Iklan

03 Julai 2015

Festival Ramadhan 2015 | Berbuka Puasa di Putrajaya

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.



" Kau nak tengok bila Melayu tepati masa ? "
" Kau tengok waktu buka puasa "

Alhamdulillah. Kalau minggu sebelum-sebelum ni gua dah cuba merasai sendiri pengalaman berharga berbuka puasa di Dataran Merdeka, minggu ni pulak gua cuba mencari kelainan.

Kelainan macam mana tu ?

Berbuka puasa di Putrajaya lah pulak kita !

Apa yang lain ? Lain padang, lain belalai belalang.

Straight to the Ampang Point, meh gua kongsi sikit lokasi tempat-tempat menarik di Putrajaya yang hangpa boleh lepak bukak puasa atau ber-iftar.

Tempat pertama yang hangpa boleh terjah adalah : 

Putrajaya International Convention Centre atau dengan nama Melayunya adalah Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Kalau nak senang sebut panggil PICC ja.

Dekat atas PICC ni kita boleh tengok pemandangan indah pusat pemerintahan kerajaan Putrajaya di waktu petang.  Boleh nampak la Jambatan Seri Gemilang merentangi tasik. Kalau cuaca baik, jalan lurus Persiaran Perdana ni kita boleh nampak Pejabat Perdana Menteri yang kubah berwarna hijau tu. 

Jangan tanya gua Najib ada tak waktu tu. 

Hangpa boleh tapau di bazar Ramadhan (sebelah Masjid Besi ada Bazar Ramadhan) sebelum tu dan bawaklah juadah ke sini. Sesuai la kalau nak berbuka puasa atas tembok PICC ni sambil menikmati pemandangan indah Putrajaya. Kalau tak nak buka puasa atas tembok, masuk ja dalam dewan PICC ni. Masa gua pergi hari tu dia ada buat buffet berbuka puasa. Tak tau dia caj satu kepala berapa ringgit. 

Bau kambing bakar dia wangi semerbak kat luar ni. Tak tahan hoi !


Pemandangan dari atas PICC. Bukan dari atas bumbung, tapi dari tepi jalan je ni.

Jalan lurus di depan PICC ni menghala terus ke Pejabat Perdana Menteri. Tu Jambatan Seri Gemilang nama dia yang merentangi tasik buatan.

Dari tepi jalan ni nampak bumbung PICC ja. Bawah ni ada dewan makan.

Pukul 6.00 petang baru gua sampai di Putrajaya. Terus ke PICC dulu tinjau suasana petang di sana.

Macam-macam boleh tengok dari atas PICC. Tu empangan. Nama pun tasik buatan di Putrajaya ni.

Lokasi menarik kedua di Putrajaya yang boleh hangpa lepak buka puasa adalah : 

Padang Perbadanan Putrajaya (Depan Istana Kehakiman)

Semabng punya panjang pasal PICC tapi tak berbuka puasa di sana pun. Gua saja tadi tinjau PICC. Maklumlah tak pernah lagi jejak sana. Dari PICC, gua terus ke Dataran Perbadanan Putrajaya di hadapan Masjid Besi dekat-dekat Istana Kehakiman.

Sampai-sampai, jem ! Kereta punya banyak. Gua parking motor celah-celah khemah situ. Hari Sabtu dan Ahad ni macam biasalah, orang ramai bawa anak bini berjalan.

Dah hampir dekat pukul 7.00 malam. Tak lama lagi dah nak masuk waktu berbuka puasa sekitar Putrajaya dan kawasan sewaktu dengannya. Cepat-cepat gua ambik air yang gua bancuh dekat rumah tadi. Menjinjing la gua air oren dalam botol 'Tupperware' mak gua punya keliling satu padang cari tempat nak duduk beriftar di padang la kononnya.

Tak kesampaian.Hangpa ingat hangpa sorang ja ka yang buka puasa? Padang Perbadanan Putrajaya dah penuh dengan orang ramai dan keluarga lain nak beriftar !

Segan la pulak gua dah menyempit-nyempit tengah padang tu. Orang lain bentang tikar bukan main, kita mai mai selamba nak duduk menyempit celah tu. Itulah mai lambat lagi.

Kalau hangpa nak mai lepak buka puasa kat Dataran Perbadanan Putrajaya ni pastikan datang awal. Kalau tak penuh la nanti.

Gua meronda-ronda dulu di sekitar perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya ni sambil menunggu waktu berbuka. Bersempena dengan bulan Ramadhan ni, ada Festival Ramadhan Putrajaya 2015 yang sedang berlangsung. 

Bermacam aktiviti disediakan untuk pengunjung Festival Ramadhan Putrajaya 2015 ni bermula dari 18 Jun - 16 Julai 2015. Ada gerai-gerai sementara yang menjual makanan dan minuman. Nasi Ayam, ka char kuyteow semua ada kat sini. Kedai 'western food' acah-acah hipster pun ada. Siap ada meja lagi kalau hangpa nak lepak berkelah dengan kengkawan buka puasa kat sini.

Gua tau ramai yang hadir beriftar di Putrajaya ni mesti nak dengar ceramah. Bagi yang berkelapangan, setiap hari Sabtu dan Ahad ada ceramah agama di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) bermula jam 6.00 petang. Penceramah pun bukan calang-calang orang. Semua ustaz-ustaz yang selalu kita tengok keluar kat TV. 

Bukan itu sahaja, sepanjang laluan Kiblat Walk jugak ada booth-booth kecil menjual barangan persiapan Hari Raya. Nak cari jubah ka baju kurung sini la tempat dia. Waktu malam memang meriah dengan lampu lip lap lip lap !


Bersama rakyat berbuka puasa di Dataran Perbadanan Putrajaya sempena Festival Ramadhan 215.

Kalau nak buka puasa di Padang Perbadanan Putrajaya ni, bawa la makanan sendiri. Nak riadah penuh santai menunggu iftar sambil meniarap pun boleh !

Setiap keluarga bentang tikar masing-masing di Padang Perbadanan Putrajaya sementara menunggu waktu berbuka puasa. Segan abang nak menyelit duduk atas selipar tengah padang tu.

Matahari melabuhkan tirainya. Lokasi Bazar Ramadhan terdekat berhampiran dengan Masjid Besi.

Meja-meja makan yang disediakan untuk pengunjung berbuka puasa di sekitar Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Gerai-gerai makanan dan minuman yang terdapat di luar Kompleks Perbadanan Putrajaya. Beroperasi pada bulan puasa ini sahaja. 

Terpampang papan tanda Festival Ramadhan Putrajaya 2015 menghala ke Kiblat Walk Masjid Besi.

Pemandangan sementara menunggu waktu berbuka puasa. Nak duduk di meja ni kena la chop dulu cepat-cepat. Kalau lambat tipis la harapan.

Laman di tengah-tengah Kompleks Perbadanan Putrajaya. Boleh jugak ambik 'port' berbuka puasa kat sini.

Boleh berkelah dengan keluarga dalam taman Kompleks Perbadanan Putrajaya.


Gua ambik 'port' buka puasa dekat pintu-pintu gerbang besar Perbadanan Putrajaya tu ja. Gua tengok ramai yang dah bersila atas rumput carpet taman tu, gua pun bersilalah sekali dengan pakcik-makcik mana entah. Gua minum ayaq ja buka puasa. Tengok keluarga lain buka puasa semua dengan murtabak, la, cendol la. Cepat-cepat gua blah.

*Abang tak kuad !

Gua cepat-cepat gi Masjid Besi solat Maghrib di sana. Lepas solat ada la sedikit jamuan berbuka puasa. Lauk biasa-biasa je. Ikan bawal dengan gulai ayam je. Biasa-biasa je tapi puas hati. Haha.

Orang boleh tahan ramai yang berbuka puasa di Masjid Besi. Banyak golongan yang baya-baya abang.


Berbuak puasa di Masjid Besi, Putrajaya. Masuk barisan menunggu giliran ambik nasi. Nak tahu ramai tak ramai tiap hari ada 6 meja bufet !

Suasana malam di Kiblat Walk Masjid Besi sempena Festival Ramadhan 2015.

Dah selesai sesi buka puasa di Masjid Besi, gua berpindah tempat pulak ke Masjid Putra untuk solat Terawih. 

Bukannya apa, dengan iklim tidak menentu dan cuaca panas sekarang ni ada eloknya kita pergi masjid yang ada air-cond. 

Sejuk sikit. Bila sejuk, sudah tentulah kita lebih khusyuk dalam beribadah. Hiks.


Solat Terawih di Masjid Putra boleh tahan ramai jemaah. Bila selesai 8 rakaat Terawih, jemaah susut dengan teruknya. 

Kubah Masjid Putra.

Senibina indah Masjid Putra.

Saat yang dinantikan sudah tentu sesi moreh selepas solat terawih. Moreh agak rancak selepas 8 rakaat di Masjid Putra. Sebahagian jemaah lagi ada yang sambung sampai 20 rakaat.

Di bulan Ramadhan, ada sesi bertadarus selepas terawih.

Tengok budak-budak main 'rollerblade' atau kasut roda di Istana Kehakiman Putrajaya. Malam minggu mesti ramai kawasan ni.

Sesi busking di Putrajaya.

Berpindah tempat pulak. Tadi duduk di sebelah Istana Kehakiman, tapi kali ni lepak di sebelah Kompleks Perbadanan Putrajaya pulak.

Sesi lewat malam. Sesi bermain 'frisbee' di Padang Perbadanan Putrajaya.

Tengah malam pun ramai lagi yang melepak di padang ni. Ke tunggu waktu sahur pulak? 

Singgah iftar terus sampai ke sahur di Putrajaya.

Dari Masjid Putra, gua patah balik ke Istana Kehakiman Putrajaya selesai terawih.

Ada apa malam-malam minggu di Putrajaya ni ? 

Bermacam aktiviti ada. Geng kereta dengan cara mereka. Geng motor dengan cara mereka. Reunion.

Gua lepak tengok budak-budak main 'rollerblade' di depan Istana Kehakiman. Selalunya depa main depan jalan besar, tapi jalan besar pulak pasang khemah panjang sempena Ekspo Mega Raya 2015 bermula 2 Julai 2015 hingga ke malam raya. 

Nak sewa rollerblade pun boleh kat sini. Harga bayaran tak pasti pulak gua. Gua tengok ada van-van yang bawa turun 'rollerblade' untuk dsewakan pada budak-budak ni.

Kami geng-geng tua main benda lain. Kami main 'frisbee'. Bukan 'friskee' makanan kucing tu. 

Gua tunggu geng gua datang bawa piring frisbee. Sementara tu gua melilau ronda kawasan sekitar ala-ala YB.

Tengah-tengah malam buta pun masih penuh lagi anak muda remaja melepak di sini. Bukan bulan puasa ja, bulan-bulan lain pun sama rancaknya.

Sampai ke waktu sahur jugak kami main frisbee. Pukul 3.00 pagi baru orang tak ramai. Boleh la nak sliding koyak lutut ke apa. Balik rumah elok masuk waktu Subuh.

Dari iftar sampai ke sahur di Putrajaya. Orag lain dok kalut tambah amalan, kita pulak dok berjimba di Bulan Ramadhan yang mulia ni. Haish

Nak cerita pasal iftar ja tapi terlajak sampai ke sahur pulak.


" Celaka dan rugi besar bagi orang yang diberi kesempatan hidup pada bulan Ramadhan, dan Ramadhan berlalu sementara dosa-dosanya belum diampuni " 
(HR Bukhari)

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa Abang Khairuddin Lim !

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...