Minggu lepas, entah macam mana gua boleh tengok perlumbaan Formula E di Putrajaya. Kali pertama ni tengok perlumbaan kereta mestilah jakun sekejap. Selama ni dengan adanya Formula 1 di Litar Sepang tu sekali pun gua tak pernah sampai inikan pulak nak tengok secara 'live' . Dok dengar cerita member-member yang pernah pergi je lah. Sedaplah depa sembang dengan gua. Gua hanya mampu ternganga bila depa sembang.
Kebetulan dah Putrajaya menjadi tuan rumah Formula E untuk pusingan kedua ni (pusingan pertama Formula E di Beijing bulan lepas), gua nekad jugak nak pergi tengok. Gua mana ada tiket semua. Kalau beli yang paling murah pun RM50 sekeping. Ada jugak yang depa bagi percuma untuk kakitangan kerajaan. Gua ingat nak redah je buat selamba, duduk tepi-tepi jalan tengok race. Buat-buat sibuk.
Sebelum race bermula petang Sabtu tu, kebetulan terjumpa Tatep dan rakannya di Masjid Besi waktu Zohor. Member dia bagi tiket Formula E dekat gua suruh gua ganti, member dia nak balik rumah. Ini sudah baik. Selesai solat Zuhur, beriya-riya gua dengan Tatep terus menuju ke pintu pagar masuk. Gua tengok tak ada kutip tiket bagai pun. Tak payah tiket pun boleh masuk. Abang-abang polis tak minta pun tiket untuk diperiksa. Pengunjung bebas keluar masuk ke tempat penonton di tepi litar. Cait.
Gua dengan Tatep tawaf habis satu litar yang jaraknya hampir 3 KM ini. Naik jejantas turun jejantas melayan terik mentari. Jam 2.00 petang baru perlumbaan dimulakan. Kami melepak di selekoh ketiga (corner 3) melihat kereta Formula E dalam kelajuan tinggi membrek sebelum melayan selekoh patah. Yang syoknya, sedar-sedar dok ada dengan geng-geng marshal dan media sedangkan penonton lain ada di belakang pagar. Haha.
Apa yang menarik tentang Formula E ini adalah perlumbaannya diadakan di litar jalanan di bandar-bandar besar seluruh dunia. Macam Formula 1, kita ada trek Monte Carlo dan Singapura yang diadakan di litar jalanan. Berbanding Formula 1 yang menggunakan bahan api untuk bergerak, Formula E pula menggunakan seratus peratus tenaga elektik yang dibekalkan oleh bateri untuk bergerak. Oleh kerana itu, ianya bersih dan lebih senyap berbanding Formula 1 dan tiada masalah perlumbaan diadakan di bandar besar. 3 saat sahaja diperlukan untuk memecut dari kedudukan pegun hingga ke 100 KM/J dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh sebuah jentera Formula E adalah sehingga 225 KM/J.
|
Parking kereta di Masjid Besi |
|
Penonton berjalan kaki menuju ke trek perlumbaan. |
|
Penonton setia menunggu di tepi litar. |
|
Jambatan sementara merentangi trek Formula E. |
|
Tak boleh berhenti ambil gambar. Memang tak ada ruang nak ambil gambar pun. |
|
Skrin besar disediakan untuk penonton menyaksikan secara langsung perlumbaan Formula E Putrajaya ini. |
|
Helikopter berlegar-legar membuat liputan perlumbaan Formula E yang sedang berlangsung. |
|
Tawaf habis kawasan litar Formula E Putrajaya. |
|
Pengunjung bersedia menantikan perlumbaan Formula E yang dimulakan jam 2.00 petang. |
|
Laluan lurus yang panjang di litar Formula E Putrajaya. |
|
Perlumbaan telah dimulakan. Gigih ambil gambar dari atas jejantas walaupun tak dibenarkan. |
|
Jentera Formula E memecut laju di laluan lurus menghampiri selekoh ke-3. |
|
Simbol ikonik Putrajaya. |
|
VIP Perdana Grandstand. Harga tiket beratus-ratus kalau tempat duduk ni. |
|
Dinding konkrit dan pagar sementara yang dibina untuk perlumbaan Formula E Putrajaya ini. |
|
Selekoh ke-3 litar jalanan Formula E Putrajaya. |
|
Jentera Formula E mengambil selekoh dengan berhati-hati. |
|
Banyak aksi-aksi cemas dipamerkan di selekoh ke-3 ini. |
|
Corner 3 Formula E Putrajaya, |
Video yang sempat dirakamkan di selekoh ke-3 menggunakan Smartphone Lenovo A880 :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan