Iklan

Memaparkan catatan dengan label Ada Apa di Avatar Secret Garden?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ada Apa di Avatar Secret Garden?. Papar semua catatan

03 Oktober 2017

Ada Apa di Taman Rahsia Avatar a.k.a. Avatar Secret Garden Penang


Hangpa biasa dak tengok cerita Avatar?

Bukan cerita kartun tu. Alah filem pecah punggung panggung tahun 2009 dulu tu. Yang ada makhluk tinggi-tinggi kaler kelabu yang berkembang biak di Planet Pandora tu. Abang bukan kaki movie, tapi kalau cerita Avatar ni dah 2-3 kali abang ulang tengok cerita ni tanpa pernah jemu.

Kalau hangpa biasa tengok cerita Avatar ni hangpa tau la suasana atau keadaan planet Pandora tu macam mana kan. Lawa gila waktu malam !

Tahukah anda di Penang pun ada tempat seakan-akan planet Pandora ni? Depa la kata nak macam sama, tapi bukan dia.

Orang Penang sendiri pun mungkin ada yang tahu, ada yang tak. Tempat ni depa panggil Avatar Secret Garden sebenarnya ia terletak di Thai Pak Koong Temple di kawasan Tanjung Tokong.

Jika hangpa masih tertanya-tanya awat hangpa tak tau langsung pun pasal Avatar Secret Garden ni, memang patut pun sebab ianya masih lagi baru dan 'misteri' di kalangan rakyat Malaysia.

Masa abang pi 2 bulan lepas dulu tak rami lagi orang. Tapi sekarang ni abang rasa dah sesak dah bila orang dah tahu.

Nak boleh tengok kat mana lokasi Taman Rahsia Avatar a.k.a Avatar Secret Garden ni.



Kalau dari Georgetown nak ke Batu Ferringhi, hangpa akan jumpa kawasan Tanjung Tokong ni. Haa Avatar Secret Garden ni dia terletak tak jauh dari jalan besar berhampiran dengan Flat UDA Tanjung Tokong.

Kalau mai belah siang boleh la nampak pokok-pokok besaq yang menjadi latarbelakang Avatar Secret Garden ni, Dari situ pun tak jauh dah nak ke laut, betul-betul dekat tepi laut !

Kalau hangpa mai waktu malam naik kereta, kena berebut-rebut sikit la cari parking. Tapi jangan risau ada banyak abang-abang kawasan rukun tetangga setempat yang tolong anda cari parking. Kena bayaq la sikit RM3.00 untuk sebuah kereta. (Harga parking sekarang ada yang kata dah jadi RM5.00).

Kalau hangpa sanggup nak menapak jalan kaki jauh sikit, boleh je parking di Tesco yang tak jauh dari sini. Selalu Tesco tak payah bayaq parking kan?

Macam abang hari tu mai naik motor ja, boleh la cilok & parking sesuka hati asal ada ruang. Jadi tak payah la bayaq parking. Huhu.

Tiada bayaran masuk dikenakan untuk pengunjung Avatar Secret Garden ni. Cuma bayar parking ja dan terus boleh masuk ke dalam kawasan tokong.

Kalau seeloknya bawak la lampu suluh sebab walaupun ada lampu fiber optik tu, dia tak cukup terang untuk menerangi keseluruhan kawasan. Kadang-kadang boleh tersungkur tersalah pijak tangga ! Kalau ada yang bawak telefon, guna je lampu kat telefon tu untuk suluh tangga.

Kalau rasa nak buat surprise kat makwe-makwe tu boleh ler ajak mai Avatar Secret Garden ni. Kata ja nak ajak pi Pandora, mesti dia syak nak bawak pi kedai barang kemas Pandora kat Gurney. Padahal nak pi tengok lampu ja pun. Huhu.


Parking di luar berhampiran Flat UDA Tanjung Tokong & boleh jalan kaki masuk ke dalam Thai Pak Koong Temple.

Avatar Secret Garden ni dalam kawasan Thai Pak Koong Temple ni.

Antara contoh cahaya lampu yang terdapat di Avatar Secret Garden.

Lampu-lampu yang tergantung di pokok ni akan sentiasa bertukar warna. 

Kalau dulu rasa I-City kat Shah Alam tu dah cukup hebat dah bila dapat pi. Tak mai lagi Avatar Secret Garden.

Ada fefeeling dok kat planet Pandora dak?

Kalau rasa nak buat surprise kat makwe-makwe tu boleh ler ajak mai Avatar Secret Garden ni. Kata je nak ajak pi Pandora, mesti dia syak nak bawak pi kedai barang kemas pandora kat Gurney nih.



Kalau nak ambik gambaq selfie kat Avatar Secret Garden ni memang tak nampak muka sendiri.

Masa abang mai Avatar Secret Garden hari Jumaat malam Sabtu, tak berapa ramai sangat orang.

Layan jugaklah tengok lampu-lampu kat Avatar Secret Garden Penang ni.

Dari warna ini ke warna yang lain.



Sejenak ku termenung, awan mulai murung, tiada siulan burung-burung.
*tetiba

Nak main dam lagu mana dalam gelap ni?



Orang ramai ada ja dok kat bawah-bawah pokok ni, cuma hangpa tak berapa nampak la sebab gelap.

Antara pemandangan menarik yang dapat disaksikan di Avatar Secret Garden Penang.

Makan modal nak pasang lampu macam ni kat kawasan tokong.

Avatar Secret Garden Penang ni dibuka setiap hari kecuali ada notis tutup sementara.

Hangpa jalan kaki dalam 10 minit dah boleh habis dah pusing kawasan Avatar Secret Garden ni

Gambaq-gambaq semua ni abang ambik guna telefon je ni.

Abang ingatkan cendawan ka apa, ruapanya tugu ular !

Kalau boleh pakai la pakaian yang nipis sikit. Bukannya apa, boleh berpeluh kepam ramai orang kat dalam kawasan ni kadang-kadang tu.

Dah nama pun taman, mesti la ada bunga. Ni bunga tulip yang berlampu.

Macam-macam kaler bunga tulip ada di Avatar Secret Garden ni.

Avatar Secret Garden Penang yang dibawakan oleh syarikat MBI.

Kena naik tangga turun tangga sikit dalam gelap.

Kat luar Avatar Secret Garden ni ada la orang dok menjual sikit.

Kalau mai Avatar Secret Garden hujung minggu memang susah la sikit nak cari parking.

Kalau nak senang parking, elok je parking kat Tesco Seri Tanjung Pinang yang tak jauh dari Avatar Secret Garden ni. Tapi kena menapak sikit la.

Dengaq kata parking kereta kat Avatar Secret Garden Penang ni pun dah jadi RM5.00 baru-baru ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...