Iklan

22 September 2012

Rumusan| Backpacking Solo: Krabi-Koh Phi Phi-Phuket

Sambungan dari Bahagian 3| Backpacking Solo: Krabi-Koh Phi Phi-Phuket


Tamatlah kisah perjalanan solo backpacking gua kali pertama ke luar negara, iaitu ke negara Thailand atau ke Krabi je khususnya. Dengan modal atau bajet yang terbatas, syukur Alhamdulillah dapat kembali ke ibukota Kuala Lumpur dengan selamat.


Mungkin tidak sehebat rakan-rakan yang lain yang dah merentasi antara benua tapi percayalah semacam ada satu perasaan puas bila kau dapat mengembara secara bersendirian ini.



Perjalanan darat dengan bas dari Kuala Lumpur terus ke Hat Yai, tukar minivan untuk ke Krabi. Dari Krabi menaiki feri ke Phi Phi Don dan Phuket. Pulang ke Hat Yai dengan bas dari Phuket.



Dari pengalaman serta pengamatan gua sepanjang perjalanan pengembaraan backpacking bajet solo ke Krabi-Koh Phi Phi-Phuket ni ;

  • Jalanraya yang terbaik di Thailand. Tol pun tak ada. Kalau di Malaysia kita boleh nampak lubang-lubang di jalanraya kerana ianya tak diturap dengan baik, di Thailand tiada masalah seperti itu. Memang kualiti jalanraya mereka.

  • Rangkaian 7-Eleven yang begitu meluas di Thailand. Di mana-mana anda pergi akan kelihatan 7- Eleven di mana sahaja. Jarak antaranya juga berdekatan anatara satu sama lain. Tidak seperti di Malaysia, barangan yang dijual 7-Eleven di Thailand lebih banyak pilihan dan harganya berpatutan. Penduduk tempatan juga kelihatan gemar ke 7-Eleven. Mungkin kerana semua benda boleh didapati disitu dengan mudah. Gua pun cari Simcard Internet kat 7-Eleven masa mula-mula sampai di Krabi.

  • Anjing di Thailand gua tengok baik-baik dan sopan-sopan belaka. Takda nak kejar orang tak tentu pasal. Kalau kat Malaysia pantang tengok orang lalu sikit, comfirm kejar. Gua tak rasa cuak sangat bila jumpa anjing di Thailand berbanding anjing di Malaysia.

  • Mojoriti rakyat Thailand yang gua jumpa tak fasih berbahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawabnya apabila kita bertanya. Sebagai contoh, bila gua tanya alamat guesthouse di Krabi, mereka akan berbahasa Siam sambil menunjukkan isyarat tangan dengan bersungguh-sungguh. Kalau kita tanya diorang tak paham, diorang akan panggil kawan-kawan mereka yang boleh faham bahasa Inggeris dan tolong kita.

Disertakan bajet sepanjang 5 hari perjalanan dari Kuala Lumpur ke Krabi-Phi Phi-Phuket dan seterusnya kembali semula ke Kuala Lumpur.

Nisbah tukaran matawang Thailand Baht (THB) ke Ringgit Malaysia (RM) :


THB 10 = RM 1


(Pengangkutan & Penginapan)


  • Tiket Jalan Duta - Hatyai: RM 45 (Konsortium Ekspress)
  • Minivan dari Hatyai ke Krabi: RM 25 
  • Penginapan di Krabi untuk 2 malam: RM 30 (Good Dream Guesthouse, Krabi Town)
  • Island Hopping: RM 40 (Pakej 4 Island: Phranang Beach, Poda Island, Tab Island & Chicken Island-Snorkeling)
  • Tiket feri dari Krabi ke Phi Phi Island: RM 28
  • Tiket feri dari Phi Phi Island ke Phuket: RM 30
  • Penginapan di Phuket untuk 2 malam: RM 50
  • Sewa skuter di Phuket: RM 25
  • Minyak skuter setangki: RM 9
  • Tiket Bas Phuket-Hatyai: RM 28
  • Tiket Bas Hatyai-Kuala Lumpur: RM 40


Jumlah Keseluruhan: RM349 


*Bajet di atas tidak termasuk makanan dan souvenior.


Video yang dirakamkan sepanjang perjalanan darat dari Kuala Lumpur  ke Krabi-Phi Phi Don dan Phuket.



Catatan Travelogue My Solo Escape : Krabi-Phi Phi Don yang terdahulu :

Bahagian PertamaMy Solo Escape : Krabi-Phi Phi Don-Phuket (Part 1)

Bahagian Kedua : My Solo Escape : Krabi-Phi Phi Don-Phuket (Part 2)

Bahagian Ketiga : My Solo Escape : Krabi-Phi Phi Don-Phuket (Part 3)

10 ulasan:

  1. Slm Hazwan, kat mana awak beli tiket feri Krabi ke Phi Phi Island: RM 28 dgn tiket feri dari Phi Phi Island ke Phuket: RM 30?
    mmg harga standard ke? sama ke harganya time high season?

    lg satu kat mana nak beli tiket bas dr phuket ke hatyai? murahnya rm28 je..

    thank you..

    BalasPadam
  2. Tiket dari Krabi ke Phi-Phi Island boleh beli kar guesthouse anda menginap je. Bila dah sampai Phi-Phi akan ada banyak tour agent jual tiket ke Phuket. Bas dari Phuket ke Hatyai dapat dibeli dari stesen bas lama yang terdapat di Phuket Town berhampiran guesthouse saya menginap, Lub Sbuy Guesthouse.

    BalasPadam
  3. Trip ke krabi mungkin seronok untuk mereka yang suka pulau2 ni,tapi tuk aku tak berapa pandai nak berenang ni,ada option tour lain ke yang nak buat kat krabi??

    BalasPadam
  4. Haha. Kalau nak cerita gua pun tak reti berenang tapi layan je. Ada life jacket untuk snorkeling. Takyah takut nak buat aktiviti air.

    BalasPadam
  5. Bro aku ada soalan. Cadangnyer aku nk g krabi bulan 2 nie. Tp cuak la sbb nk backpack sorg2. X de pngalaman lg. Just nk tau ko komunikasi dgn org local sne mcm mne? Lg satu ssuai x 26.2.14 aku g sne? High season x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Tak payah nak cuak. Gua pun kali pertama jugak dulu backpacking ke Krabi-Phuket ni. Komunikasi bahasa Inggeris ada yang paham, ada yang tak. Kalau tak paham buat bahasa lenggok badan atau pun tunjuk gambar.

      Tarikh tu kira ok lah, tak berapa nak peak sangat. Selalu hujung tahun macam New Year ni yang ramai kat sana, harga pun boleh tahan mahal.

      Padam
  6. assalam..bro, bila lu nak backpack lagi? jom bro kita backpack sesama...huhu

    BalasPadam
  7. salam..nk tanya,pergi dlm bulan April harga melambung tak??sbb ade baca peak season antara dec-feb.. ada pulak yg kata dec-may. just nk tau ttg harga. terima kasih

    BalasPadam
  8. Pelik juga ye. Kalau tengok gambar, mat saleh yang ramai kat puket dan tempat2 pelancongan yang lain tu tapi kenapa orang tempatan tak faham cakap omputeh? Apakah peniaga2 tepi jalan yang pelanggan mereka pelancong diorang tak tau cakap omputeh juga ke? Kalau cam tu macamana diorang nak jual barangan mereka kat pelancong?

    BalasPadam
  9. assalam bro...kalau yg nk ke phi phi island dari krabi tu... naik bot kt jeti mana?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...