السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you
Ketika mana masing-masing pakat sibuk dok tayang bil tenaga elektrik yang naik hampir dua kali ganda di media-media sosial, abang ambik kesempatan ni nak tayang kesan-kesan musim panas yang berlaku di salah sebuah empangan yang terdapat di utara tanahair.
Dengan fenomena El-Nino sekarang ni kita menyaksikan penyusutan paras air di empangan-empangan utama seluruh negara. Sebelum ni abang ada terbaca tentang Tasik Timah Tasoh yang terdapat di negeri Perlis pun dah kering. Tidak terkecuali Tasik Beris yang terdapat di daerah Sik, Kedah ni.
Bila air dah kena catu, kena angkut baldi ambik air nanti baru hangpa nak concern pasal benda ni. Sebelum ni kalau gosok gigi pun, hangpa dok buka air terbuang macam tu ja. Jimat-jimatlah air. Abanglah yang selalu macam tu.
Abang pernah bercerita pasal Ladang Anggur Tasik Beris ni pada catatan 3-4 tahun sebelum ni. Masa tu baru nak up. Kalau hangpa nak tau lebih lanjut, boleh rujuk di sini.
Bagi yang tak tau jalan nak ke Tasik Beris, boleh buka Google Maps dan cari 'Beris Dam'.
Dari pekan Sik, hangpa akan jumpa Masjid Al-Muhtadeen di Sik Dalam ni dulu. Kemudian baru hangpa jumpa Tasik Beris. |
Dekat mana sebenarnya Tasik Beris ni?
Meh abang cerita balik.
Tasik Beris ni sebenarnya terletak dalam daerah Sik, Kedah. Kalau hangpa yang mai dari Penang, nak senang ikut Google Maps.
Kenapa bukan Waze? Sebab abang anti Waze. Huhu
Tak reti guna Google Maps? Boleh ikut Lebuhraya Utara-Selatan PLUS menghala ke utara. Keluar ikut susur keluar Gurun. Cari jalan ke Jeniang/Sik. Teruskan lagi perjalanan cari jalan ke Nami/Gulau/Alor Setar.
Kenapa bukan Waze? Sebab abang anti Waze. Huhu
Tak reti guna Google Maps? Boleh ikut Lebuhraya Utara-Selatan PLUS menghala ke utara. Keluar ikut susur keluar Gurun. Cari jalan ke Jeniang/Sik. Teruskan lagi perjalanan cari jalan ke Nami/Gulau/Alor Setar.
Insyaallah hangpa takkan tersesat punya. Kalau tersesat pun sampai Durian Burung bersempadan dengan Siam.
Nanti hangpa jumpa la Tasik Beris ni dalam perjalanan !
Nanti hangpa jumpa la Tasik Beris ni dalam perjalanan !
Pandangan Tasik Beris yang kering dari hentian rehat RnR Tasik Beris. |
Asalnya di kawasan Tasik Beris ni terdapat beberapa buah kampung. Apabila kawasan ini nak dijadikan empangan, penduduk kampung diarahkan berpindah ke kawasan baru yang dinamakan Bandar Baru Beris Jaya yang terletak lebih kurang 10 KM dari pekan Sik.
Masa tu kubur-kubur digali semula dan dipindahkan jugak ke tempat baru. Ada sebuah sekolah jugak yang ditenggelamkan dalam kawasan Tasik Beris ni.
Kawasan penempatan semula tu hangpa akan jumpa masa dalam perjalanan ke Tasik Beris ni kalau dari Gurun. Dekat-dekat pekan Batu Lima. Cari ja Bandar Baru Beris jaya. Ada masa boleh la pi usya.
Paras air Tasik Beris surut teruk berikutan musim kemarau yang berpanjangan. |
Apa tujuan utama Tasik Beris ni dibina?
Bukan. Bukan untuk jana tenaga hidroelektrik macam Tasik Kenyir. Tapi lebih kepada membekalkan air dan sumber pengairan untuk kawasan penanaman padi di sekitar Kedah dan juga Pulau Pinang.
Kalau hangpa nampak pulau-pulau yang terdapat di kawasan Tasik Beris ni merupakan bukit-bukit yang tinggi dahulunya. Bila air dialirkan ke dalam kawasan ini, bukit ni jadilah pulau.
Jalan Kampung Telaga Batu yang selama ini ditenggelami air Tasik Beris, kini muncul semula. |
Sejak wujudnya Tasik Beris ni, maka berduyunlah orang luar yang datang nak tengok pemandangan indah tasik buatan ni. Bukan tu sahaja sebab orang ramai datang sini, tapi oleh kerana di Tasik Beris ini jugak ada kawasan penanaman anggur masam yang dikatakan terbesar di Malaysia dan juga di Asia Tenggara. Kata mereka.
Kalau dulu masuk ladang anggur Tasik Beris ni tak kena duit, tapi yang terbaru ni dah kena bayar! Seorang RM 6.00 kalau tak salah abang. Budak-budak pulak RM 3.00. Pandai buat duit !
Bukan nak cerita pasal buah anggur sebenarnya tapi terlajak pulak masuk cerita pasal ladang anggur Tasik Beris.Abang berkunjung ke Tasik Beris dengan skuter. Mata semua lebih tertumpu kepada teh'o ais ikat tepi yang tergantung. |
Abang sampai Tasik Beris ni pun dah lewat petang. Panas lit lit nak mai dari Penang ke sini. Terbakaq abang duduk atas motor dekat 2 jam.
Abang tahu pasal Tasik Beris yang kering ni pun melalui Facebook. Tengok ramai yang dok post dekat group 'Panorama Indah Negeri Kedah'. Kaki fotografi yang selalunya kongsi benda-benda alah ni.
Teruja la jugak tengok pemandangan Tasik Beris yang kering. Berbeza apa yang abang pernah tengok sebelum ni. Tu yang bersemangat nak jelajah waktu tu.
Kebetulan pulak ada program keesokkan harinya di SMK Kuala Pegang, Alang-alang nak ke sana singgah Tasik Beris dulu !
Dulu paras air tasik sampai ke takat motor pakcik depan tu. |
Mula-mula tu abang lajak melalui jambatan pertama dan jambatan kedua Tasik Beris. Saja la nak tengok pemandangan dari hentian RnR Tasik Beris. Untuk makluman ada sebuah hentian rehat di sini selepas jambatan kedua.
Jikalau hangpa dari Sik nak ke Gulau/Nami atau Alor Setar, hangpa akan lalu la dua-dua jambatan ni. Hentian rehat ada lepas jambatan kedua tu. Jangan dok ingat macam hentian rehat macam di lebuhraya Utara-Selatan PLUS. Hentian RnR Tasik Beris ni sunyi. Tak ada orang sangat pun. Kedai makan pun yang buka ada la sebuah. Tu pun nasib kalau dia buka.
Dari hentian ni hangpa boleh tengok Tasik Beris yang terbentang luas. Sayangnya musim kemarau ni nampak tanah merah ja lah. Kalau kebiasaan boleh nampak bot-bot di tengah tasik. Musim kemarau ni memang tak adalah.
Abang patah balik semula ke kawasan ladang anggur Tasik Beris. Dari atas jambatan pertama, hangpa boleh tengok orang-orang kampung dok berkelah dekat jalan lama tengah tasik.
Macam mana nak pi dekat depa tu?
Abang cari jalan untuk ke sana. Berhampiran dengan ladang anggur Tasik Beris, ada jalan kecik yang menuju ke sana. Dia akan tembus ke jalan lama Kampung Telaga Batu.
Kalau ikutkan jalan lama ni dah tak digunakan penduduk oleh kerana dah ditenggelami air. Ada sekerat-sekerat jalan yang tengglam, dan ada yang tidak. Jalan yang tenggelam pada dulunya kini dah muncul balik !
Sebelum wujudnya Tasik Beris ni, inilah jalan utama yang digunakan penduduk setempat dan orang ramai dari Sik untuk ke Gulau/Nami atau Alor Setar.
Jalan lama Kampung Telaga Batu yang muncul semula apabila Tasik Beris mengering akibat musim kemarau yang berpanjangan. |
Abang pun turun la ikut jalan lama yang abang jumpa tadi untuk bersama-sama penduduk kampung di tengah tasik.
* macam pelik bunyi ayat ni
Batu-batu tanda kilometer masih kukuh berdiri di bahu jalan walaupun dah lebih 12 tahun ditenggelami air. Tak pelik sebab nama pun batu. Huhu
Baru kita boleh tengok permukaaan dasar tasik yang selama ni kita tak pernah nampak pun. Bot-bot lama yang karam pun ada. Pokok-pokok tunggul kayu yang terendam dalam air selama ni di dasar tasik pun dok ada lagi !
Abang pun berhenti la sat ambik gambar guna telefon. Bukan senang nak nampak pemandangan yang unik macam ni.
Baru hangpa tau betapa seriusnya musim kemarau di negara kita. Macam rasa dekat Afrika pun ada. Masa ni baru hangpa rasa betapa bernilainya setitis air.
*kesat ayaq mata di tikar sejadah
Hangpa tengok-tengok dulu gambaq musim kemarau yang sempat abang rakamkan di Tasik Beris.
Inilah dia keadaan dasar Tasik Beris yang kita tak pernah lihat sebelum ini. |
Batang-batang pohon kayu yang terdapat di dasar Tasik Beris sejak sekian lama semenjak empangan ini dibina. |
Tasik Beris yang sebelum ini dipenuhi air kini kering kontang. |
Objek-objek yang kelihatan bila Tasik Beris mengering. Salah satunya adalah bot dan batu tanda ni. |
Jambatan Tasik Beris di kejauhan. Boleh guna jalan lama ni untuk melintas ke kampung diseberang sana. |
Empangan Tasik Beris dibina pada tahun 2002 dan siap pada tahun 2004. Asalnya di sini adalah sebuah perkampungan. |
Hangpa tau dak dekat 1000 buah kubur terpaksa dipindahkan dan ada sebuah sekolah yang juga terpaksa dikorbankan masa nak bina Tasik Beris ni? |
Sebelum ni jalan lama yang terdapat di dasar Tasik Beris inilah digunakanorang ramai untuk ke Gulau atau Nami dari pekan Sik. |
Musim El-Nino yang membawa cuaca kering melanda seluruh negara mengakibatkan penyusutan paras air di beberapa empangan termasuk Empangan Beris. |
Orang tempatan buat sesi berkelah petang-petang dekat tengah jalan sempena Tasik Beris kering ni. |
Dah 12 tahun pun pokok-pokok ni masih berdiri teguh di dasar Tasik Beris. |
Kalau dulu dari Ladang Anggur Tasik Beris kita dok tengok bukit ni la dari jauh. |
Sesi bergambar kenang-kenangan bersama skuter abang berlatarbelakangkan Jambatan Tasik Beris. |
Tanah-tanah yang asalnya adalah dasar Tasik Beris merekah. Baru kau sedar betapa seriusnya musim kemarau yang melanda. |
Budak-budak kampung mengambil kesempatan mengail ikan di tepian Tasik Beris yang mengering. |
Dah jadi 'port' lepak pulak petang-petang di tengah Tasik Beris. Meriah dengan pelbagai aktiviti. |
Abang-abang ni tengah tunggu geng nak pi menjala. |
Tempat menyembang di tengah Tasik Beris sambil mengeratkan silaturrahim sesama penduduk kampung. |
Member abang ni dah sampai. Depa dah siap sedia nak pi menjala. |
Pemandangan Jambatan Tasik Beris dari tengah tasik. |
Tunggul-tunggul kayu yang masih berceracak. Depa-depa ni dah cukup mahir mengemudi bot mengelak tunggul kayu yang terdapat di Tasik Beris. |
Bot-bot yang tersadai di pinggir jalan lama yang muncul semula di Tasik Beris. |
Pemandangan yang jarang-jarang sekali dapat dilihat semenjak terbina empangan Tasik Beris. |
Pandangan Tasik Beris dari jambatan pertama. |
Banyak mata-mata yang memerhati pelik seorang jejaka dengan skuter plat Wilayah Persekutuannya. Takkan tak pernah tengok orang luaq kot depa ni.
Sebelum balik, abang lepak dengan orang-orang kampung tengok depa mengail ikan di tepi jalan lama tengah Tasik Beris. Kalau orang tua tengah bersiap-siap naik bot nak pi menjala, yang dok mengail ni semua budak-budak ja. Semua cakap Kedah hulu.
" Banyak ikan dik? "
" Ikan apa yang banyak dik? "
Soalan abang tak berbalas. Yang kedengaran hanya bunyi cengkerik dan ombak menghempas pantai.
Takkan depa tak faham soalan abang. Kalau tak faham takkan budak ni boleh jeling kat abang macam nak tembus dinding.
Takpalah dik. Nanti abang wawancara adik lagi.
*Gambar dirakamkan sepenuhnya menggunakan telefon Lenovo A7000 Plus. Telefon Lenovo lama masuk air. Huhu
*Gambar dirakamkan sepenuhnya menggunakan telefon Lenovo A7000 Plus. Telefon Lenovo lama masuk air. Huhu
boleh pi cuti-cuti kat sana..sekarang musim hujan. Tasik itu masih kekal kering.
BalasPadam