Iklan

04 Disember 2017

Jalan Makan Jalan Makan Penang : Roti Bakar Kacang Phool Penang

Tahukah anda di Penang pun ada Roti Bakaq Kacang Phool?
* Ayat biasa pembuka bicara. Macam dah tak ada ayat lain dah.

Seumur hidup abang tak pernah lagi rasa roti bakar kacang phool ni. Selalu abang dok tengok orang belah-belah Johor ja yang dok pekena kacang phool ni. 

Meleleh ja ayaq liuq dok tengok dalam TV rancangan cari makan dok terjah cari makan. Kalau semata-mata nak pi Johor pekena kacang phool memang tak dan la.

Kebetulan abang tengok kat Facebook baru ni dok viral pulak pasal Roti Bakar Kacang Phool Penang. Yang abang tau memang dah lama ada kat Penang, tapi abang sendiri pun tak pernah cuba lagi.

Dah kebetulan satu hari tu abang kayuh basikal lipat dengan Pak Andak Katang pi Kek Lok Si Temple. Dah alang-alang kami kayuh terus ke Tanjung Tokong bagi mencari kebenaran yang tersembunyi di sebalik Roti Bakaq Kacang Phool Penang ni.

Lokasi dia kalau nak cari hangpa boleh guna Google Maps, cari ja 'Roti Bakar Kacang Phool Penang', nanti akan keluaq la nama 'NAZZEERA'S Roti Bakar Kacang Phool Penang'. Betul dah tu. Tekan ja penunjuk arah untuk sampai ke sini.

Kedai Roti Bakar Kacang Phool Penang ni terletak di medan selera Kompleks Desiran Tanjung. Kalau hangpa biasa pi Avatar Secret Garden Penang, ha dia simpang sebelum tu lagi.


Alamat : 
No. 1 Kompleks Desiran Tanjung, 
Jalan Desiran Tanjung 3,
Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, 
10470 Penang
Tel: 019-220 1355
Dibuka bermula jam 8.30 a.m sehingga 9.00 malam.





Abang & Pak Andak mai hujung minggu waktu tengahari memang ramai orang. Kena tunggu giliran jugaklah nak merasa kacang phool dia. Kami order menu wajib set roti bakar kacang phool (boleh pilih nak daging ka ayam) dekat sejam jugak baru sampai.

Yang buat pun tokey dia sorang ja, tak ada pembantu buat masa tu. Tak tau la sekarang macam mana. Ada dia bagitahu abang kalau ada yang nak buat praktikal ka kat Roti Bakar Kacang Phool Penang ni. Boleh rujuk Facebook Page Roti Bakar Kacang Phool Penang. Ada maklumat kat situ.

Selain set roti bakar kacang phool, ada jugak menu lain seperti cheesy meltz (nampak lidah berbelit tu nak sebut), roti teluq goyang & roti jala. Yang buat tokey dia sorang ja tapi macam-macam jenis ada !

Standard harga pulak bagi abang sedikit mahal. Tapi puas hati makan tak apa. Contohnya macam set roti bakar kacang phool biasa berharga RM6.00. Kalau pekena roti garlic cheese beserta kacang phool boleh cecah RM9.00.

Tokey dia layan pelanggan memang baguih walaupun sibuk tak kira abang tengok. Cakap orang putih pun pandai. Tapi abang nasihatkan kalau ramai orang tu terpaksa sabaq la sikit nak tunggu tu. 


Kedai Roti Bakar Kacang Phool Penang ni dia terletak di medan selera Kompleks Desiran Tanjung, Tanjung Tokong. Kedai yang pertama sekali. Kalau dari jauh dah boleh nampak dah.

Bukan kata orang Melayu ja yang makan roti bakar kacang phool ni, orang India, Cina pun turut sama memeriahkan majlis.

Setelah hampir sejam menunggu & 2 gelas ayaq dah habis, roti bakar kacang phool Penang akhirnya sampai.

Kacang Phool Penang ! Hidangan sempurna lagi lengkap untuk orang yang tengah lapaq macam abang !

Kami ada pesan jugak cheesy meltz yang macam Pak Andak tengah baham ni. Yang ni padu rasa dia !

Haih terliuq balik haih bila tengok gambaq kacang phool Penang ni. Dan dan terus rasa lapaq.

Yang ni abang order roti bakaq cheese garlic yang didatangkan dengan kacang phool tadi. Tak nak kalah punya pasal.

Dalam cheesy meltz ni dia letak kacang phool tu. Jadi dia punya rasa tu sama macam makan roti bakaq biasa tu.


2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...