Iklan

Memaparkan catatan dengan label Review Modenas Elegan 250i. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review Modenas Elegan 250i. Papar semua catatan

17 Oktober 2017

Ulasan Modenas Elegan 250i : Bagus Ke Skuter ni?




Salam satu belting ! 

Kalau hangpa biasa baca catatan abang, hangpa akan tau abang merupakan seorang penunggang skuter tegar. Dari zaman dulu ada skuter Comel, Demak, Nitro, pun abang dah pernah rasa dah. Zaman Yamaha Nouvo LC, pun dah rasa dah. 

Kali ni abang nak buat ulasan sikit pasal skuter maxi keluaran Kymco yang dijenamakan semula oleh Modenas. Inilah dia Modenas Elegan 250i atau nama asalnya modelnya di Taiwan yang dipanggil 'Kymco Xciting'.

Jika sebelum ini Modenas membangun model skuter Elegan mereka dengan SYM, kali ni untuk model Modenas Elegan 250i yang terbaharu ini, mereka menjalinkan pakatan kerjasama dengan Kymco, sebuah nama besar dalam industri skuter di Taiwan.


Sedikit spesifikasi Modenas Elegan 250i


Enjin: SOHC, Sejukan cecair, 4 lejang
Sesaran: 249.1cc/ 72.7mm X 60mm
Kuasa: 16.5Kw @ 7000rpm / 22.1hp
Pembakaran: Suntikan bahanapi elektronik
Transmisi: CVT
Kerangka: 2235 mm x 810 mm x 1375 mm
Jarak roda: 1,540 mm
Kapasiti tangki: 12.5 Liter
Tayar depan: 120/80-14 inci
Tayar belakang: 150/70-13 inci
Brek: Cakera FR 260 mm, Cakera RR 240 mm
Suspensi: Teleskopik,
Harga: RM13,599 termasuk GST

Dengan harga cuma RM14,000, ianya sebuah skuter maxi yang paling berbaloi berbanding pesaing yang ada di pasaran sekarang.

Kenapa skuter ni dipasarkan di pasaran Malaysia dengan kapasiti enjin cuma 250cc sedangkan asalnya di Taiwan skuter ni lengakpa dengan enjin 300cc?

Faktor utama adalah kelas lesen. Kalau Modenas Elegan 250i ni hadir dengan enjin 300cc, berapa ramai orang yang sanggup dan akan beli? Lebih 250cc kena ada lesen B Full pulak.  Kalau 250cc dan ke bawah boleh guna lesen B2 biasa sahaja.

Jadi kebanyakan skuter atau motorsikal yang ada di Malaysia memang akan diturunkan cc enjin bagi disesuaikan dengan pasaran.

Orang tua abang pun cukup minat dengan kenderaan automatik dua roda bernama skuter ni. Dulu bagitau ja skuter jenama apa kami tak pernah rasa, kami pernah guna skuter Comel, Nitro, Demak & sebagainya. 



Tapi jenis-jenis skuter tu tak tahan lama !

Sat-sat rosak, sat sat rosak. Sekali repair dah berapa. Kalau hangpa rajin perhati kat jalan sekarang pun tak nampak dah skuter Comel tu. Pupus barangkali dah sekarang ni.

Abang pulak serius menggunakan skuter sejak zaman belajaq dulu. Ya, skuter Yamaha Nouvo LC tahun 2010 dulu tu la kenderaan utama untuk ke kelas di UiTM Shah Alam dulu. Sampai la ni masuk tahun 2020 dok elok lagi Nouvo tu!

Mula-mula tu memang abang dengaq cakap-cakap orang yang kata skuter ni manja sikit. Sekejap rosak itu, sekejap rosak ini. Abang menafikan kenyataan itu bila abang dah pakai skuter hampir 10 tahun.

Ianya bergantung pada kita jugak. Cara pembawaan kita. Cara pengendalian kita. Kalau dok pepah full throttle selalu, pikir nak laju ja, perah tak ingat dunia mana nak tahan woi! Bukan kata skuter, kapacai pun belum tentu. 

Tapi ianya mungkin bergantung kepada jenis skuter jugak kot. Kalau pandai jaga dia, boleh tahan lama skuter ni.

Hangpa boleh baca catatan Review Yamaha Nouvo LC yang abang buat sebelum ni. Motor tu lah bawak pi kelas, motor tu lah bawak pi touring

Dah jauh dah skuter ni bawak abang merata ceruk satu negara. Kuala Kelawang, Bukit Tinggi, Jalan Gombak Lama, Genting semua abang dah tapau dah. (Tiba-tiba bunyi ayat riak ni dah kenapa?)

Nak touring jarak jauh pun masih ramai orang takut nak bawak skuter, tapi abang dah buktikan ia bukan satu masalah.


Sampai sekarang skuter Yamaha Nouvo LC abang tu masih berkhidmat tanpa apa-apa masalah enjin. Janji semangat mau ada. Ni tak, kawan kelepet sikit kata skuter tak boleh jalan jauh la, takut belting putus la, terus kecut menikus tak jadi. Lalu, skuter selalu dijadikan bahan 'motor pakcik-pakcik ke masjid'.

Tiba-tiba pulak emosional pasal skuter ni pasai pa! Bukan nak cerita pasal Yamaha Nouvo LC tu pun sebenarnya. Nak sembang pasal Modenas Elegan 250i. Dok merepek kot mana hala dah ni.

Kali ini abang nak buat review sikit berkenaan dengan skuter Modenas Elegan 250i yang baru keluaq tahun 2017 ni.

Sebelum tu biaq abang terus terang. Ramai yang tanya abang mana Yamaha Nouvo LC? Dah jual ke? Motor tu masih ada. Orang tua abang dok guna buat pi kerja. 

Sibuk sungguh hangpa noh tanya skuter Yamaha Nouvo LC abang ada mana. Motor ada banyak sangat kat rumah ni sampai takdan nak guna. Haha.


Kemaskini terbaru : 

Abang dah guna Modenas Elegan 250i ni dah lebih 22,000 KM. Jadi sepanjang abang guna ni ada apa-apa masalah tak? Benda apa yang abang dah tukar? Berapa kos maintenance atau penyelenggaraan skuter ni?

Boleh rujuk video di bawah :



Orang buat video DIY, hang pun nak buat video DIY. Nah semangat buat video DIY tukar minyak enjin Modenas Elegan 250i. Kot-kot sapa-sapa nak cuba bukak buang minyak hitam sendiri lepas ni.

Boleh rujuk video di bawah:



Sedikit perkongsian kadar penggunaan bahanapi bagi skuter ni. Nak tahu minyak jimat tak jimat Modenas Elegan 250i ni boleh rujuk video di bawah :












REVIEW MODENAS ELEGAN 250 2017

Sedikit ringkasan yang abang boleh buat berkenaan dengan Modenas Elegan 250i 2017 ni:

  • Kalau dilihat model Modenas Elegan generasi sebelum ni menggunakan enjin SYM, untuk Modenas Elegan 250i tahun 2017 ni pulak diambil daripada KYMCO, salah sebuah jenama yang gah dalam pembuatan skuter. Modenas Elegan 250i ni merupakan model terbaru daripada Modenas yang mana asalnya merupakan skuter maxi dari keluarga KYMCO X-Town.
  • Modenas hanya buat penjenamaan semula (rebadge) KYMCO X-Town ni. Enjin & semua komponen adalah dari KYMCO. Ada la sikit lambang 'M' Modenas kat cermin penghadang angin depan dan di handle tu. Kalau tengok & perhati betul-betul contohnya macam lampu memang semua cop KYMCO.
  • Walaupun diambil dari model KYMCO X-Town, hanya di pasaran Malaysia sahaja yang ada skuter KYMCO dengan kapasiti enjin 250cc ni. Asalnya yang ada hanya model KYMCO X-Town 300i & KYMCO Xciting 125i. Strategi mereka, rakyat marhaen yang tak ada lesen 'B Full' tu boleh la berpeluang bawak motor ni.
  • Modenas Elegan 250i ini hanya terdapat dalam dua variasi warna (betul ke ayat abang ni?) iaitu hanya ada warna putih dan hitam. Tapi kalau hangpa tengok motor orang tua abang macam dalam gambaq tu, kami dah koyak stiker-stiker asal yang ada di body tu. 
  • Enjin Modenas Elegan 250i dari KYMCO ni memang betul-betul 250 cc. Kalau hangpa tengok geran memang dia tulis 249.1cc. Tak macam SYM VTS 200 yang abang pernah guna, walaupun claim 200 cc tapi dalam geran sebetulnya cuma 170 cc.
  • Berapa harga pasaran Modenas Elegan 250i ni? Dia berbeza-beza mengikut kedai. Orang tua abang beli harga hutang RM14,800 on the road. Tapi satu je yang abang boleh cakap skuter ni stok tak ada ! Kalau booking pun kena tunggu 2-3 bulan. Nasib la kalau ada di kedai tu, tu pun dah ada orang yang punya.
  • Walaupun bukak bonet bawah seat nampak macam sempit, Modenas Elegan 250i ni kalau hangpa nak tau boleh letak dua biji helmet bawah seat dia. SYM VTS 200 pun boleh letak sebiji je helmet.
  • Macam mana penggunaan minyak untuk Modenas Elegan 250i ni? Kuat minyak ke? Kalau ikut pengalaman abang yang dah guna skuter ni 3-4 bulan, abang pernah ulang-alik Penang ke Kuala Lumpur. Abang isi minyak penuh di KL & isi balik penuh di Penang. Untuk jarak 360KM, skuter ni guna dalam RM 23+ untuk minyak RON 97. Jadi secara puratanya lebih kurang 6.3 sen/kilometer. Boleh la tu, bagi abang jimat la jugak.

Gambaq-gambaq teman orang tua abang bawak Modenas Elegan 250i pi ride layan kona Fraser Hill.

Nanti abang buat catatan lain pasal ride 'thousand corner' Malaysia ni. Nak cerita pasal Modenas Elegan 250i ja dulu untuk catatan ni.

Modenas Elegan 250i ni asalnya datang dengan stiker Modenas kiri kanan di body tu, tapi tak berapa mengancam. Tu yang kami cabut buang tu.

Muka puas hati dapat layan corner Fraser Hill dengan Modenas Elegan 250i.

Modenas Elegan 250i takat ni tak bawak banyak masalah. Mungkin baru lagi kot. Tunggu tengok la setahun dua lagi.

Modenas Elegan 250i dan Yamaha Y15ZR berhenti singgah pekena kopi kampungdi Janda Baik selepas seharian layan corner.

Modenas Elegan 250i ni dari depan nampak lebih 'sukan' dan garang.

Lampu belakang Modenas Elegan 250i berbentuk 'X' yang menunjukkan ia dari keluarga model KYMCO X-Town.

Tayar depan dan belakang Modenas Elegan 250i satu saiz lebih besar berbanding SYM VTS 200. 

Tayar belakang Modenas Elegan 250i lebih lebar dari SYM VTS 200. Jadi nak layan corner tu lebih confident.



Kalau perasan Modenas Elegan 250i ni side mirror dia melekat sekali di handle macam kapcai biasa. Kalau SYM VTS 200 pulak side mirror dia melekat sekali di body.

Dengan harga lebih kurang RM14k+, Modenas Elegan 250i ni boleh dikatakan cukup berbaloi dengan harganya kalau nak banding dengan model skuter seangkatannya.

Modenas Elegan 250i touchdown Kampung janda Baik.

Modenas Elegan 250i ni buat masa sekarang susah nak tengok kat jalan sebab tak cukup stok. Yang dah booking pun kena tunggu 2-3 bulan. Tu yang abang nampak kelemahan ketara Modenas dalam 


Maaf. Sori-sori termasuk pulak gambaq mee rebus Tapah.

Nampak tak logo Modenas besar-besaran kat tengah handle Modenas Elegan 250i tu?

Ni kat Terowong Menora ni. Gigih jugaklah ambik gambaq guna SJCAM yang abang simpan dalam poket tepi Modenas Elegan 250i ni.

Hujan lebat dalam perjalanan balik ke Penang. Saja ikut jalan lama dari Kuala Kangsar ke Gerik. Jumpa Suka-Suki Lake Retreat ni di Kampung Kelantan di Lenggong.

Parking Modenas Elegan 250i betul-betul depan rumah makan Suka-Suki Lake Retreat milik pakcik Aziz ni. Depa siap jamu kopi kat abang !

Singgah sat kat Lata Kekabu dalam perjalanan balik dari Lenggong ke Penang.

Dah jauh dah abang bawak Modenas Elegan 250i ni merantau di dalam Malaysia dan juga di luar Malaysia. Luar Malaysia tu biasanya Siam la. Pernah bawak Modenas Elegan 250i ni bulan puasa 2 tahun lepas secara solo dengan misi 'Jejak Ramadhan Selatan Thai' di wilayah bergolak Narathiwat, Yala dan Pattani.

Biasanya abang bergerak secara solo dan skuter ni memang boleh diharap. Dari segi enjin memang boleh diharap. Dah nak masuk 3 tahun dah bateri pun tak pernah tukar lagi, enjin tak pernah usik langsung.

Sejak dari beli, tak pernah sekali pun pi servis CVT. Cuma sekali tu masa odometer dekat 23,000 KM, abang pi jugaklah pi servis CVT. Sejak dari beli sampai 23,000 KM tak pernah buka & servis CVT. Saja abang nak test tengok sampai mana belting dia boleh bertahan. Ramai yang dok pesan kena pi servis CVT 6,000-7,000KM sekali, abang buat tak tau ja. Haha.

Kita biasa pakai skuter dah sebelum-sebelum ni, jadi kita tau cara kita bawak dia camna. Dari segi belting ada orang sampai 30,000KM pun ada. Ada yang pakai 12,000 KM pun ada yang putus dah. Semuanya bergantung jugak pada cara pemanduan kita. Abang bukan jenis kaki lenjan & kaki pepah throttle tak lepas. Abang jenis santai-santai ja. Bawak pun tak laju.

Harga barang Modenas Elegan 250i semuanya jenama Kymco yang kalau betul original mai dari Taiwan. Harga barang Kymco ni mahal sikit kalau nak banding dengan barang SYM. Contohnya bila orang selalu tanya, harga belting ME250i ni mahal tak?

Abang akan kata lagi mahal dari SYM. Harga belting Kymco untuk ME250i ni lebih kurang RM160-RM170 macam tu. Tu tak termasuk upah nak servis CVT sekali. Upah cuci & servis CVT biasanya dalam RM30 sahaja. So kalau betul sekali tukar belting kos dia lebih kurang RM200.

Oh abang lupa dia ada barang yang dipanggil 'slide piece' ada 3 biji yang dijual satu set dengan harga RM30. Jadi sekali servis tukar belting & slide pice ni lebih kurang RM230.

Roller tak payah tukaq kalau dok elok lagi. Abang pakai roller standard ja senang. Ada orang tukaq roller ni nak bagi pikaplah, nak bagi top speed lajulah. Abang masih setia dengan ke'standard'annya. Orang kata apa, standard itu indah?



Itulah sedikit sebanyak gambaq yang abang dapat tunjuk berkenaan Modenas Elegan 250i ni. Gambaq pun tak banyak stok. Ni pun jenuh godek cari kat telefon. Nanti lah bila abang ada masa abang ambik gambaq lain dan abang akan kemaskini balik catatan ni.

Nanti abang akan buat catatan lain berkenaan 'Ride Anak Beranak' layan corner Bukit Fraser & Janda Baik. Saja ja tunjuk gambaq je dulu ni.

Abang tahu mesti ramai yang tanya pasal rumah tradisonal lama yang ada di Suka-Suki Lake Retreat tu kan? Haa yang tu pun nanti abang cerita lain. Tak sempat nak menulis lagi ni.

Ni pun curi-curi masa sikit ni menulis waktu kerja. Haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...