السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you
Salam Ramadhan 1438H.
Alhamdulillah. Sedar tak sedar dah masuk hari ketujuh Ramadhan (ketika catatan ini ditulis).
Baru 7 hari puasa dah rasa macam seminggu. Huhu.
Kali ni nak cerita pasal Betong pulak. Ada apa di Betong? Betong ke Bentong?
Hangpa pernah dengaq tak nama 'Betong' ni? Bagi orang utara abang rasa ramai yang bisa dengaq nama ni. Kalau orang Pahang pulak pastinya dah biasa dengaq nama 'Bentong'. Tapi kedua-duanya adalah tempat yang berbeza!
Bentong terletak di negeri Pahang manakala Betong pulak terletak di negara Thailand. Ada satu lagi tempat nama Betong jugak tapi yang tu di negeri Sarawak. Sempadan yang paling dekat dengan Betong (Thailand) adalah pekan Pengkalan Hulu yang terletak di negeri Perak.
Satu-satunya lintasan sempadan untuk masuk ke Thailand di negeri Perak ni di Pengkalan Hulu ni lah. Macam mana nak sampai pekan Pengkalan Hulu dan Betong ni? Mudah saja. Ikut saja Google Maps atau GPS. Huhu.
Tapi yang pastinya ini adalah lintasan sempadan yang paling dekat bagi penduduk di kawasan daerah Baling, Gerik dan kawasan yang sewaktu dengannya. Ada jugak peniaga yang ulang-alik masuk pekan Betong di negara Thailand ni untuk membeli bahan mentah yang harganya jauh lebih murah dari Malaysia.
Lain cerita pulak kalau orang lelaki selalu masuk Betong ni. Tak kisah sama ada secara solo atau berkumpulan. Sama jugak macam di Dannok. Kota keriangan bagi mereka.
Masa dulu tak ada nama Pengkalan Hulu lagi. Masa dulu Pengkalan Hulu dikenali dengan nama 'Kroh' atau 'Keroh'. Jarak dari pekan Pengkalan Hulu ke pekan Betong di Thailand dah tak jauh dah, lebih kurang 15 KM sahaja.
Macam biasalah prosedur nak lintas sempadan. Kena ada passport dulu. Kalau takda elok patah balik.
Tapi, tapi berbeza kalau nak masuk ke kawasan bebas cukai Bukit Berapit. Tak perlukan passport pun.
Dari Pengkalan Hulu ke Betong, kita akan jumpa Kompleks Imigresen Bukit Berapit dulu di sebelah Malaysia dan kemudian baru jumpa pulak pejabat Imigresen Thailand.
Bagi yang nak masuk ke wilayah Thailand, kita kena berhenti cop passport dulu di sini. Bagi warganegara Malaysia yang sekadar nak meronda kawasan bebas cukai Bukit Berapit, jangan gentar jangan takut, itu petir bukan kentut. Eh. Haha. Hanya tunjuk kad pengenalan sahaja kepada pegawai imigresen yang bertugas.
Bagi abang yang sekadar nak meronda di sekitar kawasan bebas cukai Bukit Berapit, abang pandu lalu (drive-thru) je di kaunter imigresen Malaysia ni. Naik kereta ke motor ke sama je lalu. Satu lorong je ada waktu tu.
|
Nak melepasi sekatan imigresen di Bukit Berapit menuju ke sempadan Betong. Kena tunjuk kad pengenalan untuk rakyat Malaysia yang nak ke kawasan bebas cukai. |
Menjejak Batu Sempadan Malaya-Thailand.
Tahukah anda asalnya Tanah Melayu suatu masa dulu mengunjur sehingga ke Segenting Kra di Thailand?
Perjanjian Bangkok 1909 di antara pihak Inggeris dan juga pihak Siam suatu ketika dulu telah memisahkan Tanah Melayu dan juga Thailand tanpa merujuk kepada sultan-sultan Melayu ketika itu.
Berlakunya kesan sosio-demografi yang rata-ratanya dialami oleh majoriti penduduk Melayu di wilayah selatan Thailand iaitu di wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat.
Sebab tu ada di antara kita yang masih mempunyai saudara-saudara yang duduk di wilayah selatan Thailand. Krabi semua tu asalnya wilayah Tanah Melayu dulu.
Bulan-bulan puasa ni abang jadi malas nak menulis. Jadi hangpa tengok pi lah gambaq yang ada. Tak faham PM abang. Huhu.
|
Batu tanda sempadan 'Malaya-Thailand Border' bersempadan dengan wilayah Betong. Batu ni terletak selepas kawasan pasar bebas cukai Bukit Berapit. |
|
Batu sempadan Malaya-Thailand ni ada di sebelah kiri jalan selepas pasar bebas cukai sebelum nak sampai ke imigresen Thailand. |
|
Pagar yang memisahkan sempadan Malaysia dan Thailand. |
|
Perjanjian Bangkok 1909 di antara pihak Inggeris dan Siam suatu ketika dulu telah memisahkan Tanah Melayu dan juga Thailand tanpa merujuk kepada sultan-sultan Melayu pada ketika itu. |
|
Batu sempadan 'Malaya-Thailand' yang menjadi simbol pemisahan persempadanan Malaysia dan juga Thailand. |
|
Kalau geng-geng motor yang nak lajak masuk Thailand mesti bergambaq dulu dengan batu sempadan 'Malaya-Thailand' ni. |
|
Nampak patung emas ni mesti hangpa dah tau dah masuk belah Thailand. |
|
Depan tu kawasan pasar bebas cukai Bukit Berapit. |
|
Dari batu sempadan 'Malaya-Thailand', lajak ke depan sikit akan jumpa imigresen Thailand. Dah lepas imigresen Thailand ni baru boleh lajak ke pekan Betong. |
Dah habis pusing tengok batu sempadan Malaya-Thailand, abang pusing balik menghala ke pasar bebas cukai Bukit Berapit.
Abang tak ada passport untuk lajak ke Betong. Kalau ada passport pun nak kena ada salinan geran motor pulak kalau nak lepas masuk ke Thailand ni.
Kawasan Betong tengah musim durian sekarang ni jadi boleh tengok la lori durian dok bertenggek turunkan durian. Abang meronda tengok lautan durian yang dipasarkan di sini.
Yang teringin nak makan durian tu boleh la mai sini. Kalau orang belah kampung abang di Sik tu pun ada yang berulang-alik tiap minggu ke Pengkalan Hulu-Betong ni semata-mata nak cari durian ja. Dapat pekena pulut durian ni pun chara jugak !
|
Pos Kawalan Sempadan Betong di sebelah Thailand. |
|
Boleh je lalu kat sini untuk pusing balik semula ke imigresen Malaysia. |
|
Betong Customs House. Kawasan pemeriksaan kastam dan imigresen Betong. |
|
Bagi sesiapa yang nak bawak kenderaan masuk ke Thailand, kena turun cop passport dan buat surat pelepasan kenderaan dulu di sini. |
|
Kenderaan kastam Thailand. Masih berjiwa klasik. |
|
Boleh nampak tulisan 'Kingdom of Thailand' atas bukit. |
|
Orang Malaysia sorang pun abang tak nampak. Tapi sebelum tu ada geng motor besar abang tengok masuk Betong. |
|
Abang parking dulu skuter SYM VTS 200 kat tepi tu buat modal ambik gambaq. |
|
Lintasan sempadan Pengkalan Hulu-Betong ni tak sesibuk macam Bukit Kayu Hitam. Hari Sabtu Ahad pun dok lengang ja. |
|
Pintu keluaq di sebelah Thailand. |
|
Bagi yang bawa kenderaan sendiri dan baru balik dari Thailand, ken turun hantaq balik surat pelepasan dan cop passport keluaq. |
|
Papan tanda 'Kingdom of Thailand' ni hangpa boleh jumpa masa nak menghala masuk ke Betong. |
|
Peniaga Siam Muslim yang berniaga secara kecil-kecilan di pintu sempadan. |
|
Tengah ambik gambaq, ada sorang brader Thai ni mai dekat-dekat dok dengan abang tengok abang tengah buat apa. |
|
Teringin tengok buah pelam dengan nenas yang abang ni jual. Pi beli sebungkus RM 4.00. |
|
Longgokan durian Betong yang sedia untuk diedarkan. |
|
Ada yang kata durian Betong ni 'durian kait'. Tengok betul-betul tangkai dia. Abang syak kalau durian yang jatuh luruh betoi tangkai dia bentuk lain sikit. |
|
Lautan durian Betong. Bukan senang nak jumpa durian bertimbun banyak-banyak macam ni hoi! |
|
Penuh ponggek kereta depa sumbat durian. Tak bagi peluang langsung. |
|
Siap gantung hammock tiduq dalam bau durian. |
|
Sesi punggah-memunggah durian Betong giat dijalankan di kawasan bebas cukai Bukit Berapit ni. |
|
Cun-cun ja depa susun durian dalam pikap. Kalau tergolek tengah jalan ni kenduri durian cerita dia. |
|
Macam-macam jenis dan saiz durian ada di sini sampai abang pun tak tahu jenis apa. Nak beli sebiji dua pun boleh. |
|
Yang ni depa tak jual sebab dah ada orang pesan. |
|
Panas lit lit waktu abang sampai pasar bebas cukai Bukit Berapit ni lebih kurang pukul 2.00 petang macam tu. |
|
Lagi timbunan durian Betong yang silap-silap hangpa boleh berenang dalam dia. |
|
Harga durian Betong di Bukit Berapit ni dalam anggaran RM 10 - RM 15 sekilogram. |
|
Abang ingatkan durian Betong banyak-banyak macam ni dapat la murah lagi ka. Haha. |
|
Durian-durian Betong ni akan dikumpulkan di sini sebelum diedarkan ke tempat lain. |
|
Tengok macam nak borong semua durian yang ada, tapi baru hang sedar hang naik skuter ja mai Betong ni. |
|
Ni pikap lain pulak yang penuh dengan durian Betong. |
|
Nak beli durian Betong belah makan kat sini pun boleh. Ada meja dan kerusi yang disediakan. |
|
Pelanggan pilih durian yang mana nak. Nanti ada makcik yang akan timbang tengok. |
|
Suasana di kawasan pasar bebas cukai Bukit Berapit di Betong ni lebih kurang macam di Wang Kelian jugak. |
|
Macam-macam jenis buah dari Thailand ada dijual di sini. |
|
Tak makan durian? Boleh beli pelam Siam dan buah-buahan lain yang ada di sini. |
|
Nombor plat Betong. |
|
Kain baju pun ada jual. Tapi tak berapa meriah sangat dengan orang. |
|
Mainan budak-budak. Macam kat Padang Besar pun ada kawasan bebas cukai Bukit Berapit dekat dengan Betong ni. |
|
Meleleh ayaq liuq tengok buah pelam dengan jambu ayaq dia. |
|
Abang tak beli pun buah yang dijual kat sini. Yang abang beli cuma gula-gula asam jawa. 3 bungkus RM 5.00. |
|
T-shirt Betong pun ada dijual. |
|
Narita, barang yang wajib ada kalau di pasar-pasar persempadanan Siam ni. |
|
Barang-barang masakan dari Thailand pun hangpa boleh beli. Contoh dia macam pes tomyam dari Siam. |
|
Anda peminat 'cha yen' (teh ais Thai) atau green tea ? Ni boleh beli serbuk teh dia kat sini. Bancuh masa balik rumah nanti. |
|
Satu-satunya buah tangan dari Betong yang abang bawak balik. |
|
Cekelat asam jawa yang abang beli 3 bungkus RM 5.00 tadi. |
|
Nak balik dah. Ambik gambaq pintu masuk Kompleks Imigresen Bukit Berapit dulu. Selamat tinggal Betong. Ada passport kita masuk jauh lagi nanti. |
|
Rumah kayu lama di Teluk Teduri berlatarkan Gunung Pulai di Baling. Kampung Rizal Ghazali depa kata ni ! |
|
Balik lepak tengok bola Final Piala FA di kedai mamak di Seberang Jaya. |
nice sharing
BalasPadamTerima kasih bang !
PadamGood sharing even without passport!
BalasPadamMy pleasure !
Padamlabah-labah dah buat sarang ni abg
BalasPadamOh begitu ka.
PadamCerita yg jelas.. Bole faham ja
BalasPadamTerima kasih.
PadamBaru pergi 28/3/19..1st time sampai pengkalan hulu..tapi heran tiga pos imigresen lepas tak di periksa..
BalasPadamNaik kereta sendiri je terus sampai owkan betong..heran jgk sbb xde passport pun kami boleh lepas sampai ke pekan betong dgn kereta 😅
sbb mungkin dia ingat selalu masuk..yg selalu masuk dia biar je. tp klu kena tahan area town, dia minta passport, mkn tak habis..
PadamAssalammualaikum Tuan kalau nak pi ambik gambaq kat batu sempadan betong malaysia tu kena cop pasport dak?
BalasPadam