Iklan

11 Oktober 2015

Menjejak Air Terjun Lata Mengkuang, Sik Kedah

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Hangpa pernah dengar tak nama Air Terjun Lata Mengkuang ni? Bukan di sekitar Kuala Lumpur mahupun di negeri Selangor tetapi ianya terletak di negeri Kedah Darulaman, lebih kurang 12KM dari pekan Sik, Kedah. Kalau tanya orang Kedah rasanya depa tau.

Tak sepopular Air Terjun Sungai Chilling di Kuala Kubu Bharu, Air Terjun Lata Mengkuang ni lokasinya terletak di Hutan Lipur Rimba Teloi, di tepi jalan dari Sik menuju ke Baling berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. Kalau hangpa jumpa Bendang Man tu kira dah dekat la tu. Ini adalah pertama kali abang menjejakkan kaki di sini walaupun abang sendiri adalah orang Sik.

Kawasan peranginan air terjun di sekitar negeri Kedah suatu ketika dulu agak suram selepas tersebarnya berita kematian pengunjung akibat wabak kencing tikus. Banyak kawasan perkelahan yang ditutup sementara antaranya seperti Air Terjun Lata Bayu di Baling. Kini kawasan-kawasan tersebut kembali meriah dengan pengunjung.

Untuk masuk ke Air Terjun Lata Mengkuang ni, tiada bayaran yang dikenakan ke atas pengunjung mahupun kenderaan. Ada dua tempat yang hangpa boleh berkelah, sama ada di sungai di tingkat bawah atau pun air terjun di tingkat atas.

Untuk naik ke air terjun di tingkat atas, anda boleh trekking berjalan kaki sendiri atau pun membawa sendiri kenderaan dengan jalan yang kurang elok dengan jarak lebih kurang 1KM. Di atas sana, parking agak sempit dan terhad. Mengikut perkiraan abang, boleh la muat dalam 5-6 biji kereta sahaja.

Abang mai pagi-pagi lagi lebih kurang pukul 10.00 pagi. Masa tu hari kedua Raya Haji. Di parking tingkat bawah ada la 4-5 buah kereta. Ada geng-geng sepak raga berkumpul main sepak raga. Tak jenguk pulak kawasan sungai belah bawah Lata Mengkuang ni.

Kemudiannya, abang cari jalan untuk naik ke tingkat atas Air Terjun Lata Mengkuang. Ada jalan berturap yang tak berapa elok dengan papan tanda tertulis 'Hutan Lipur Rimba Teloi'. Mengikut informasi, kena ikut jalan ni hingga ke hujung baru jumpa air terjun yang dimaksudkan.

Sampai di atas, suasana sunyi sepi. Ada sebuah kereta proton Waja parking di situ. Abang turun la pi jenguk. Rupanya ada sebuah keluarga ustaz tengah mandi manda ! Depa pun terkejut dan tak jangka ada orang nak mai air terjun pagi-pagi ni. Cepat-cepat depa beredar.

Abang tak mandi pun walaupun Air Terjun Lata Mengkuang memanggil-manggil. Tak bawa baju spare. Dok lepak atas tu sambil layan pemandangan. Tak lama lepas tu mai pulak geng rempit kampung, ada la 3-4 biji motor pun lepak atas ni tengok abang main drone.




Air Terjun Lata Mengkuang.

Air Terjun Lata Mengkuang di tingkat atas.

Air Terjun Lata Mengkuang yang dingin.

Lepak tengok ayaq terjun.

Air terjun yang turun ke bawah.

Berkira-kira melepaskan drone.

Tak ada orang pun di tingkat atas Air Terjun Lata Mengkuang ni.

Keluarga ustaz dok ada mandi lagi.

Air Terjun Lata Mengkuang yang bertingkat-tingkat.

Cari GPS tak jumpa di celahan hutan. 

Air tak berapa deras sangat.


Pagi-pagi ni rasa sejuk pulak kalau turun berendam.







Ada pondok usang dekat kawasan Air Terjun Lata Mengkuang.

Pagi-pagi tak ada orang di Air Terjun Lata Mengkuang. Kot petang ramai.

Air Terjun Lata Mengkuang terletak 12KM dari pekan Sik.
















Nikmat Allah yang mana kamu dustakan?

Pemandangan Air Terjun Lata Mengkuang dari sudut pandang drone.

Kehadiran pengunjung lain di Air Terjun Lata Mengkuang.

Air Terjun Lata Mengkuang, pandangan dari udara.

Gambar yang diambil menggunakan drone dan SJCAM SJ4000 Wifi.

Terbang tanpa GPS di Air Terjun Lata Mengkuang. Tak berani terbang jauh.

Tidak semegah Lost World of Tambun mahupun Sunway Lagoon, tapi percayalah ianya lebih mendamaikan.
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...