Iklan

20 April 2018

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 6: Pink Beach - Manta Point



Ini adalah bahagian terakhir trip balik hari ke Taman Nasional Komodo (Pulau Padar-Pulau Komodo-Pink Beach-Manta Point)

Lepas dah puas tengok biawak Komodo di Pulau Komodo, bot akan bawak kita ke destinasi seterusnya pulak iaitu Pink Beach.

Selain daripada biawak Komodo, antara tempat wisata lain yang menarik di Pulau Komodo ni adalah Pink Beach ni lah.

Jarak perjalanan dari jeti Pulau Komodo ke Pink Beach ni tak jauh mana, lebih kurang setengah jam ja dah boleh sampai.

Dalam masa setengah jam tu lah waktu hangpa nak makan tengahari. Kru-kru bot tadi akan agihkan nasi bungkus yang dibawa pagi tadi. Setiap penumpang masing-masing akan dapat nasi bungkus yang berbeza, mengikut tour agent mana yang depa booking. Sebab makanan tengahari ni disediakan tour agent masing-masing.

Ada yang dapat nasi bungkus dalam polesterin dan ada yang dalam tupperware. Yang abang punya canggih sikit dalam tupperware. Menu dalam tu beza-beza. Ikut nasib la dapat apa. Mujur masakan yang abang dapat tu boleh la kena dengan selera. Mat saleh pun layan ja makan nasi lauk tempe.

Nak makan atas bot yang bergerak ni payah jugak sebenarnya. Angin kuat mai dari tepi tengah nak suap nasi boh dalam mulut boleh terbang nasi. Kena makan dengan penuh tertib.

Sebenarnya Pink Beach ni masih terletak di Pulau Komodo, tetapi di bahagian yang berlainan. Pulau Komodo ni luas, lebih luas berbanding Pulau Padar & Pulau Rinca yang terletak di dalam gugusan pulau di dalam Taman Nasional Komodo.

Ada bermacam nama Pink Beach ni. Ada yang panggil Pink Beach, ada yang panggil Pantai Merah, yang pasti tempat yang sama la tu.

Kalau ikut pembacaan abang yang tak rajin membaca ni la kan, hanya terdapat 7 tempat di dunia yang mempunyai pantai berwarna merah jambu ni. Di Indonesia ada dua tempat, satu di Pulau Lombok dan satu lagi di Pulau Komodo ni lah.




Abang-abang mat saleh pekena nasi bungkus dalam bot semasa perjalanan dari Pulau Komodo ke Pink Beach.

Geng mat saleh depan abang makan nasi bungkus dalam polesterin, abang punya canggih sikit. Dalam tupperware. Mak mana yang tak sayangkan tupperware! Sob sob sob.

Ada bot lain potong bot kami. Abang rasa bot orang lain laju ja, bot kami ja yang slow sikit.

Bot yang abang naik trip balik hari Komodo ni lebih kurang macam ni lah sebijik, ada dek untuk bersantai di atas. 


Sampai di Pink Beach, bot tak akan berlabuh di tepi pantai ni sebaliknya di tengah laut. Bot ni memang saja parking tengah laut untuk bagi peluang kepada penumpang untuk melakukan aktiviti snorkeling di sini. Sapa yang nak terjun laut, terjun la.

Alatan snorkeling semua tour agent dah sediakan pagi-pagi lagi tadi masa nak naik bot. Ada goggle dan kaki itik tu. Masing-masing pakat jaga la barang masing-masing.

Nak snorkeling tapi abang seriau dalam. Haha. Jaket keselamatan pun depa tak sediakan. Kalau ada jaket tu boleh gagah la jugak nak terjun.

Tapi mat-mat saleh selamba ja terjun.

Ayaq laut kat sini boleh kata jernih dengan nampak batu karang di bawah dia. Kalau hangpa nak lepak kat Pink Beach, hangpa kena naik perahu kecil dari bot ke pantai. Tapi yang ni kena bayaq la tambang Rp20k atau dalam RM6 camtu. Selalu orang kampung Pulau Komodo yang mengusahakan perkhidmatan perahu ni sebagai sumber pencarian mereka.


Abang & adik abang naik perahu kecik tu untuk ke Pink Beach. Dia akan bawak sorang-sorang pi Pink Beach ni sebab perahu ni boleh muat dalam 2 orang sahaja. Yang baguih geng-geng ni, kalau dia tak mampu nak bawak, dia roger kawan-kawan dia yang lain yang kat situ. Sama-sama cari rezeki. Tambang perahu IDR20k tu pergi dan balik sekali tau, bukan sehala. 

Abang naik perahu lain, adik abang naik perahu lain. Selain bawak perahu, depa ni pun berniaga ayaq pada masa yang sama. Dalam perahu depa tu depa letak satu bekas yang ada macam-macam ayaq. Beer pun ada. Tak cukup dengan tu depa pun ada jual rantai mutiara kat penumpang-penumpang bot besar ni.

Sampai di Pink Beach, ada salah seorang geng perahu ni mai teman kami naik ke puncak tepi Pink Beach ni. Ada satu port yang mana kedudukan dia lebih tinggi sikit di atas aras laut. Bukit la senang cerita.

Dari atas ni baru hangpa boleh nampak pemandangan menakjubkan Pink Beach ni. Dari atas ni baru hangpa boleh nampak warna pantai ni yang berwarna merah jambu. Kalau duduk dekat bawah tadi tak berapa jelas warna pink dia.

Yang jadi masalah, abang turun pi pantai ni tak pakai selipar! Panas Ya Rabbi nak naik bukit tu! Melecur tapak kaki walaupun sekadar pijak pasir ja.

Hangpa tahu macam mana pantai ni boleh jadi kaler pink?

Asalnya pantai ni sama ja macam pantai-pantai biasa yang kita tengok. Tapi oleh kerana ada batu karang berwarna merah di kawasan sekitar ni, ada yang dah mati & terhakis tu lama kelamaan bercampur dengan pasir pantai di sini lalu mewujudkan kesan pantai yang seolah-olah berwarna merah jambu.

Hangpa faham tak apa yang abang cuba sampaikan ni?

Abang sendiri pun konfius dengan ayat yang abang tulis ni. Haha.

Orang kata kalau dulu Pink Beach ni lagi pink dari sekarang ni, tapi oleh kerana pelawat yang mai bawak balik sikit demi sikit pasir pantai ni buat kenangan, sekarang ni dia tak berapa nak pink dah. Yang abang dengar cerita macam tu lah. Betulkan abang kalau tersalah info. Maafkan abang kalau abang tersilap.

Tapi ayaq laut kat sini memang jernih. 'Crystal Clear' orang putih kata. Geng-geng mat saleh cukup syok la tempat gini nak berjemur sambil membawang.

Lupa abang nak bagitau, bot akan berhenti lepak di Pink Beach dalam sejam setengah untuk snorkeling. Pandai-pandai la hangpa gunakan masa tu nak snorkeling atau jalan-jalan kat Pink Beach. Tapi kami pilih meronda kat kawasan sekitar Pink Beach sebab tak tau berenang, takda jaket keselamatan.


Penduduk tempatan Pulau Komodo yang mencari nafkah bawak penumpang dari bot ke Pink Beach.

Jernih gila laut kat Pink Beach Pulau Komodo ni.

Kena bayaq Rp20k (lebih kurang RM6) kalau nak pi Pink Beach dengan perahu macam ni

Dah sampai dah Pink Beach. Naik perahu tadi tak sampai 5 minit. Kalau larat nak berenang dari tengah laut mai sini pun boleh sebenarnya.

Perahu jenis ni la yang abang naik tadi. Dia ada enjin kecik kat belakang.

Air laut sejernih kristal.

Sesi bawang membawang geng mat saleh.

Boleh nampak pantai dia yang sedikit berwarna merah jambu.

Keindahan Pulau Komodo di bumi Flores. Kapal besaq tu yang depa dok buat 'Live On Board' duduk 2-3 hari atas laut.

Abang panjat bukit sebalah Pink Beach ni. Dapat la tengok pemandangan pantai camni. Panas lit lit kaki melecur tak pakai selipar.

Ayaq laut yang membiru di Pink Beach Pulau Komodo.



















Aduh masa ni la nak tukaq baju pulak dah.


Abang perahu ni sambil-sambil jual gelang mutiara & beer kat penumpang bot.

Tamat sesi snorkeling di Pink Beach Komodo. 

Brader ni la dari Kupang, Indonesia. Bini dia orang putih tadi.




Aduh sayang nak tinggalkan kejernihan laut Taman Nasional Komodo.

Bukit gersang menghiasi pemandangan Pink Beach Pulau Komodo. Kalau banyak masa nak ja abang kabat (panjat) bukit tu.


Dalam pukul 2.00 petang baru kami bergerak dari Pink Beach ke lokasi terakhir trip balik hari Komodo ni.

Di mana tu? Manta Point!

Jarak perjalanan dari Pink Beach ke Manta Point mengambil masa lebih kurang setengah jam. 

Manta Point ni sebenarnya satu tempat di mana hangpa boleh snorkeling bersama-sama Manta. Tau dak 'Manta' tu apa dia?

Manta ni sejenis ikan pari. Tapi bukan ikan pari yang hangpa buat asam pedas tu. Hat ni ikan pari saiz besaq punya. Boleh jadi lagi besaq dari orang. Sayap dia pun bila berkepak dalam ayaq lebar sungguh. Tapi Manta Ray ni ok, tak berbahaya kepada manusia.

Selalunya Manta ni dicari oleh penyelam-penyelam skuba bila turun ke dalam laut. Tapi bukan semua tempat boleh jumpa Manta ni, hanya di kawasan-kawasan tertentu ja. Salah satunya di 'Karang Makassar' inilah atau dikenali dengan nama Manta Point Komodo.

Di Manta Point ni bot akan berhenti di tengah-tengah lautan luas(bukan pantai) untuk bagi hangpa peluang snorkeling bersama-sama Manta Ray ni. Dari atas bot boleh nampak bayang-bayang hitam di dalam laut. Itulah Manta Ray. Seriau pun ada sebab besaq gila kalau tengok dari atas bot.

Abang-abang kru bot akan jerit "Manta! Manta!" kalau ternampak ada Manta yang lalu di tepi bot. Perlu diingatkan arus di kawasan Manta Point ni agak kuat dengan kedalam yang berbeza-beza.

Ada kawasan yang dalam & ada yang cetek. Kalau siapa yang snorkeling di sini memang letih kena tolak dengan arus jauh dari bot. Sedar-sedar dah dok jauh dah dari bot.










Haa nampak bayang-bayang hitam tu? Tu lah dia Manta Ray!

Kru-kru bot bagi panduan nak snorkeling macam mana kat Manta Point.


Bot-bot lain yang dah sampai lebih awal. Depa kat sini semua geng.

Ada yang tak sabar-sabar dah terjun dah seusai sampai di Manta Point ni.

Bukan bot kami ja yang ada di Manta Point ni. Bot-bot lain yang buat trip balik hari ke Taman Nasional Komodo pun akan berhenti di sini untuk sesi snorkeling sebalum balik semula ke Pelabuhan Labuan Bajo.

Di tengah lautan luas. Bukan di pesisir pantai.

Agak jernih laut di Manta Point ni. Boleh nampak ke bahagian dasar. kalau nampak gelap ja tu dalam la tu kiranya.

Ada kawasan yang dalam, dan ada kawasan yang cetek di Karang Makassar @ Manta Point ni.

Sorang pun tak ada yang pakai jaket keselamatan masa terjun laut ni. Takkan abang nak menjatuhkan maruah abang terjun pakai jaket keselamatan pulak kat Manta Point ni. Haha.

Tak terjun dah abang kalau tak pakai jaket keselamatan. Abang bukannya reti berenang. Tengok mat saleh pun tercungap-cungap mengah nak snorkeling melawan arus.


Semua dah pakat hanyut ke tengah dibawa arus.

Abang-abang kru bot dok tersengih-sengih kesipuan dok jerit "Red Manta! Red Manta!" sambil menunjuk-nunjuk ke arah laut. Abang pun dengan lurus bendul lagi noob terus percaya la sambil mencari-cari dimanakah Red Manta tersebut.

Bukan takat Red Manta, Blue Manta, Green Manta beserta kemasan renda senang dilihat di kawasan ini. Red Manta yang sebetulnya tak berapa nak nampak. Haha.

Sesungguhnya di Manta Point ni yang sebenar-benar Manta Ray adalah makhluk berwarna hitam berenang-renang di bawah permukaaan laut.


Antara Red Manta yang diperkatakan itu.

Tokey bot abang tidak melepaskan peluang bermesra dengan Red Manta.

Mari. Marilah pulang bersama-sama kembali ke Pelabuhan Labuan Bajo.

Dah habis berenang-renang bersama ikan pari Manta Ray di Manta Point, tiba masanya untuk pulang semula kembali ke Pelabuhan Bajo. Jarak perjalanan untuk pulang semula lebih tahan jauh, lebih kuang 3 jam jugak tapi lebih cepat daripada waktu nak pi tadi.

Masa balik petang ni cuaca dah tak berapa panas. Nampak mendung macam nak hujan pun ada. Penumpang masing-masing keletihan main ayaq tadi. Ada yang duduk bersembang di bawah, ada yang duduk di atas dek berehat santai sambil menikmati suasana petang. Abang ambik peluang duduk berehat di bahagian atas dek. Angin syok petang-petang ni.

Nak bersembang dengan awek-awek minah saleh yang duk sebelah tak berapa nak pandai. Jadi abang dok sengih-sengih ja lah kat dia. Mujur la dia balas balik senyuman abang tu. Kalau tak mau malu-malu abang jatuh laut tersipu-sipu.

Dari Manta Point nak balik semula ke Pelabuhan Labuan Bajo mengambil masa lebih kurang 2 jam. Lebih dekat dari jarak pagi tadi nak sampai Pulau Padar pun dah 3 jam lebih.

Cuaca tak begitu baik masa nak balik, macam nak hujan. Mujur tak kena hujan tengah laut. Tapi ombak agak kuat. Dah tak tau nak sembang dengan mat saleh, masa balik abang menghabiskan masa menyembang dengan tokey & kru-kru bot.

Tokey bot ni pun bukan sebarangan orang jugak, tengok ja biasa-biasa tapi ada 2 biji bot & sebuah kapal layar yang besar tu untuk mereka yang nak buat trip 'Live On Board'.

Banyak kami kami bualkan mengenai kisah hidup, dan banyak jugak dia tanya mengenai Malaysia. Tokey bot kata kalau bagi mereka yang nak buat trip Komodo ni elok hubungi dengan tokey bot terus, Insyaallah lebih murah.

Ada dia bagi nombor dia kat abang, kalau hangpa mai Labuan Bajo boleh contact mas Burhanuddin Burhan. Dia boleh bagi harga diskaun berbanding harga di tour agent. Boleh bincang tengok macam mana. Nanti abang bagi Facebook dia untuk hangpa hubungi.

Facebook Mas Burhanuddin Burhan
https://www.facebook.com/burhanuddin.burhan3

Anak-anak kapal jugak ramah. Orang tempatan Labuan Bajo ni boleh dikatakan agak mesra & mudah berbual. Dengar dari cerita mereka, memang hari-hari inilah keja mereka. Pukul 5.00 pagi keluar, pukul 6.00 petang baru balik. Bagi kita yang pertama kali pi Pulau Komodo ni memang syok la. Tapi depa ni hari-hari dok hadap benda yang sama. Tak pernah depa merungut. Inilah punca pendapatan mereka.


Selamat mendarat di Pelabuhan Labuan Bajo tepat jam 6.00 petang.

Sesi cuci motor depan bot.

Skuter & kapcai menjadi pengangkutan utama di Labuan Bajo ni.

Bot-bot di Pelabuhan Labuan Bajo ada kawasan parking mereka sendiri.

Keluar awal pagi, balik nak masuk senja. Cukup seharian trip balik hari Komodo.

Comel pipi merah-merah dah bertukar menjadi hitam legam belang-belang..


Deretan tour agent berhadapan Masjid Labuan Bajo bagi mereka yang mencari trip ke Taman Negara Komodo.

Macam-macam jenis pakej yang hangpa boleh pilih. Sampai abang sendiri pun tak reti nak habaq tempat-tempat dia di Taman Negara Komodo ni.

Budak-budak baru balik kelas taekwondo.


Pos Tentera Negara Indonesi TNI di Labuan Bajo.

Pisang didagangkan secara terbuka di Labuan Bajo ni. Ayat apa yang abang melalut ni.

Bas mini ni selalu main jarak jauh ni. Kadang-kadang penumpang pun ada yang duduk atas tu.

Suasana petang di sekitar pekan Labuan Bajo. Pekan dia walaupun di tepi laut, tapi jalan masih berdebu.

Warung bakso di Kampung Ujung, Labuan Bajo. Tak jauh dari Siola Hotel kami.

Mai Indonesia wajib rasa jus alpulkat ni. Kita panggil 'avocado'.

Kami sampai semula di Pelabuhan Labuan Bajo lebih kurang jam 6.00 petang. Berkejaran balik ke Hotel Siola sebab tak dan solat jamak lagi tadi. Maghrib masuk pukul 6.00 lebih. Tak sempat kalau dok jalan pengantin sementara nak sampai hotel

Rasa melekit lagi hangit dah satu badan ni seharian dok main panas & ayat laut di Taman Negara Komodo. Berbelang habis lengan sebab pakai baju lengan pendek. Siap mandi dan solat semua, kami keluar semula lepas Maghrib bagi mencari makan.

Malam terakhir di Labuan Bajo ni kami makan biasa-biasa sahaja. Malam ni kami pekena bakso dan jus buah. Dah semalam makan sakan dah dengan ikan bakar bagai.

Malam ni makan ringan-ringan ja di Kampung Ujung. Sebab esok nak naik kapal pulak pagi-pagi nak lintas pi Pulau Sumbawa. Seriau jugak takut dok sakit perut esok ni.

Trip Segera Nusa Tenggara | Dirakam sepenuhnya menggunakan kamera telefon Xiaomi Mi A1

Bersambung ke Trip Segera Nusa Tenggara | Part 7: Lintasan Labuan Bajo-Sape-Bima-Mataram(Lombok)


Bacaan lain: Catatan Trip Segera Trans Nusa Tenggara


Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 1: Kuala Lumpur-Bali

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 2: Menjejak Air Terjun Nungnung

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 3: Bali-Labuan Bajo

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 4: Labuan Bajo-Pulau Padar

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 5 : Dari Pulau Padar ke Pulau Komodo

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 6: Pink Beach - Manta Point

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 7: Lintasan Labuan Bajo-Sape-Bima-Mataram(Lombok)

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 8: Mataram (Lombok)

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 9: Pantai Senggigi Lombok

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 10: Pantai Nambung & Bukit Merese Lombok

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 11: Feri Lombok ke Bali

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 12: Kembali ke Bali - Air Terjun Tegenungan

Trip Segera Nusa Tenggara | Bahagian Akhir - Bali ke Kuala Lumpur

8 ulasan:

  1. Cantik tempat tu dah la air laut dia jernih jaa

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Orang putih kata 'Cristal Clear'. Ka salah? Haha

      Padam
  3. ok, next trip ke sini la, dpt berenang2 dgn ikan pari, besnyaaa!
    tringat cerita karton moana hat roh nenek dia bentuk ikan pari, ngeh3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita kartun Moana mana pulak ni. Ish tak tau lah. Haha

      Padam
  4. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...