Perjalanan ke Cameron Highland yang tidak dirancang semasa cuti semester yang lalu. Semasa aku tengah bekerja di Crocs Mont Kiara. cuti satu hari yang diisi sepenuhnya. Bertolak dari Kuala Lumpur sebelah petang, sampai di Tapah hampir Maghrib. Sesaje ingin mencuba Jalan Tapah-Cameron Highland. Agak seram juga sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir sejam lebih. Jalan yang berliku-liku boleh membuatkan orang yang tak tahan muntah. Aku nasihatkan gunakan jalan Simpang Pulai-Cameron yang lebih selesa. Laluan ini hampir hutan keseluruhannya. Amat gelap semasa malam.
Kereta yang berselisih pun hanya sebiji dua diselang-seli dengan lori. Boleh lihat masyarakat orang asli balik memburu bersama hasil hutan. Ada penempatan orang asli semasa melalu jalan ini. Boleh tgk jugak ada yang tengah mengayam tikar pada waktu malam bertemankan cahaya api. Sepanjang perjalanan anda bolh nampak gerai-gerai penduduk masyarakat orang asli di tepi jalan. Kalu masa siang boleh nampak diorang jual hasil hutan macam petai, pokok-pokok kayu dan segala macam lagi.
*Teringat kata-kata seorang rakan berbasikal semasa melalui Jalan Tapah-Cameron Highland ni. Orang asli dengan jujur berkata padanya: "Buat apa susah-susah naik basikal bang, bas kan ada"..Aiseh=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan