguan mereka.
'Kuala Klawang International Circuit'
Laluan / Route
Kuala Lumpur (Desa Pandan) - Bukit Ampang - Batu 14 Hulu Langat - Kuala Klawang - Simpang Pertang - Durian Tipus - Karak -Bentong (Jalan Lama) - Genting Sempah - Jalan Gombak Lama - Kuala Lumpur
|
Sesi touring dan cornering (meleper) menjelajah 3 buah negeri dalam satu hari. Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. |
|
Legasi 585. Yamaha Nouvo LC 135 & Sym VTS 200. |
|
Perjalanan bermula di sebuah restoran mamak di Desa Pandan. Janji dalam pukul 9 tayar golek, tapi pukul 11 baru gerak. |
|
Sesi memenuhkan tangki minyak sebelum memulakan perjalanan ke Hulu Langat. |
|
Skuter Yamaha Nouvo LC sedia beraksi. |
|
Honda Dash 110 yang turut serta dalam ride Kuala Klawang ini. |
|
Sekatan jalanraya semasa menghampiri Bukit Ampang. |
|
Cukup dokumen tak ada masalah. |
|
Di awal perjalanan dari Batu 14 Hulu Langat menuju Genting Peras. |
|
Ambil kiri menuju Kuala Klawang. Jalan ke Semenyih / Kajang yang ditutup akibat tanah runtuh. |
|
Nak ke Sungai Gabai semua simpang kanan sebelah ni. |
|
Ada beberapa stage atau peringkat di sini. Stage 1 Kuala Klawang. |
|
Bukan Genting Perah. Jalan Genting Peras menuju ke Kuala Klawang. |
|
Sesi bergambiran saudara Affendy dan Ahmad. |
|
Biar kalah berlumba, jangan kalah bergambar. Jarang -jarang kereta melalui kawasan Genting Peras ini. |
|
Jalan menuju ke Kuala Klawang. Peringkat ketiga atau Stage 3 selesai. |
|
Berhenti menunggu rakan-rakan lain. |
|
Isi minyak dahulu, takut tak sempat sampai di pekan Kuala Klawang. |
|
Jalan menuju ke Hulu Langat. |
|
Matahari terik memancar di atas kepala. |
|
Selamat tiba di pekan Kuala Klawang. |
|
Bersungguh nak bergambar di mercu tanda Kuala Klawang. |
|
Berhenti berteduh akibat kebas punggung. |
|
Menghampiri bandar Karak ketika ini. |
|
Dusun durian Karak. |
|
Alhamdulillah. Yamaha Nouvo LC meluncur laju tanpa sebarang masalah. |
|
Topup minyak lagi. Suzuki Belang agak kuat mengketedarah minyak. |
|
Stiker The Highlanders Motorsport. |
|
Stiker The Highlanders Motorsport ditempek di merata tempat. |
|
Balik dari Genting Sempah melalui jalan lama Gombak. Singgah di kedai kelengkapan aksesori motorsikal, Bike Cheap. |
|
Harga terbaik yang ditawarkan di kedai Bike Cheap ini. Pemilik pun muda lagi dan ramah. |
|
Kedai Bike Cheap Gombak yang menawarkan pelbagai barangan kelengkapan motorsikal. |
|
Walaupun kedai Bike Cheap ini kecil, tapi padat dengan barangan motorsikal. |
|
Saudara Razlan sedang memilih helmet di Bike Cheap, Gombak. |
Tahukah anda, motor bukan main banyak stiker dan tayar dah tukaq besar tapi sekadar bersembang di kedai kopi?
Sembang di kedai kopi saja tak guna jika tak merasai sendiri selekoh Kuala Klawang?.Sembang sesiapa pun boleh sembang tapi pengalaman melalui sendiri jalan ni hanya hangpa saja yang tahu.
Jangan jadi hero jalanan di Lebuhraya DUKE sahaja pergi balik kerja. Sesekali 'test power' tengok di jalan Kuala Klawang ni. Bukan cc jadi ukuran tapi jiwa.