Iklan

Memaparkan catatan dengan label Jejak Ramadan Selatan Thai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jejak Ramadan Selatan Thai. Papar semua catatan

17 Julai 2019

Jejak Ramadan Selatan Thai 1439H/2018 dengan Modenas Elegan 250i (Pattani-Narathiwat)



Untuk catatan kali ini abang berazam nak tulis sampai habis. Tak jalan wei kalau dok tangguh sedia nak menulis ni. Ni pun curi-curi masa sikit nak menulis. Sibuk apa pun abang tak tau. Haha.

Jadi catatan Jejak Ramadan Selatan Thai 1439H/2018 ni abang akan cerita hari ke-3 dan masuk terus hari ke-4 sampai la balik semula ke Malaysia. Dah nak raya woi. Mak tak bagi raya kat Siam. Hehe.





Permulaan hari ke-3 di bumi Pattani Darussalam. Baru dua hari ja kat selatan Thai ni tapi cerita macam gempak ja lebih.

Balik terawih dari Masjid Jamek Pattani semalam abang sempat la pusing-pusing pekan Pattani sebelum balik Mansion Raibow Hotel tengah malam tu. Tapi malam-malam lagi banyak tentera dan sekatan jalanraya di Pattani.

Waktu malam ni lagi depa banyak soal nak pi mana semua. Sebab tu kalau nak ride ka apa elok ride di waktu siang. Takda siapa nak ride malam-malam kat selatan Siam ni. Penduduk tempatan ada la yang dok naik motor tak pakai helmet malam-malam ni tapi tentera Siam memang buat tak tau ja.

Kalau diperhatikan banyak kedai-kedai hipster di Pattani ni. Siapa kata orang Pattani tak hipster?

Ada kedai kopi tepi-tepi lorong dengan meja-meja kayu & lampu lip lap & mentol. Banyak anak muda Pattani yang melepak abang tengok. Abang pun tak pi la try tengok apa yang depa makan kat sana.

Baik. Berbalik pada cerita tadi. Hari ketiga ni perjalanan abang dengan Modenas Elegan 250i diteruskan ke wilayah Narathiwat. Dari Pattani nak ke Narathiwat tak jauh mana, lebih kurang 100KM sahaja atau sejam setengah perjalanan kalau betul-betul ride tak berhenti.

Tapi abang banyak menyinggah dan 'detour' masuk jalan kampung di pesisiran pantai Pattani/Narathiwat. Bukannya apa, cemuih jugak lalu jalan besar ni. Kurang kalau ikut jalan kampung, dapat jugak tengok suasana kampung kat selatan Siam ni.

Check-out dari Rainbow Hotel Pattani. Hari ni kita nak menuju ke belah wilayah Narathiwat pulak. Kesetiaan abang kepada beg IKEA tidak berbelah bahagi. Cukup bekalan pakaian untuk seminggu tu. Huhu.

Pikap Siam ni selalu bawak barang apa-apa pun mesti penuh bonet dengan tinggi lebih dari kereta. Abang seriau jugak sebenarnya nak potong ni. Takut buah nyoq tu terbalik kena abang. Sat lagi jadi cerita Final Destination pulak.

Banyak masjid-masjid yang menarik lagi berwarna-warni yang hangpa boleh jumpa sepanjang perjalanan dari Pattani ke Narathiwat ni. Saja abang berhenti sebab abang tengok rekabentuk dia sangat menarik dan memberi inspirasi gitu.

Nak pi masjid ni nak kena pusing balik buat u-turn depan nu jauh pulak dah. Sekadar bergambar di pinggiran je lah. Padahal nak show off Modenas Elegan 250i. Kah!

Masuk kawasan-kawasan kampung di wilayah Pattani/Narathiwat ni bahasa Melayu masih digunakan secara meluas lagi. Tulisan bahasa Melayu 'Selamat Datang' pun kita boleh baca dan faham lagi. Besaq betul wau depa buat ni.

Abang sejujurnya tak boleh jangka pemandangan kampung di tepi pantai yang abang boleh jumpa di belah wilayah Pattani & Narathiwat ni seakan-akan sepertimana abang berada di negeri Terengganu.

Dengan pokok kelapanya, dan pasir pantainya. Kampung-kampung ni terasa aman damai sungguh, Tenang ja. Rasa macam nak balik beraya di sini pulak. Hiks.

Melalui jalan-jalan kampung ni macam-macam benda hangpa boleh tengok. Rumah-rumah kampung & depa kerja apa semua hangpa boleh tengok. Kebanyakkan adalah nelayan kalau yang duduk di tepi laut tu.

Bahasa Melayu masih digunakan secara meluas di sini selain bahasa Thai. Tulisan rumi bahasa Melayu pun banyak yang hangpa boleh faham. Tak susah la kalau nak bercakap dengan penduduk tempatan. Confirm depa paham.

Salah satu kampung yang abang lalu masa nak menuju ke Narathiwat ni adalah Kampung Thon atau dalam bahasa Siam dia panggil 'Ban Thon'. Ban tu maksud dia 'kampung' kat sini.

Rupanya setelah di-Google kemudiannya baru abang tahu Ban Thon ni terkenal dalam tradisi pembuatan bot kayu yang dihias dengan ukiran halus. Bukan bot besar saja depa buat, bot dalam skala miniature pun depa buat. Canggih!

Tapi masa abang lalu tu mungkin tak kena masa kot, tak nampak pun penduduk tempatan dok buat bot. Ya, bot memang ada banyak abang tengok kat pesisir pantai kampung ni. Tapi takda siapa pun yang dok belek-belek bot buat keja.

Kagum betul abang dengan kecantikan dan keunikan kampung Ban Thon ni. Pokok-pokok kelapa penuh sederet dengan jalan kampung. Rumah penduduk tempatan jauh-jauh antara satu sama lain. Tapi memang tenang. Entah nak ungkap macam mana entah suasana dia. Kalaulah jodoh orang sini. Haha.


Abang lebih gemar eksplorasi jalan-jalan kampung pesisir laut Pattani/Narathiwat berbanding ikut jalan besar di bumi Siam ni. Banyak kampung yang lawa-lawa yang hangpa tak pernah tengok dan tahu pun sebelum ni. Contohnya Ban Thon ni. Dalam bahasa Melayunya dipanggil Kampung Thon.

Suasana Ban Thon yang banyak pepohonan kelapa ni mengingatkan abang kepada negeri Terengganu. Rasa macam duduk kat Ganu pun ada. 

Jalan kampung di pesisiran pantai Ban Thon. Tenang ja rasa. Kalau banyak masa rasa nak rasa nak buka puasa & pacak khemah tidoq sini.

Sepanjang jalan kampung ni pokok kelapa saja di sepanjang jalan. Orang kampung pun tengok lain macam ja abang. Jarang kot orang luar nak masuk kawasan kampung camni.

Ni kalau siapa banyak modal bukak kawasan chalet depan pantai dengan pokok-pokok kelapa ni memang baik ni.

Rumah-rumah orang kampung yang ada di Ban Thon ni. Rumah jarang-jarang antara satu sama lain.
Nyaman dengan angin yang bertiup sesedap rasa. Kalau siapa yang pandai ambik gambaq kat Ban Thon ni sangat sesuai untuk buat sesi fotografi. Nampak garang pulak Modenas Elegan 250i ni diambil dari sudut kritikal ni. Keh!

Di kejauhan abang nampak ada chalet comel di celahan pokok kelapa. Cuba mencari di mana tuannya. Kot-kot boleh menginap kat sini semalam.

Abang dok tinjau-tinjau kat mana nak cari tuan chalet ni tapi tak jumpa. Molek sungguh chalet dia. Ada dalam 4-5 buah camtu. 

Abang tahan la orang-orang kampung yang dok lalu lalang dekat jalan kampung ni. Tanya depa macam mana nak tanya pasal chalet ni. Depa kata tunggu sat, depa pi panggil orang yang jaga chalet ni.

Ni makcik yang dok jaga chalet di Ban Thon ni, Rupanya tuan yang sebetulnya duduk di Bangkok sana. Makcik ni yang dok urus kemas chalet ni semua.

Sayangnya chalet ni dah ada orang booking. Bukan sebuah semua pulak tu. Tak ada can la abang nak tidoq semalam kat sini. Harga semalam lebih kurang THB1000. Kalau tukar dalam duit kita la ni dalam RM130 semalam.


Hati abang tertinggal di kampung Bang Thon. Ada anak-anak makcik yang nak direkomendasikan tak untuk abang. Boleh abang jadi penduduk Bang Thon. Kehkeh!



Dah tak boleh tidoq kat Ban Thon ni, abang terpaksa la bergerak pelan-pelan ke Narathiwat. Sebelum tu saja la berjalan kaki meronda kawasan pantai.

Tengok ada pondok beratapkan rumbia di tepi pantai. Saja la pi usya tengok apa yang orang kampung depa dok buat bawah ni.

Ada pakcik nelayan yang baru balik pukat ikan. Elok abang sampai, dia pun elok baru parking bot. Baru hari ni dapat turun laut. Bulan-bulan puasa pun kena jugak turun laut cari rezeki. Dua hari lepas

Senyuman penduduk Ban Thon. Abang disapa penuh mesra oleh mereka sekeluarga. Tok pun ada sekali. Ditanyakan abang dari mana semua. Depa boleh berbahasa Melayu dialek Pattani yang abang boleh paham. 

Bulan-bulan puasa ni anak beranak tunggu si ayah bawak balik tangkapan hasil laut untuk dijadikan juadah berbuka. Nak mengorat anak kena mengorak tok dan maknya dulu. Huhu.

Anak tengah main pasir kat belakang. Haha.

Dari kampung Ban Thon tadi, abang bergerak slow-slow ke pekan Narathiwat. Sebenarnya Ban Thon tadi ni pun memang dalam wilayah Narathiwat dah. Setiap wilayah di Thailand ni memang besar-besar. Contohnya Pattani, Yala, Narathiwat & Satun. Macam kita la panggil negeri. Kedah, Penang, & Perlis.

Belakang Ban Thon tadi tu ada Lapangan Terbang Narathiwat. Tak tau kan Narathiwat pun ada airport? Haaa tu lah. Ingat Narathiwat cikai sangat ka. Yang tau Hat Yai ja ada airport.

Yang sebenarnya abang sendiri pun tak pasti nak tiduq mana malam ni di pekan Narathiwat ni. Tadi kat Bang Thon ada tanya chalet menarik kat kampung depa tu dah ada orang booking pulak. Sayang sungguh.

Abang Google tengok jumpa la satu hotel ni di Narathiwat. Bukan hotel la lebih kepada hostel tapi dia panggil Paksina Resort. Abang tengok review ramai yang kata murah dan berbaloi. Tunggu apa lagi, cari tempat menginap dulu la letak barang.

Abang ingat resort kat tepi pantai ka apa, rupanya Paksina Resort ni kat tepi jalan besar. Yang dekat pun ada la 7E. Boleh daripada tak ada. Harga bilik single cuma THB500 (RM60) semalam. Boleh sangat la tu. Bilik air pun ada dalam, tak payah kongsi. Sebab tu ramai suka ride pi Siam, penginapan murah. Haha.

Dah siap check-in Paksina Resort, abang keluar petang tu mencari juadah berbuka puasa. Haaa jangan ingat abang ride diharuskan tak berpuasa pulak. Mula-mula tu nak pi mana entah abang pun tak pasti. Nak cari masjid la kot boleh bukak puasa sekali abang ingat. Kalau jumpa bazar Ramadan pun elok jugak lapar ayaq tebu.

Google tengok ada satu masjid lama ni nama dia Masjid Wadi Hussein di Teluk Manok, Bacho. Bacho ye bukan Bachok, Kelantan. Bacho ni satu daerah la lebih kurang. Abang pun ikut la Google Maps tu membawa abang ke Masjid Wadi Hussein.

Masjid Wadi Hussein ni yang unuk dia dah berusia 300 tahun woo! Dia punya senibina macam Masjid Tengkera di Melaka seperti mana yang kita boleh tengok. Berhampiran dengan kawasan masjid ni ada kawasan perkampungan. 

Masa abang pi ni ada la kot dekat pukul 5.00 petang waktu tempatan. Kalau kita di Malaysia pukul 6.00 petang. Dok tunggu jugak ada orang tak kat Masjid Wadi Hussein ni, nampak sunyi ja. Tak da buat majlis bukak puasa ka. Kalau tak abang nak join sekali. Haha.

Ada pakcik-pakcik 2-3 orang yang baru mai bukak masjid. Tapi depa perhati ja abang, tak jemput pun bukak puasa sini ka dak. Entah-entah tak ada pun majlis bukak puasa kat sini. Abang ja yang perasan.

Abang sempat tinjau macam-macam tu ja lah dari sebelah luar. Tengok ada budak-budak kampung dok mandi parit depan masjid. Bulan-bulan puasa boleh dok mandi lagi ramai-ramai camni. Haha. 

Ada tanah perkuburan berhampiran Masjid Wadi Hussein ni. Sebahagian daripada anak muda yang gugur dalam Peristiwa Tak Bai 24 Oktober 2004 dikebumikan di sini. Abang akan cerita kemudian kisah ni.

Selamat tiba di pekan Narathiwat.

Check-in Paksina Hotel di pekan Narathiwat. Layan jugaklah hotel ni. Bilik semalam cuma TH500. Lebih kurang RM60.

Masjid Wadi Hussein di Teluk Manok, Bacho wilayah Narathiwat. Bukan Bachok eh, tapi Bacho. Senibinanya mengingatkan kita kepada masjid-masjid lama yang ada di negeri Melaka. Masjid ni dah berusia 300 tahun.

Keadaan pintu masuk hadapan Masjid Wadil Husin ni. Waktu abang pi dalam pukul 5.00 petang sebelum bukak puasa.

Tepi Masjid Wadil Husin ni ada sungai. Tengok budak-budak kampung mandi selamba ja bulan-bulan puasa ni. Mujur budak-budak, kalau orang dewasa abang pun musykil jugak.

Abang kembali ke pekan Narathiwat selepas melawat Masjid Wadi Hussein. Jumpa jugak bazar Ramadhan kat pekan Narathiwat ni. Tapi abang tengok sederet ja ada la kot dalam 7-8 payung. Ke ada bazar lain yang abang tak tahu?

Masing-masing penjual di Bazar Ramadhan Narathiwat ni jual menu yang berbeza. Air tebu abang jumpa jugak akhirnya. Abang tapau ada ayam goreng ni cuma THB10 sekeping. Boleh la nak buat modal lepas terawih nanti.

Kemudiannya abang tinjau Masjid Lama Narathiwat yang tak jauh dari bazar tadi. Kelihatan penduduk tempatan mulai berpusu-pusu ke masjid menjelang masuknya waktu berbuka puasa.

Abang jumpa pakcik-pakcik yang tengah melepak di luar masjid sementara menunggu waktu berbuka. Melihatkan abang dengan Modenas Elegan 250 bernombor plat Malaysia, pakcik ni menyapa tanya dari mana.

Mulalah ada modal menyembang di situ. Depa dok tanya la abang dari mana, buat apa kat Narathiwat ni dan mai dengan sapa. Bila sebut ride secara sendirian ja, depa kata tak takut ka. Abang ni takut tu takutlah jugak, tapi semuanya bermula dengan niat. Apa yang hang cari.

Pakcik ni pelawa abang masuk dalam masjid berbuka puasa sekali. Layanan pakcik ni baguih, tunjuk port mana nak duduk dan siap tuang ayaq bagi lagi.

Juadah buka puasa di Masjid Lama Narathiwat ni simple ja. Ada kuih-kuih sikit, buah kurma dan bubur. Nasi apa tak ada pun.Pandai-pandai la hangpa lepas Maghrib sat lagi nak cari nasi ka apa. Haha.


Di pekan Narathiwat, abang singgah di Masjid Lama Narathiwat. Pakcik-pakcik sini semua boleh kecek Melayu. Semua dok tanya abang mai dari mana, dengan siapa dan berapa hari kat Narathiwat ni. Macam tu lah selalunya bila sampai kat sesuatu tempat tu kena sembang sikit dengan orang tempatan.

Masjid Lama Narathiwat. Kalau tanya orang tempatan depa panggil masjid lama. Ada satu lagi Masjid Besar Narathiwat. Kalau tengok Google masjid ni nama dia Yum Iyah Mosque.

Depa jemput buka puasa kat Masjid Lama Narathiwat ni. makan simple-simple ja bukak puasa. Kuih campur dengan buah kurma. Ada bubur sikit. Ayaq. Cukup lah tu.

Lepas bukak puasa solat maghrib. Sambung terus solat terawih di Masjid Lama Narathiwat ni.

Waktu sembahyang terawih yang abang perhatikan kalau masjid-masjid besar di belah selatan Thai ni memang penuh selalunya. Ni kawasan yang tengah dok buat renovation pun jemaah penuh.

Imam terawih budak-budak tahfiz jugak macam kita kat Malaysia yang selalu import time bulan puasa tu.

Abang solat Maghrib sambung terus dengan solat Isyak & Terawih di Masjid Lama Narathiwat ni. Abang panggil Masjid Lama Narathiwat kalau ikut kata pakcik yang abang sembang petang tadi tu. Kalau ikut Google Maps dia panggil Masjid 'Yum Iyah'. Abang pun tak pasti maksud 'Yum Iyah' tu apa dia. Mungkin dalam bahasa Siam kot.

Yang abang respect mingu-minggu terakhir Ramadhan ni pun orang yang mai sembahyang terawih di sini macam minggu pertama bulan puasa. Setiap penjuru dan keliling penuh dengan jemaah. Laki, perempuan, budak-budak semua sekali. Kalau kita kat Malaysia hujung-hujung bulan puasa nak raya ni semua dah berada di Jalan TAR dan kawasan yang sewaktu dengannya mencari Lailatul Kamdar.

Semakin nak habis puasa semakin meriah jadinya. Orang tempatan menghidupkan masjid pada malam-malam terakhir Ramadhan. Solat terawih kat sini buat 20 rakaat. Imam tahfiz dari pondok-pondok pengajian setempat.

Tapi biasalah. Abang team 8 rakaat ja. Dok teringat nasi mengurangkan kusyuk dalam solat. Haha.

Depan masjid di seberang jalan ada kedai makan Muslim. Nak cari makanan halal kat selatan Siam ni tidak menjadi satu masalah kerana majoriti memang muslim pun. Jadi banyak kedai-kedai makan yang dibuka sampai lewat malam.

Abang tengok ada jual roti canai di luar kedai. Kalau nak makan nasi goreng ke apa kena masuk dalam kedai. Abang order nasi goreng seafood. Minuman wajib dah tentulah cha yen (teh ais).

Sedap la nasi goreng seafood dia. Yang syoknya udang dah siap kopek. Haha. Harga cuma THB45 siap dengan telur dadar. Puas hati dapat nasi. Haha.

Tak cukup dengan nasi goreng tadi, saja la abang rasa nak cuba pulak roti canai depan kedai ni. Tengok ramai jugak orang beli lepas terawih ni. Sebiji cuma 8THB. Roti canai kat Siam ni tak sama macam di Malaysia. Dia lebih berminyak sikit. Tapi kuah dia sedap.


Masjid Lama Narathiwat ni dekat dengan Bulatan Menara Jam ni. Lepas terawih meronda cari makan di kawasan sekitar dulu.



Ada kedai makan depan Masjid Lama Narathiwat ni. Tengok ada jual masakan panas. Roti canai pun ada abang tengok depan tu.

Pi mana-mana kat Siam ni biasanya menu tak lain tak bukan mesti minta nasi goreng seafood ja. Macam tak ada dah menu lain. Tapi nasi goreng seafood depa sedap wooo. Yang ni siap ada teh'o panas percuma.


Depan kedai nasi goreng seafood ni ada jual roti canai. Tapi roti canai depa tak sama macam Malaysia punya. Lepas makan nasi goreng seafood abang pi pekena roti canai ni pulak. Haha. Moreh.

Meriah malam-malam Ramadan di pekan Narathiwat orang melepak makan moreh. Kedai-kedai makan muslim memang tak jadi masalah la. Nak makan apa semua ada. 

Budak-budak melepak di perkarangan Masjid Lama Narathiwat tunggu ayah balik terawih. 

Malam tu lepas makan nasi goreng seafood tak ada program apa pun. Abang sempat jalan kaki pusing-pusing di kawasan sekitar Masjid Lama Narathiwat. Pun ada banyak tentera yang berkawal di simpang-simpang tertentu. Cuak jugak kalau depa dok suspek abang yang bukan-bukan. Tengok abang ke hulu ke hilir jalan kaki ni.

Abang naik skuter balik semula ke Paksina Resort dalam 5-6 minit macam tu. Tak jauh mana pun. Sebelum tu ronda 7E Siam dulu yang ada dekat-dekat Paksina Resort ni. Masuk bukannya beli apa pun. Tapi abang suka gila dengan kopi panas kat 7E Siam ni. Contohnya macam Latte & Mocha panas. Ni bukan yang 3 in 1 punya ni. Ni betul-betul depa grind biji kopi tu & steam susu tu. Di-brew segar. Harga pun takdalah mahal mana. THB20 secawan kalau tak salah abang. kalau minum ni confirm cerah la biji mata.

Ayaq tebu yang abang beli petang tadi tak habis lagi dok ada bawah seat skuter. Ayam keping tu pun dok ada lagi. Masuk bilik buat modal sahur la sat lagi. Tak dan tunggu sahur haih, licin dah sebelum tidor. Haha.

Waktu sahur selalunya abang akan minum air masak ja kalau bangkit tu. Tak biasa sangat makan nasik. Tapi tetap bangun jugak.

Hari ke-4 Jejak Ramadan Selatan Thai dengan Modenas Elegan 250i.

Jadual untuk hari ni adalah untuk keluar sempadan kembali ke Malaysia balik melalui pintu mana tak berapa pasti tapi semestinya keluaq ikut negeri Kelantan.

Boleh ke masuk Siam ikut pintu lain, keluar ikut pintu lain? Memang boleh walaupun hangpa sendiri tak pasti nak keluar ikut pintu mana. Dalam borang dokumentasi nak bawak motor tu hangpa isi ja dulu nama border yang hangpa nak keluar tu. Nak keluar ikut mana nanti cerita lain.


Menghabiskan saki baki duit Thai Bath yang dok ada lagi ni. Selalunya tak ada tempat lain, masuk 7E la jawabnya. Masuk beli maggi Siam je borong bawak balik. Sedap!
Isi minyak buat kali pertama sejak 2-3 hari di Selatan Thai ni. Waktu last isi minyak penuh hari tu masa di Petronas Pengkalan Hulu masa nak masuk Betong. Kali ni baru nak isi balik.



Harga minyak RON95 kat Siam pada waktu abang pi bulan puasa 2018 ni THB 29.98 seliter. Abang isi THB 200 baht ja. Cukuplah nak sampai keluar ikut Rantau Panjang nanti.

Abang check-out dari Paksina Resort pun dah tengahari dah. Destinasi yang dituju seterusnya hari ni adalah pekan Tak Bai yang bersempadan dengan pekan Pengkalan Kubor di Malaysia.

Kalau hangpa baca sejarah memang ada peristiwa hitam yang berlaku di Tak Bai ni.Peristiwa berdarah Tak Bai yang berlaku pada 24 Oktober 2004 merupakan peristiwa di mana 78 orang penduduk Islam kehilangan nyawa semasa dalam tahanan tentera Thailand, dalam bulan Ramadan.

Bagaimanapun kerajaan Thailand kemudiannya memutuskan bahawa tidak terdapat sesiapapun yang bersalah dalam kejadian tersebut.

Peristiwa berdarah ini bermula apabila 6 orang lelaki tempatan ditahan dan dituduh membekalkan senjata kepada pihak pemberontak.

Penahanan mereka dibantah oleh penduduk tempatan yang kemudiannya mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan bagi menuntut pembebasan rakan serta sanak saudara mereka itu.

Perhimpunan tersebut bertukar menjadi ganas apabila tentera menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap orang ramai yang kemudiannya menyebabkan enam lelaki berkenaan mati ditembak.

Beratus-ratus penduduk tempatan yang kesemuanya beragama Islam kemudiannya ditangkap dan dibawa dengan trak ke sebuah kem tentera di Pattani dengan tahanan dibawa dalam keadaan terbaring tindih-menindih. Mereka disusun seperti babi yang hendak dibawa ke pasar.

Apabila trak berkenaan tiba di kem tersebut beberapa jam kemudian, kebanyakan mereka yang ditahan itu didapati meninggal dunia akibat sesak nafas.

Kejadian pada 24 Oktober 2004, di bulan Ramadan itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia dan meningkatkan keganasan di selatan negara Thailand.

Terus menuju Tak Bai & Sungai Kolok. Tak pernah rasa lagi sampai Tak Bai. Dok tengok dari jauh ja dari Pengkalan Kubor sebelum ni.


Jarak perjalanan dari pekan Narathiwat ke Tak Bai tak jauh mana lebih kurang 45 minit. Di Tak Bai ni ada satu kawasan yang dipanggil Pulau Panjang atau 'Koh Yao', yang merupakan semenanjung yang memanjang sebenarnya, tapi depa panggil pulau. 

Abang sempat la meronda kawasan Pulau Panjang di Tak Bai ni. Ada jambatan yang cukup-cukup muat satu motor kalau nak lalu tu. Kalau kereta memang tak lepas dah.

Di Pulau Panjang ni ada perkampungan tradisional di tepi pantai. Abang pun tak dan jugak ronda sampai ke hujung. Sempat naik jambatan sampai Pulau Panjang dan patah balik semula.

Oleh kerana Tak Bai ni dipisahkan oleh Sungai Golok, maka berbondong-bondonglah rakyat Malaysia yang mai shopping dan makan kat sini hujung minggu. Di Tak Bai ni ada pekan hari yang selalu dikunjungi rakyat Malaysia. Ada bot tambang yang bawak penumpang ulang-alik dari Pengkalan Kubor ke Tak Bai ni.

Waktu bulan puasa ni tiap petang ada bazar Ramadan di pekan Tak Bai. Menu tu macam-macam lah ada yang tak sama ada di Malaysia. Nak rasa masakan & kuih muih Thai asli tu boleh la naik bot mai Tak Bai ni. 

Berapa tambang bot dari Pengkalan Kubor ke Tak Bai? Abang pun tak pasti sebab abang tak pernah naik. Ok abang dah Google sikit, tambang bot cuma 3 riyal (RM3) sehala seorang, tak payah bawak passport atau pun border pass pun.




Selamat tiba di Tak Bai. Abang saja la pusing-pusing kawasan setempat. Tengok ada jambatan panjang ke seberang laut sana. Rupanya tempat ni dipanggil Pulau Panjang atau Koh Yao dalam Siam.

Saphan Koh Yao. Atau Jambatan Pulau Panjang. Muat-muat cun satu motor lepas dalam satu-satu masa ni. Kalau nak selisih kena berhenti ada port dia kat tengah ni.

Selamat tiba di Pulau Panjang a.k.a Koh Yao, Tak Bai, wilayah Narathiwat. Koh Yao adalah sebuah pulau kecil yang mempunyai pasir indah menghadap Teluk Siam. Ia memanjang sejauh 5.5km dan selebar 400 meter sahaja. Unik sekali. Nampak suasana macam dah dekat Malaysia bukan?


Buat-buat sibuk naik motor masuk pekan Tak Bai. Inilah dia pekan Tak Bai yang abang cerita tadi tu. Kalau naik bot dari Pengkalan Kubor di Kelantan pun boleh sampai sini. Seberang sana ja Malaysia.


Bot banyak la kat Tak Bai ni dok mengangkut penumpang dari Pengkalan Kubor.

Ni hat bawak-bawak beg ni ada yang naik bot sekali pi seberang masuk Malaysia/

Nampak bangunan-bangunan tu? Tu Pengkalan Kubor di wilayah Malaysia. Sungai Golok memisahkan kita dan Siam.

Banyak ja bot berulang-alik dari Tak Bai - Pengkalan Kubor. Nak lintas masuk Malaysia pun boleh bawak kenderaan dari Tak Bai ni. Ada feri asing. Tapi ada waktu-waktu dia yang tertentu ja. Abang tak cadang nak keluar masuk Malaysia ikut Tak Bai ni.

Skuter & motor pun banyak. Ada pasar & bazar kat Tak Bai ni.

Orang Malaysia pun banyak jugak yang mai jalan-jalan kat Tak Bai ni kalau hujung minggu cari makan kalau bukan pada bulan puasa.

Ni Bazar Ramadhan Tak Bai depa. Abang saja la masuk pi usya tengok depa dok jual apa. nak beli tu tak la sebab lambat lagi nak bukak puasa. Baru pukul 4.00 petang waktu tempatan waktu ni.

Lauk-pauk yang dijual di Bazar Ramadhan Tak Bai ni nampak agak menarik.

Ni sup ni abang rasa. Betulkan abang kalau abang menadai-mandai ja. Haha.

Manisan dan kuih muih.

Ni panggil apa taktau. Haha. Bukan pegedil kot.

Pengat pisang, bubur chacha dan sebagainya. Nampak hebat pulak abang terang satu-satu nama menu ni. Haha.

Ayam ni depa jual sekoq-sekoq ka tak potong?

Kak Pah ayam goreng, kaki ayam dan sebagainya.

Mana-mana pun lebih kurang ja menu dia. Banyak cocok-cocok ni orang jual.

Ada jual bundle berhampiran Bazar Ramadhan Tak Bai ni. Tengok ramai orang ja. Yang abang perasan kat Pattani hari tu pun kalau ada bundle mesti ramai orang. Laku bundle kat sini.

Mula-mula tu abang ingat nak cross la border ikut Tak Bai keluar ikut Pengkalan Kubor ni tapi nampak macam tak sistematik ja dia punya border. Kena tunggu feri dulu. Kadang-kadang ada waktu dia jugak yang feri tak ada. Jadi abang ambik keputusan untuk keluar ikut border Rantau Panjang.

Selain dari Rantau Panjang, hangpa jugak boleh keluar ikut pintu sempadan Bukit Bunga di negeri Kelantan. Ada banyak jugak border nak keluar masuk ke Malaysia melalui negeri Kelantan.

Urusan imigresen di sangat lancar di border Sungei Kolok-Rantau Panjang ni. Depa Siam panggil Sungei Kolok, kita panggil Sungai Golok. Cop passport mula-mula kat belah Siam ni, kemudian serahkan balik surat 'Custom Declaration Form' yang kita dapat masa nak masuk sebelum ni tu. 

Surat ni kena serahkan semula kat pintu mana yang kita nak keluar. Ada kaka imigresen sorang yang akan ambik surat ni dan kena isi kat buku log dia no plat kenderaan & tandatangan. Kegagalan berbuat demikian boleh buat hangpa kena denda waktu nak masuk semula ke Thailand lepas ni.

Dah selesai belah Siam, masuk pulak belah Malaysia. Nampak tulis Kompleks ICQS Rantau Panjang tu maksud dia dah masuk belah Malaysia la tu. Kali ni tak payah turun motor, masuk drive thru macam McD hulur je passport kita. Nanti abang imigresen Malaysia scan passport kita. Selesai!

Makan selamatlah kita kembali ke bumi Malaysia yang tercinta.

Abang sampai di Rantau Panjang semula lebih kurang pukul 5.00 petang. Isi minyak penuh-penuh dulu di Petronas Rantau Panjang ni sebelum bergerak semula balik kampung!

Melayanlah jalan Jeli-Gerik nak balik ke Sik, Kedah. Sampai di Gerik dah nak dekat waktu berbuka puasa. Singgah di Masjid Jamek Gerik singgah buka puasa dulu sebelum sambung perjalanan lepas terawih balik ke Sik, Kedah!

Jejak Ramadan Selatan Thai 149H/2018 tamat! Haaa siap jugak akhirnya setelah lebih setahun berlalu.

Abang masuk bawak motor melalui Betong dan keluar Siam ikut Rantau Panjang. Mak tak bagi raya kat Siam. Mak suruh balik jugak raya kat kampung. Huhu.

Berhenti bukak puasa di Masjid Jamek Gerik. Betui ka nama dia Masjid Jamek Gerik? Main sebut je abang. Dekat-dekat IPD Gerik.

Selamat tiba di Teratak Tok Ayah, Kampung Tupai. Mana yang lalu Sik tu singgah-singgah la kalau abang ada kampung. Gambar ni diambil hari kmudiannya. Haha.

Balik-balik tengok ada durian kat kaki. Haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...