Iklan

16 Ogos 2014

Kembara Skuter Raya 2014: Misi Kasih Sayang THM


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Sambungan kisah kembara berskuter gua pulang ke kampung halaman di Sik, Kedah. Seminggu beraya di Kampung Tupai, gua menerima kunjungan tetamu dari Kuala Lumpur. Fendi dan Shakir merupakan rakan di dalam The Highlanders Motorsport (THM). Setelah diracun berkali-kali untuk beraya di Kedah, mereka akhirnya tiba pada hari raya ke-sepuluh.

Biasa la budak bandar mai kampung. Macam-macam la depa nak tengok. Gua bawa meronda ke Tasik Beris di mana terdapatnya ladang anggur yang menjadi kunjungan pelancong luar. Jarak dari Pekan Sik ke Ladang Anggur Tasik Beris ni lebih kurang 20 KM. Ride santai sahaja sambil menikmati pemandangan kampung dan dusun yang menghijau.

Sesi bergambiran di hadapan pintu masuk Ladang Anggur Tasik Beris.

Papan tanda arah Ladang Anggur Tasik Beris. Bab bergambar memang A.

Kebetulan Ladang Anggur Tasik Beris ditutup, ada kerja penaiktarafan. Melepak di perkarangan parking kereta menghadap Tasik Beris

Kawasan Tasik Beris ni merupakan sebuah kampung pada asalnya. Boleh nampak lagi pokok dan jalan yang tenggelam bila dijadikan empangan.

Jambatan merentangi Tasik Beris berhampiran ladang anggur.

Sorang sebiji motor. Suzuki Belang, Yamaha LC & Nouvo LC.

Berlatarbelakangkan bukit-bukau Tasik Beris.

Ladang Anggur Tasik Beris kebetulan ditutup pulak pada hari tu. Takda rezeki la budak-budak ni nak tengok ladang anggur. Dari ladang anggur gua bawa pulak budak-budak ni ke De' Puncak Beris, sebuah kawasan chalet di tepi Tasik Beris. Kawasan De' Puncak Beris ni memang lawa dan bersih dengan pemandangan tasik dan bukit bukau sekitar Tasik Beris. Kem motivasi juga selalu diadakan di sini. Pelbagai jenis chalet boleh disewa di De' Puncak Beris ni yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas.

Sebenarnya dah banyak kali gua datang De' Puncak Beris ambil angin. Kali ni saja bawa budak-budak ni tengok zoo mini yang ada di dalam ni. Burung unta, rusa semua ada. Kuda padi dibiarkan hidup bebas di persekitaran kawasan chalet. Bagi yang berminat untuk menaiki bot mengelilingi kawasan Tasik Beris juga boleh didapati di sini. 

Parking sesuka hati. Amaran tentang Kencing Tikus untuk pengunjung. 

Salah sebuah Chalet De' Puncak Beris.

Kuda dibiarkan hidup bebas di persekitaran kawasan De Puncak beris ini.

Kena tendang dengan kuda. Rasakan nak usap sangat kan.


Shakir sibuk bergambiran dengan kuda.

Suasana tenang di sekitar De Puncak Beris.

Si Fendi pulak takut dengan kuda.


Sesi bagi makan dan bergambiran dengan rusa.

Chalet-chalet kecil De Puncak Beris.

Kadar bayaran yang dikenakan De Puncak Beris. Kami tak bayar apa-apa pun sebab meronda sahaja.

Dewan makan De Puncak Beris. Kem motivasi selalu diadakan di sini.

Chalet De Puncak Beris. Siap ada buai lagi.

Balik semula ke Kampung Tupai dari Tasik Beris, sesi mengait rambutan pula berlangsung selepas Asar. Rambutan dikait menggunakan galah di rumah sepupu-sepapat gua yang berhampiran. Bulan Julai dan Ogos selalunya adalah musim buah-buahan di Kedah. Rambutan, manggis dan cempedak boleh ditemui dengan mudah di kawasan sekitar kampung.

Gua sengaja bagi Fendi dan Shakir cuba merasa bagaimana mengait rambutan. Memang jadi bahan gelakan la depa ni. Mungkin mereka tak biasa mengait rambutan dan menggunakan galah. Galah pula jenis yang perlu dipusing untuk mematahkan rahan rambutan, bukannya ada cangkuk tajam yang hanya perlu disentap dengan tali. Semua pakat tengok budak-budak ni mengait. Derai ketawa menghiasi suasana petang itu.


Sesi mengait rambutan. Makngah gua memberi tunjuk ajar kepada Fendi bagaimana menggunakan galah.

Sesi bertukar tangan. Fendi dah mengah-mengah tak biasa mengait rambutan.

Rambutan yang masak ranum.

Giliran Shakir pulak jadi bahan.

Pakai tangan pun boleh petik rambutan.

Kait rambutan buat buah tangan balik  Kuala Lumpur.

Dah habis kait rambutan, kami pi cari buah manggis pulak. Kami menuju ke kebun getah di mana terdapat pokok manggis milik Haridy, member adik gua yang mana turut sama mengait rambutan tadi. Ingatkan ada banyak pokok manggis dalam kebun getah ni, rupanya ada sepokok ja. Kena la memanjat petik buah manggis atas pokok ni. Yang pasti bukan gua panjat, si Haridy la yang bersungguh panjat petik manggis, kami kutip di bawah.

Dapat la sikit hasil tangkapan dalam kebun getah Haridy ni. Tak cukup lagi ni. Gua bawa depa ni ke rumah Mawardi, saudara gua di Kampung Batu Besar ikut jalan kampung. Kalau nak ikutkan, satu Kampung Tupai ni kena-mengena saudara dan adik-beradik gua jugak. Dekat rumah Mawardi baru banyak pokok manggis, sampai bersepah kat tanah tak sempat kait. Selain manggis, dokong dan langsat ada jugak tapi masih tak berapa masak. Kami ambil manggis ja petang tu sampai ke waktu Maghrib.

Masuk kebun getah pulak.


Orang bandar masuk kebun getah.

Susu getah.

Lubuk Ong, Kampung Tupai. Dalamnya dua kali ganda tiang letrik orang tua kata.

Si Haridy & Ikmal.


Misi Kasih Sayang The Highlanders Motorsport. Kampung Tupai, Sik Kedah.

Persekitaran rumah Mawardi.

Ayam yang dibela di persekitaran rumah.

Teknik menundukkan ayam oleh Shakir.

Sesi mengait manggis pula di rumah Mawardi.

Pakat kait manggis sorang sikit.


Hitam hitam sitampuk manggis, walaupun hitam dipandang manis. Masih segar terpijak tahi lembu di kaki.

Musim cempedak.

Manggis sebaldi.

Ayam menderu datang minta makanan.

Ayam dibiarkan bebas di persekitaran rumah.


Penuhkan bakul motor dengan buah.

Malam tu semua pakat packing buah yang dikait petang tadi untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Fendi dan Shakir akan pulang ke Kuala Lumpur besoknya dan gua akan turut serta sekali. Mereka tidak boleh lama di kampung gua kerana ada urusan lain. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik gua nak bawa kalau duduk lama di Sik ni.

Masa untuk pulang kembali ke ibukota setelah bakul dan box motor penuh dengan buah-buahan. Keesokan harinya, kami bersiap untuk meninggalkan Kampung Tupai menuju ke Kuala Lumpur. Cadangnya jam 9.00 pagi dah nak gerak, tetapi hujan membantutkan rancangan. Tunggu hujan reda lebih kurang jam 12.00 tengahari baru kami memulakan perjalanan.

Laluan yang dipilih adalah Jalan Baling - Grik - Kuala Kangsar sebelum masuk Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Memang itulah laluan yang selalu gua ikut bila balik ke kampung, tak kira siang atau tengah malam. Apa yang menarik, jalan ini cukup luas dan menyajikan pemandangan yang menarik. Kalau naik kereta siap dapat jimat tol lagi. 


Box motor Fendi penuh dengan rambutan.


Bersiap untuk memulakan perjalanan balik, Sik - Kuala Lumpur.

Jam 12.00 tengahari, hujan baru reda.


Hentian Petronas Parit panjang bagi mengisi minyak.

Jalan Baling - Grik yang nyaman selepas hujan.

Jalan Baling - Grik dengan papan tanda haiwan liar. Shakir dah memecut ke hadapan.

Awas ! Haiwan liar melintas dihadapan.

Awas ! Haiwan liar melintas dihadapan.

Berhenti bergambiran di bahu Jalan Baling -Grik.

Menghampiri pekan Grik.


Berhenti rehat dan makan di pekan Lenggong.

Sepanjang perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur dengan Nouvo LC, gua hanya berselipar oleh kerana kasut dikebas sebelum itu di kampung.

Isi minyak di Hentian RnR Sungai Perak.



Fe-feeling Kembara Bumi Suci la.

Kami singgah makan di pekan Lenggong lebih kurang pukul 3.00 petang melalui Jalan Grik - Kuala Kangsar. Motor Fendi tiba-tiba semput bila tiba di kedai makan. Rupanya kepala plug motor tak ketat. Tekan baik-baik sampai ketat baru elok semula. Kami meneruskan perjalanan hingga ke Kuala Kangsar dan masuk ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Kami berhenti mengisi miyak buat kali ketiga di Hentian Sungai Perak tidak jauh dari persimpangan Kuala Kangsar tadi. 

Lebih kurang jam 9.00 malam, baru kami tiba Tol Jalan Duta. Berhenti setengah jam sebelum tu oleh kerana hujan lebat di Rawang. Sepanjang perjalanan kami maintain 70-80 KM/J sahaja. Kalau bawa laju parah minyak. Berehat setiap 45 minit di hentian rehat. Kalau ditanya berapa kos penggunaan minyak untuk Nouvo LC sepanjang 400KM perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur, hanya RM 20 sahaja diperlukan. Alhamdulillah dipermudahkan urusan sepanjang perjalanan. 

Nanti gua sambung review pasal Nouvo LC dalam touring mode.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...