Sambungan
Part 2: Cambodia-Thailand Overland Project : Siem Reap
Pagi yang amat dinantikan dan merupakan highlight bagi Cambodia-Thailand Overland Project ni. Perancangan hari ini adalah untuk menjelajah Angkor Wat dengan berbasikal. Bukan kecik anak kawasan Angkor Wat tu. Angkor Wat merupakan sebuah kompleks keagamaan agama Hindu terbesar di dunia suatu masa dulu sampai la sekarang. Kalau sehari memang tak cukup nak pusing-pusing kawasan Angkor Wat ni. Lebih-lebih lagi dengan basikal. Orang lain sewa tuk-tuk pergi Angkor Wat tapi bagi kami naik basikal lebih santai dan lebih
sakit bontot jimat.
Cadangan awalnya untuk bergerak awal pagi ke Angkor Wat sedikit terjejas dengan semua ahli terlajak tidor. Lebih kurang pukul 9 pagi kami baru berkira-kira menyewa basikal di kedai berhampiran guesthouse. Dengan harga $1 USD untuk sehari dan basikal makcik-makcik ini menjadi pilihan kami. Kami dibekalkan dengan peta Siem Reap, air mineral sorang sebotol dan kunci lock untuk basikal. Sorang ambik satu basikal dan test drive dulu sebelum jalan. Kalau basikal tak sedap boleh tukar yang lain.
Dengan peta Siem reap yang diberikan, jarak antara guesthouse kami di pekan Siem Reap ke Angkor Wat adalah sekitar 9-10 Kilometer. Tokey kedai sebelum tu dah bagi panduan arah mana nak belok dan ini memudahkan urusan kami. Waktu pagi boleh kelihatan banyak penduduk tempatan Siem Reap berbasikal untuk ke tempat kerja, sekolah dan sebagainya. Kami berlima tanpa berlengah terus berkayuh menuju ke Angkor Wat. Tengah perjalanan, seorang ahli sakit perut dan dia kembali ke guesthouse untuk memerut. Kami tidak menunggunya dan terus sahaja ke Angkor Wat dan berjanji untuk berjumpa di pagar Angkor Wat.
|
Basikal makcik-makcik yang sedap dikayuh sekitar Siem Reap. |
|
Tour de Siem Reap. |
|
Morning Siem Reap! |
|
Singgah di supermarket untuk membeli bekalan makanan dan minuman sebelum menuju Angkor Wat. |
|
Jalan memang berdebu di sesetengah tempat di Siem Reap. |
|
Pakai mask. Habuk memang tak tahan. |
|
Geng mat saleh naik mountainbike pergi Angkor Wat. Yang depan sekali tu Tour Guide diorang pun naik basikal. |
|
Laluan bertar jadi laluan tanah merah menuju ke Angkor Wat. Ni macam kawasan kampung sikit. |
|
Peta Siem Reap yang disertakan sekali semasa menyewa basikal untuk ke Angkor Wat. Dah jadi belacan. |
Sampai di pintu pagar Angkor Wat, kami pun tunggu la kedatangan member yang memerut tadi. Dekat setengah jam kami tunggu masih tak tiba-tiba. Kami ambik keputusan untuk masuk ke dalam sebab dah lama dah menunggu. Sebelum tu kena ambik pass masuk dulu ke Angkor Wat. Ada pass untuk sehari, tiga hari dan seminggu kalau tak salah. Kami ambik pass sehari sahaja dan dikenakan yuran sebanyak $20 USD. Agak mahal la jugak. Candi Borobodur pun dikenakan yuran yang sama. Mungkin sebab tapak kawasan sejarah dunia yang menjadi tumpuan pelancong.
|
Kaunter untuk ambil pass melawat Angkor Wat. |
|
Rehat dulu dah kayuh dekat 10 KM dari pekan Siem Reap sampai Angkor Wat ni. |
|
Line-up |
|
Nak buat pass Angkor Wat kena ambik gambar dulu. Pastu ada la gambar muka kita kat pass tu. |
|
Kayuh masuk ke dalam kawasan Angkor Wat. Ada pokok kiri kanan jalan. Tak panas sangat. Redup je. |
|
Memang macam bersiar-siar dalam taman dalam kawasan Angkor Wat ni. Jarak dari gate masuk ke dalam 2-3 KM jugak rasanya. |
|
Welcome to Angkor. |
|
Mat Saleh naik basikal makcik-makcik potong kami. Laju betul depa kayuh. |
Sedikit petikan dari Wikipedia ;-
Angkor Wat dibangun oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke-12 Pembangunan Angkor Wat memakan waktu selama 30 tahun. Raja Suryavarman II memerintahkan pembangunan Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu, dengan itu menara tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama dalam kompleks bangunan Angkor Wat.
Sebagaimana mitologi gunung Meru, kawasan kuil Angkor Wat dikelilingi oleh dinding dan terusan yang mewakili lautan dan gunung yang mengelilingi dunia. Jalan masuk utama ke Angkor Wat yang sepanjang setengah kilometer dihiasi pagar susur pegangan tangan dan diapit oleh laut buatan manusia yang disebut sebagai Baray . Jalan masuk ke kuil Angkor Wat melalui pintu gerbang, mewakili jambatan pelangi yang menghubungkan antara alam dunia dengan alam dewa-dewa.
Nak dijadikan cerita, jumpa la member yang memerut tadi ni kat dalam kawasan Angkor Wat. Rupanya dia kayuh lagi laju dari kami ikut jalan lain. Patut la sampai awal. Mati-mati ingat tak sampai lagi. Lagipun kami ada jugak sesat waktu kayuh ke Angkor Wat tu. Mungkin time tu dia potong kot. Kami meneruskan perjalanan dengan berkayuh menuju ke kompleks Angkor Wat yang terkenal di sini. Pada bendera Cambodia pun terpampang gambar Angkor Wat ni yang merupakan di antara tempat ajaib di muka bumi.
|
Geng Cambodia yang baru dijumpai. |
|
Angkor Wat yang dikelilingi tasik. |
|
Kanan gambar ada sepasang warga Malaysia yang berkunjung ke Angkor Wat pada hari tu. |
|
Laluan masuk ke Angkor Wat. |
|
Ada ramai pelancong luar yang berkunjung ke Angkor Wat ni. Group depan ni dari Jepun. Ada la tour guide diorang yang arif pasal Angkor Wat ni. |
|
Boleh la nak bertenggek depan Angkor Wat ni untuk bergambar. |
|
Tersangatlah besar kawasan Angkor Wat ni. |
|
Kusyuk Mat Saleh dengar Tour Guide depa sembang. |
|
Sebahagian Angkor Wat dalam proses pemuliharaan. |
|
Jenuh jugak la nak keliling Angkor Wat ni. |
|
Pokok yang banyak terdapat di Cambodia. Pokok Kabung la kot nama dia. |
|
Tangga kayu menuju bahagian dalam Angkor wat. |
|
Berkempen di Angkor Wat semasa musim pilihanraya. |
|
Ni satu kumpulan Mat Saleh dengan tour guidenya. |
|
Kumpulan dari Jepun tadi. |
|
Sami-sami yang agak segan bila diajak bergambar di Angkor Wat. |
|
Ukiran batu di dinding Angkor Wat. |
|
Angkor Wat di bahagian dalamnya. |
|
Tengok dari atas halus je oarang kat bawah. |
|
Pakat beratur naik tangga menuju ke bahagian atas Angkor Wat. Pakaian kena sopan nak masuk dalam. |
|
Kalau yang tak nak naik lepak bawah ni depan tangga tadi. |
|
Ni la tangga menuju puncak. |
|
Sami-sami Buddha banyak yang ziarah ke Angkor Wat ni. |
|
Gayat jugaklah nak turun tangga Angkor Wat ni. |
|
Dahulunya kawasan ni dikatakan adalah kolam. |
|
Tiang-tiang seri Angkor Wat. |
|
Kat area Angkor Wat ni ada jugak belon udara panas. Tapi kami tak pergi pun. |
|
Menuruni tangga. |
|
Antara pelancong luar yang dah turun lepas melawat kawasan atas Angkor Wat. |
|
Senyuman kegembiraan. |
|
Dengan makcik atau auntie dari Jepun yang sempoi. |
|
Yang sebelah sana tu akak dari Switzerland. |
Selesai kami melawat Angkor Wat dan berkelah makan tengahari di Angkor Wat, kami bergerak menuju ke Bayon Temple dengan berbasikal. Lebih kurang 20 minit berkayuh dalam keadaan panas terik tengahari, tibalah kami ke kuil yang mempunyai pelbagai ekspresi muka pelik ni. Bersambung ;-)
Kos Hari Ketiga : Angkor Wat
- Entrance Fee ke Angkor Wat: $20 USD
- Sewa Basikal: $1 USD/ sehari
- Total: $21 USD
salam kenal geng..hihi memang terbaek la jumpa blog ni..insyaallah akan berbasikal jugak ke angkor 13/11 ni...harap sukses la..agak-agak berapa jam baru sampai ni;p
BalasPadamSalam kenal Sai !
PadamInsyaallah mudah je nak berbasikal di Angkor Wat. Kalau pusing dalam tu naik basikal satu hari tak cukup :)
Cantik gambr,pkai kemera ape yer..?
BalasPadamMasa tu guna Samsung Tab ja buat ambik gambaq. Pastu edit sikit guna Lightroom. Tu jadi clear sikit tu, kalau tak nampak kusam.
PadamHello, berapa lama awak berbasikal dari guest house ke angkor wat ? 10 km kan. Ada tak dalam satu, dua jam ke
BalasPadamDalam 45 minit atau sejam ada kot kayuh basikal tu kalau santai-santai.
BalasPadam