Iklan

22 Jun 2015

Ride Menjejak Salasilah Selatan Thai : Pantai Samila & Pasar Terapung Khlong Hae

Sambungan dari Ride Menjejak Salasilah Selatan Thai  : Tasik Songkhla & Tang Kuan Hill

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Bersambung dari kisah 'diragut' monyet di Tang Kuan Hill sebelum ni. Gua meneruskan perjalanan ke Samila Beach selepas tu. Dari Tang Kuan Hill ke Samila Beach tak berapa jauh. Naik motor dalam 5-10 minit boleh sampai kot. Kalau jalan kaki ambik masa lama la sikit.

Kebetulan pula hari ini hari Ahad, ramai pengunjung tempatan dan pelancong luar yang mengambil kesempatan untuk beriadah sambil berkelah di Samila Beach. Waktu tengahari ni memang sesuai la berkelah bersama keluarga di tepi pantai menghadap laut. Bayu laut bukan main sedap bertiup. Kalau ada tikar ni gua dah bentang dah. Berkelah sensorang.

Gua parking motor dekat-dekat deretan gerai yang ada di Samila Beach ni. Di bawah rimbunan pokok rhu sebelah pantai gua tengok ada orang main kuda. Bukan mesin kuda. Kuda betul. Kecik sikit kudanya. Kuda padi kot. Ada budak-budak duduk naik sambil ada seorang pakcik yang jaga. Bukan seekor je. Ada banyak ekor jugak kuda di Samila Beach ni.


Gerai-gerai menjual makanan dan minuman di Pantai Samila.

Kuda yang budak-budak duduk naik ronda Samila Beach.

Antara kraftangan dan perhiasan yang dijual di Samila Beach.

Wajib ada jual layang-layang kalau di pantai.

Putih melepak pasir Pantai Samila ni.

Cuaca cukup baik di Pantai Samila.


Antara tarikan utama di Songkhla ini adalah Samila Beach. Destinasi wajib la kiranya bagi mereka yang berkunjung ke Songkhla. Bagi kaki bergambar, tak sah la kiranya kalau tak bergambar dengan tugu 'Ikan Duyung Pantai Samila' atau lebih dikenali dengan 'Mermaid Songkhla' ni. 

Mengikut cerita orang dulu-dulu, ada ikan duyung yang sedang berjemur dan kelihatan sedang menyikat rambutnya di Pantai Samila ni. Oleh kerana kisah itulah terhasilnya sebuah tugu gangsa yang dibina pada tahun 1966 lagi. Sampai ke hari ini ia dikunjungi orang ramai.

Dari Samila Beach ni, kita boleh nampak dua buah pulau berhampiran iaitu Cat Island dan Mouse Island. Kedua-dua buah pulau ni menghiasi pemandangan sekitar Samila Beach. Pada masa yang sama kelihatan juga kapal-kapal dagang yang berlabuh di lautan pesisir pantai Songkhla.

Gua meronda berjalan kaki sekitar Samila Beach. Tengok punya ramai orang duduk bergamabr di tugu ikan duyung Samila Beach ni. Siap kena ambil giliran. Gua tak segigih itu untuk bergambar.


'Samila Mermaid' yang menjadi tarikan pelancong ke Samila Beach.

Pakcik-pakcik ni dok tawar pakej bergambar dan naik kuda dia di Samila Beach.

Tak macam Port Dickson, tak ramai orang mandi laut di Pantai Samila oleh kerana ombaknya yang kuat.

Sesi wajib bergambar dengan tugu ikan duyung Pantai Samila.

Sat Pantai Samila, sat Samila Beach. Kecelaruan identiti sungguh.

Ramai yang melepak bersama kengkawan sambil menikmati tiupan angin laut Pantai Samila di Songkhla ini.

Di Samila Beach ini, kita boleh nampak kapal-kapal dagang yang berlabuh di kejauhan

Pulau yang menghiasi pemandangan Pantai Samila. Kalau bukan Cat Island, mesti Mouse Island. 

Boleh lepak atas bangku menghayati pemandangan Pantai Samila. Angin cukup kuat bila-bila masa pun.

Penjaja jalanan Pantai Samila yang menjual makanan laut seperti udang goreng.

Terik mentari di Pantai Samila. Tak ada yang berjemur.

Jumpa pondok ni dekat Pantai Samila, tugu ikan duyung tu kira tak jauh dah.

Brader ni bawa mak dia yang berkerusi roda berjalan-jalan di Pantai Samila.

Meh kita ronda tengok apa yang dijual di deretan gerai Pantai Samila ni.

Mainan budak ada, cenderamata kenang-kenangan Songkhla ada.

Buah pelam. Orang Kolumpo panggil 'mangga'. Gua rembat sebungkus. 20 Baht ja.

Kacang tanah.

Berbekalkan buah pelam yang dibeli tadi, gua pun turut sama berkelah di Pantai Samila bersama keluarga ni.

Berkelah di tepian Pantai Samila ! Cari pokok la redup sikit.

Buka selipar dan jalan kaki ke arah laut Pantai Samila. Panas habaq hang !

Gua jalan kaki sampai separuh ja. Tak sampai laut pun. Tengok-tengok ada kuda melintas.

Nak minum 'Cha Yen' (Teh Ais) ka apa ada di gerai Pantai Samila ni.

Terserempak dengan minah-minat saleh. Bukan senang nak tengok orang putih kat Songkhla ni. Kalau belah Krabi ke Phuket banyak la.

Waktu nak bergerak pulang, jumpa adik manis ni. Orang dekat-dekat sini jugak ni.

Aiskrim kelapa Pantai Samila. Dah puas makan dekat Tang Kuan Hill, tak teringin dah la.


Dah puas berjalan-jalan dan ambik angin di sekitar Pantai Samila, gua ambik keputusan untuk bergerak ke Hat Yai. Dalam panas terik pukul 2.00 petang macam tu jugak baru bergerak dari Songkhla. Kalau ikutkan hati tak mau balik dah. Mau la lepak 2-3 hari lagi kat Songkhla ni. Universiti pulak banyak kat sini. Tak puas lagi abang usya pucuk-pucuk muda. Hiks.

Dari pantai Samila tak susah untuk mencari jalan ke Hat Yai. Ada banyak papan tanda yang boleh kita ikuti. Gua ni jenis yang tak berapa nak harap sangat sambil-sambil tu buka juga Google Maps. Senang sikit tengok kalau kot-kot kita menghala ke arah yang salah.

Keluar dari Pantai Samila, gua isi minyak skuter Yamaha Nouvo LC gua buat kali kedua di bumi Thai. Minyak masih ada lagi di dalam tangki. Minyak simpanan pun masih ada sebotol lagi belum digunakan. Tapi dah alang-alang jumpa stesen minyak PTT Thailand, gua masuk terus isi minyak. Kali ni penuh tangki dalam 70 Baht sahaja.

Rancangan sebelum sampai bandar Hat Yai nak singgah di Pasar Terapung Khlong Hae atau 'Khlong Hae Floating Market' yang hangat diperkatakan tu. Dah beberapa kali sampai di kota Hat Yai pun masih belum berpeluang nak tengok secara lebih dekat satu-satunya pasar terapung di selatan Thai ni. Berpandukan Google Maps, gua pun cari la pasar terapung ni sampai jumpa.


Kalau terus boleh ke wilayah Pattani. Kita ambik kanan untuk ke Hat Yai.

Dari Samila Beach, perjalanan perlu diteruskan untuk ke bandar Hat Yai.

Isi minyak dulu di stesen minyak PTT Thailand di Songkhla sebelum ke Hat Yai.

Melalui Songkhla Rajabhat University.

Dengan cuaca panas terik sampai ke petang, berhenti rehat sat di tepi jalan dalam perjalanan ke Pasar Terapung Khlong Hae.

Berhenti singgah di 7E beli ayaq minum sambil tanya jalan ke Pasar Terapung Khlong Hae. Masalah dia orang dekat-dekat sini tak paham bahasa Inggeris !

Dari Pantai Samila ke Khlong Hae Floating Market tak jauh mana, lebih kurang 30 KM ja. Yang menjadi masalah nak cari Pasar Terapung Khlong Hae ni. Kalau hangpa naik tuk-tuk dari Hat Yai tak menjadi masalah sebab ada orang yang bawa. Ni kena cari sendiri sorang-sorang. 

Oleh kerana ini kali pertama gua ke sini, gua ikut ja Google Maps. Hangpa cari 'Floating Market Hat Yai' jumpa la dalam tu. Ikut punya ikut gua sampai di satu tempat ni. Tak nampak pasar pun. Takda sungai pun. Macam ada pintu gerbang wat buddha. Tapi ramai orang kawasan ni. Eh betul ke tempat ni ?

Gua patah balik tanya orang-orang tempatan dekat 7E terdekat betul ke sini tempat dia Pasar Terapung Khlong Hae tu. Lagi satu masalah depa pun tak paham gua cakap apa ! Hangpa sebut la 'floating market' ka 'pasar' ke apa memang orang sini tak faham. Depa faham bahasa Siam ja.

Gua cari jalan alternatif berpandukan Google Maps tadi. Dalam peta dah nampak dah sungai warna biru tu. Gua keluar balik ke jalan besar. Gua jalan depan sikit ada lorong kecik tertulis 'Khlong Hae Floating Market'. Nah jumpa pun !

Rupanya ada banyak jalan boleh kita masuk. Lorong yang gua masuk tu salah satunya. Awat sunyi sangat ni. Dari lorong kecik tadi jumpa pakcik-pakcik yang jaga parking. Ramai dah orang dalam ni rupanya !





Apa yang menarik di Pasar Terapung Khlong Hae ni ? Gua petik dari Harian Metro.


Pasar terapung Klong Hae adalah yang pertama seumpamanya di Selatan Thailand. Ia membangkitkan tradisi lama cara rakyat tempatan dulu kala berniaga yang banyak bergantung kepada laluan air. Difahamkan kira-kira 90 peratus makanan yang dijual sama ada di atas sampan atau daratan adalah halal. 

Keunikan pasar terapung ini bukan hanya pada kedai jualan yang beroperasi di atas sampan, tetapi kebanyakan makanan dijual di dalam pinggan kecil yang diperbuat dari daun pisang. Minuman pula dari pasu tanah liat yang ada persamaan dengan labu sayong. 

Jadi pelanggan seronok mendapat makanan yang dibeli dalam anyaman daun pisang dan gelas tanah liat yang pelbagai bentuk. Gelas itu tentu saja di bawa balik dan menjadi ­tanda kena­ngan yang sungguh unik. 

Dengan urusan jual beli antara pelanggan dan penjual di atas sampan, suasana pasar terapung itu sungguh sibuk. Penjual turut memperkenalkan produk masing-masing, antaranya laksa, kerabu, jeli, nuget, kuih-muih tradisional, manisan dan pelbagai minuman. Meja dan kerusi makan turut disediakan, lengkap dengan sos dan kicap. 

Suasana pasar terapung memang menjadi tarikan pelancong. Semuanya sibuk mengambil gambar. Penjual menghulur makanan yang dibeli de­ngan kayu panjang kerana jarak yang agak jauh jika menggunakan tangan. 


Mengikut info, Pasar Terapung Khlong Hae ni telah dibuka sejak tahun 2008 lagi. Waktu operasinya adalah pada hujung minggu sahaja iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja bermula dari jam 3.00 petang hingga jam 9.00 malam. Kalau hangpa pi hari lain memang tak ada !

Baru gua tahu orang Siam panggil pasar ni Thalat Nam Khlong Hae. Thalat bermaksud 'pasar' dan 'Nam' bermaksud 'air'. Jadinya Thalat Nam tu bermaksud pasar air. Khlong Hae tu pulak nama sungai atau terusan yang depa dok meniaga ni. Maka jadinya Thalat Nam Khlong Hae. Sebut betul-betul ye 'Thalat'.

Patut la sebelum ni gua tanya orang tempatan 'floating market' depa tak faham !


Parking motor Pasar Terapung Khlong Hae. Parking Nouvo gua dulu.

Gerai dan kedai-kedai berhampiran tempat parking Pasar Terapung Khlong Hae.

Di Pasar Terapung Khlong Hae, ada jambatan yang merentangi Sungai Khlong Hae ke seberang sana.

Ini dia Pasar Terapung Khlong Hae. Pandangan dari atas jambatan.

Bendera negara-negara Asean berkibar megah di jambatan Sungai Khlong Hae.

Deretan perahu dan sampan yang menjual makanan di Pasar Terapung Khlong Hae.

Nak beli makanan di Pasar Terapung Khlong Hae ni, terjah je sampan yang menjual makanan yang anda minat. Macam makcik ni jual kerabu.

Pasar Terapung Khlong Hae ni banyak yang dijual adalah makanan dan minuman.

Makcik ni memang akan duduk dalam sampan sepanjang masa menyiapkan kerabu untuk pelanggan.

Bila orang datang beli, makcik ni akan hulurkan kerabu tadi dalam galah panjang. Kita letak duit dan ambik kerabu tu.

Berpuluh-puluh buah sampan ada di Pasar Terapung Khlong Hae.

Tak putus-putus orang beli kerabu siam makcik ni.

Petang dalam pukul 4.00 pun panas lagi di Pasar Terapung Khlong Hae.

Banyak pelancong-pelancong luar lebih-lebih lagi orang Malaysia di Pasar Terapung Khlong Hae ni.

Di seberang jambatan Sungai Khlong Hae tadi, ada banyak jugak gerai di tepi jalan.

Bila terus lagi, rupanya jumpa pintu gerbang yang macam wat buddha tu ! Betul la jalan yang gua ikut mula tadi.

Pandangan Pasar Terapung Khlong Hae dari seberang sungai.

Kalau dibilang sampan yang ada di Pasar Terapung Khlong Hae, 50 buah tak kurang.

Waktu gua sampai di Pasar Terapung Khlong Hae ni pun dah dekat pukul 4.00 petang. Waktu tu panas membahang lagi tapi makcik-makcik ni dah mula meniaga dah. Orang pun ramai dah serbu beli makanan dan minuman yang dijual atas sampan. Gua dok perhati ja dulu dari atas jambatan cara-cara depa meniaga.

Tak menjadi masalah untuk mendapatkan makanan halal di Pasar Terapung Khlong Hae ni kerana majoritinya adalah peniaga muslim tempatan. Nak tau beza hangpa cari la peniaga yang berkopiah atau yang berhijab stailista. Depa pun boleh cakap Melayu sikit-sikit. Tak susah nak berkomunikasi.

Kebanyakkan pengunjung di Pasar Terapung Khlong Hae ni adalah orang luar. Tak susah nak cam orang Malaysia kat sini. Berlonggok. Kalau tengok stail suka selfie memanjang dan pegang monopod tu sah-sah la orang Malaysia. Abang berani jamin.

Awek ni jual sup ikan di Pasar Terapung Khlong Hae. Duduk sini lama-lama pun takpe kalau camni. Hiks.

Ada pelantar untuk pejalan kaki di Pasar Terapung Khlong Hae.

Senang nak cam orang Malaysia. Berlonggok.

Yang uniknya di Pasar Terapung Khlong Hae ni, kalau kita beli air dia isi air dalam bekas tembikar macam ni.

Barang mentah semua dan masak memasak semua di atas sampan.

Menu popular Pasar Terapung Khlong Hae, somtam Thai !

Makcik sebelah kiri ni jual somtam, sebelah kanan pulak jual menu berasaskan telur.

Di Pasar Terapung Khlong Hae, setiap buah sampan mempunyai menunya sendiri.

Kita boleh tengok skil memasak di atas sampan di Pasar Terapung Khlong Hae.

Peniaga Pasar Terapung Khlong Hae sedang sibuk menyediakan makanan yang dipesan pelanggan.

Walaupun menjadi tumpuan pelancong, harga pun takdalah mahal sangat gua rasa kat Pasar Terapung Khlong Hae.

Macam-macam makanan ada sampai tak tahu nak pilih.

Pelbagai juadah makanan seperti ayam goreng, udang goreng, nasi ayam, som tam dan mee celup serta pelbagai jenis minuman buah-buahan ada di sini.

Bekas air Pasar Terapung Khlong Hae seperti buluh dan tembikar macam ni boleh bawa balik sekali.

Kentang putar pun ada. 20 Baht ja.

Ikutkan hati nak rasa semua makanan yang ada di Pasar Terapung Khlong Hae ni.

Tak tahu nak cuba makanan apa di Pasar Terapung Khlong Hae, gua akhir sekali beli Egg Roll ni ja. 

Nasi lemak ayam. Baca dalam slang Siam baru jadi.

Kemudahan seperti surau dan tandas pun ada di Pasar Terapung Khlong Hae.

Kedai menjual baju dan pakaian di luar Pasar Terapung Khlong Hae.

Tak berapa nak rancak sangat kedai di darat ni. Yang rancak Pasar Terapung Khlong Hae tu.

Air kelapa muda. Sebiji 20 Baht ja. Di Malaysia kalau biasa beli dalam RM 3.50 sebiji.

Ada gerai-gerai lain atas Pasar Terapung Khlong Hae. Lepak minum ayaq kelapa muda dulu.

Nak minum ke makan nasi goreng semua ada. Peniaga muslim pun banyak.

Bermodalkan ayaq nyuq sebij, abang duduk perhati gelagat orang.

Makanan halal di gerai Pasar Terapung Khlong Hae. Pilih mana yang suka kalau hangpa paham.

Dalam banyak-banyak makanan yang ada di Pasar Terapung Khlong Hae ni, gua tak tentu arah nak cuba mana satu. Semua pun teringin nak cuba. Tengok itu nak tengok ini nak. Tapi semua makanan tu nampak janggal di mata gua !

Akhir sekali gua cuba Egg Roll yang djual oleh seorang kakak ni. Egg Roll ni macam sosej yang dibalut dengan telur. Makan satu ja tapi terus muak lepas tu. Tak teringin dah tengok makanan lain.

Di hadapan deretan sampan makcik-makcik meniaga ni ada pondok kecil. Kita boleh la duduk bawah tu nak makan ke minum ke apa. Ada kerusi dan meja yang disediakan. Masuk bawah pondok ni semua pun orang Malaysia cakap slang Kedah !

Mula-mula ingat nak cuba beli ayaq dalam tembikar bentuk Doraemon tu. Tapi satgi duduk menjinjing-jinjing orang kata apa pulak. Naik tangga di bahagian atas Pasar Terapung Khlong Hae ni ada kedai-kedai makan pulak. Nasi goreng ke apa semua ada. Gua tengok ada air kelapa muda. Pekena dulu ayaq kelapa.

Di deretan kedai-kedai ni ada dua bahagian, satu bahagian dia jual makanan dan minuman ja. Satu lagi bahagian pulak dia jual kain baju dan apa segala macam lagilah barangan bukan berasaskan makanan. Tudung ke apa semua ada. 

Ingat nak balik dah, terserempak pulak dengan kedai buat keychain dan stiker Thailand. Alah kalau hangpa perasan kereta-kereta yang ada lekat stiker nombor plat Thailand tu. Bukan wajib pun sebenarnya lekat nombor plat Thai bila masuk ke Thailand tapi saja la eksyen dan sebagai kenang-kenangan konon-konon dah jejak masuk Siam.

Gua pun teruja la nak buat satu. Nak lekat dekat skuter Nouvo LC gua. Rancangannya gua nak buat stiker nombor plat Thai, bukan keychain. Yang jadi masalah adalah salah faham. Beriya-iya gua tunjuk nak stail macam ni macam ni kat abang yang buat tu. Gua tulis nombor plat gua bagi kat dia. Tapi gua cakap nak jenis stiker bukan keychain. Berkali-kali gua ulang. Tengok-tengok dah siap dalam bentuk keychain ! 

Satu keychain ni pun harga dekat 80 Baht. Takpalah gua redha. 


Kedai buat keychain di Pasar Terapung Khlong Hae.

Pilih rekabentuk jenis mana yang anda berkenan.

Gua siap pilih kaler yang cun-cun dah. Ingat dia boleh buat stiker. Dia buat bentuk keychain jugak.

Keychain no plat Thailand yang gua dapat macam ni lah bentuk dia.

Hari dah semakin lewat petang tapi gua masih lagi berada di Pasar Terapung Khlong Hae. Leka melayan dan bermain dengan perasaan. Yang tak syok kalau tak dapat benda yang kita nak kan. Ni kes keychain tadi lah ni. Hangpa tau keychain yang gua dapat tu gua buat apa ? Gua cabut rantai dia tu dan gua lekat jugak di mudguard belakang Nouvo LC gua. Tahan sampai ke hari ni.

Jauh lagi perjalanan yang menunggu dan perlu ditamatkan hari ni jugak. Abang nak balik kampung abang di daerah Sik, Kedah cik woi ! Kalau petang macam ni baru sampai Hat Yai, pukul berapa pulak nak sampai kampung. Kalau naik kereta takpalah duduk menyedap dalam aircond sambil dengaq radio. Ni naik skuter cabuk tu ! Rasakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...