Iklan

17 November 2013

Cambodia-Thailand Overland Project - Part 8: Kota Bangkok

Sambungan Part 7: Cambodia-Thailand Overland Project : Tren Aranyaprathet - Bangkok

Sambung cerita Cambodia-Thailand Overland Project. Kami selamat tiba di Kota Bangkok dari Aranyaprathet (Border) malam hari sebelumnya dengan tren. Masuk hari ni dah hari kelima kami di perantauan sejak mula menjejakkan kaki di Phnom Penh, Cambodia. Apa-apa pun perjalanan perlu diteruskan untuk kembali ke Kuala Lumpur melalui jalan darat. Tak jauh dah pun dari Bangkok ke Kuala Lumpur, lebih kurang 1400KM sahaja. Mengikut perancangan sehari semalam dah boleh sampai Malaysia naik bas ekspress tapi kami mengambil keputusan menyelusuri seharian di kota Bangkok, antaranya ke Maeklong Railway Market.

Kota Bangkok juga dikenali sebagai 'Backpacker Hub' atau 'Backpacker Mecca' di Asia Tenggara. Kebanyakan Mat Saleh yang datang dari Eropah akan tiba terlebih dahulu di Bangkok sebelum bergerak ke negara lain di Asia Tenggara. Sebab tu boleh nampak banyak Mat Saleh di sekitar kota Bangkok. Antara kawasan backpacker yang terkenal di kota Bangkok adalah di Khao San Road berhampiran dengan Phra Athit Road. Di kawasan Khao San Road ni memang banyak terdapat rumah tumpangan bajet/budget guesthouse untuk backpacker-backpacker tegar. Harga bilik sekitar RM15-50 semalam pun boleh dapat, tapi kena pandai cari. Boleh tengok review dekat Tripadvisor dulu kalau nak puas hati.

Dari Stesen Keretapi Hualampong semalam kami menaiki bas mini ke Phra Athit Road. Nak tahu kena naik bas nombor berapa atau pengangkutan awam yang lain boleh rujuk dekat BangkokTransit. Dekat sini cuma tulis sahaja destinasi yang dituju dan tempat dari mana kita berada dan dia akan tunjukkan route ke tempat tersebut menggunakan pengangkutan awam. Macam-macam pengangkutan awam boleh ditemui di Bangkok ni lebih kurang Kuala Lumpur tapi yang istimewa Bangkok ada teksi air, atau water ferry yang beroperasi di Delta Chao Phraya.

Jalan Phra Athit Road. Jalan Utama berhampiran Khao San Road. Depan tu sikit belok kiri lalu di celah-celah bangunan  anda akan sampai ke Phra Athit Pier,.

Teksi air di Delta Chao Phraya. Macam bas jugak. Kena tunggu kat stesen Phra Athit Pier ni. Selang 5 minit ada la bot/feri lalu ambik penumpang.

Delta Chao Phraya yang luas.

Sementara tunggu bot sampai di Phra Athit Pier .
Mat saleh pun naik teksi air juga di Bangkok.

Waktu pagi yang sibuk di sekitar Delta Chao Phraya dengan orang nak pergi kerja naik teksi air.

Keadaan di dalam teksi air. Ada seorang konduktor yang ditugaskan mengutip tambang. Makcik baju oren tu lah orangnya.

Dalam teksi air di Bangkok waktu puncak memang takda tempat kosong nak duduk. Memang kena berdiri.

Teksi ni akan berhenti di setiap stesen/pier untuk menurun dan mengambil penumpang.

Di setiap jetty/pier akan ada seorang petugas yang akan jaga pergerakan penumpang. Nak turun ke naik ke. Kalau tak tahu nak naik bot mana boleh je tanya, cuma depa kurang fasih dan faham apa yang kita cuba cakap. 

Di tebing Delta Chao Phraya.

Nampak tak macam mana padat. Nak bergerak memak agak sukar. Tambah pulak kami tengah pikul backpack besar kat belakang.

Boleh nampak Wat Arun di tebing sungai Chao Phraya.

Wat Arun di kejauhan.

Wat Arun dari pandangan dalam bot di Delta Chao Phraya.
Mesti ramai tanya, kami nak ke mana naik bot/teksi air bagai ni di Bangkok? Rancangannya hari ni kami nak menuju ke Maeklong Railway Market di Samut Songkram lebih kurang 80 KM dari Kota Bangkok. Apa yang menarik kat Maeklong Railway Market? Haa ni nak cerita pun agak panjang. Takpa kita bagi tengok gambar sekitar perjalanan kami dari Bangkok ke daerah Samut Songkram dengan pelbagai mod pengangkutan awam antaranya boat dan keretapi. 

Dari Phra Athit Road dimana kami bermalam di Merry V Guesthouse semalam, kami menuju ke Phra Athit Pier pagi itu. Tak jauh pun. Cilok-cilok celah bangunan dah sampai. Tak tahu boleh tanya orang. Kena tunggu di jetty sampai bot mai. Ramai jugak penumpang lain terdiri dari orang tempatan dan pelancong yang naik teksi air ni dengan kami di Delta Chao Phraya ni. Ada 3 jenis bot iaitu berdasarkan warna bendera iaitu hijau, oren dan kuning. Ada jugak yang tiada bendera. Kami naik bot bendera hijau pada hari tersebut. Tak tahu nak naik boat mana boleh tanya pada petugas yang bertugas di setiap jetty. Maklumat lanjut pasal tambang, destinasi dan jadual perjalanan dan lain-lain boleh rujuk disini.

Dalam boat akan ada seorang konduktor yang akan kutip duit tambang ferry. Kadar tambang bergantung kepada berapa jauh yang anda ingin pergi sama seperti bas mini. Nak dijadikan cerita kami terlajak ke jetty yang terakhir. Patutnya kena turun awal di dua stesen sebelumnya untuk ke stesen BTS Saphan Taksin untuk menuju ke stesen BTS Wong Wian Yai. Dengan berpandukan peta dan Google Maps kami mencari jalan ke stesen BTS Saphan Taksin dari stesen jetty yang terakhir. Kena menapak agak jauh juga sekitar 3 KM untuk ke stesen BTS tersebut.

Nadi kehidupan masyarakat Bangkok - Delta Chao Phraya.


Lorong-lorong sekitar kota Bangkok.

Menapak cari stesen BTS  terdekat untuk menuju ke stesen Wong Wian Yai.

Stesen BTS Saphan Taksin

Beratur beli tiket BTS di BAngkok. Ambil masa nak paham prosedurnya.

Tukar duit kecik dulu, kemudian baru ke mesin tiket.

Tangga menuju ke stesen BTS di sebelah atas selepas membeli tiket.

Duduk sopan dalam BTS di Bangkok. Apa yang gua perhati, kelakuan masyarakat Bangkok sangat berhemah berbanding kita di Malaysia. Nak naik BTS pun beratur tak berebut-rebut.

Keadaan di dalam BTS menuju Stesen Wong Wian Yai

Pada waktu tengahari, keadaan di dalam BTS agak lengang.

Kota Bangkok dengan teksi merah jambu.

Bangkok Skyline.

Tiba di Stesen BTS Wong Wian Yai. Cari jalan menuju ke stesen keretapi Wong Wian Yai pulak.  Ada 2 jenis keretapi di sini. Satu BTS yang macam monorel dan satu lagi keretapi biasa macam komuter. 

Turun BTS Wong Wian Yai menapak dalam 1 KM lagi ke stesen keretapi Wong Wian Yai.

Stesen keretapi Wong Wian Yai. Stesen mula disini dan berakhir di Mahachai Station. Sebut betul-betul Mahachai bukan macai.

Tiket hanya berharga 10 Baht atau bersamaan RM1 untuk sehala dari Wong Wian Yai ke Mahachai. Masa yang diambil adalah satu jam perjalanan dengan beberapa hentian.

Sementara tunggu tren sampai, boleh pekenan air limau pure yang dijual di sekitar kaki lima stesen Wong Wian Yai.

Lega tekak haih lepas pekena ayaq limau ni.

Tren ni berulang-alik dari Wong Wian Yai ke Mahachai. Maka bila tren sampai, bagi laluan penumpang dari Mahachai turun dulu. Kekerapan tren adalah setiap sejam.

Penduduk tempatan yang menggunakan perkhidmatan keretapi Wong Wian Yai - Mahachai.

Tempat duduk dengan tingkap terbuka. Keretapi akan berhenti-henti di stesen tertentu mengambil dan menurun penumpang.

Tak ramai pun dalam keretapi ni dan sedikit hangat berada dalam ni pada waktu tengahari.

Walaupun keretapi dia nampak klassik dan buruk, tapi dalamannya agak bersih dan selesa. Sama macam keretapi Aranyaprathet - Bangkok yang kami naik sebelum ni.

Macam-macam orang ada dalam keretapi ni.

Tiba di pekan Mahachai. Pekan yang agak sibuk dengan urusan jual-beli sekitar kaki lima.

Keluar dari keretapi, kena menapak lagi cari bot untuk menyeberangi sungai ke Ban Laem Station.

Naik bot 30 sen lintas sungai dari Mahachai ke Ban Laem


Ikut je anak panah ke Ban Laem Station. Gua rasa kami je traveller yang menapak cari keretapi ke Maeklong. 

Menapak lagi di tengah panas terik dengan mengusung beg galas di belakang menuju Ban Laem Station.



Jumpa pun Ban Laem Station


Keretapi memang dah siap parking, tapi penumpang lain gua tak nampak lagi awal-awal. Bila dia hidup enjin baru muncul penumpang entah dari mana. 

Sampai awal setengah jam, takda sapa pun lagi. Kaunter pun tak buka lagi. Pergi selesaikan urusan perut dulu. 

Kauter tiket stesen Ban Laem. Petugas takda. 10 minit sebelum berlepas baru dia jual tiket. Yang jual tu pun orang yang sama yang bawa keretapi !

Waktu nak bertolak baru la nampak kelibat penduduk tempatan.

Stesen Ban Laem mula dipenuhi orang. Sami Buddha pun ada.

Jadula perjalanan keretapi Ban Laem-Maeklong. Tiket hanya 10 Baht atau bersamaan RM 1 sehala. Sejam perjalanan.

Keretapi tak panjang. Ada 4 gerabak sahaja. Yang naik pun tak ramai. Pikir balik untung ka depa buat keretapi ni dengan harga tiket RM 1.

Kauter tiket Ban Laem-Maeklong.

Mana-mana stesen keretapi gua perhati kat Thailand ni bersih walaupun di ceruk kampung dan kurang orang gunakan sekalipun.

Bahagian dalaman keretapi Ban Laem-Maeklong yang sama macam keretapi kami naiki sebelum ni dari Wong Wian Yai ke Mahachai.

Bersih dan agak selesa. Tak padat dengan penumpang.

Banyak seat kosong. Nak baring pun boleh. Tiada penyaman udara. Hanya udara segar dari luar.

Gerabak ni macam gua punya. Takda sapa pun. Sekali-sekala ada petugas keretapi lalu minta tiket untuk diperiksa.

Thailand classic train.

Laluan keretapi di belakang perumahan setinggan masyarakat tempatan.

Sami melayan persaan dalam keretapi.



Pelbagai ragam masyarakat dapat dilihat dalan perjalanan keretapi ni.

Untuk tips perjalanan dari Bangkok menuju ke Maeklong Railway Market di Samut Songkram, anda harus menuju ke stesen keretapi Wong Wian Yai dulu. Beli tiket di kauter dengan harga 10 Baht sehala menuju stesen terakhir di Mahacahai. Masa perjalanan lebih kurang sejam dengan beberapa stesen hentian. Jangan turun melainkan sudah sampai ke stesen terakhir iaitu di Mahacahai. Dari stesen Mahachai, keluar dari stesen keretapi cari jalan menuju ke arah sungai di mana terdapat bot untuk melintasi sungai. Bayar tambang 3 Baht seorang, naik boat sseberang sungai ke sebelah sana. 

Dah tiba di seberang sungai akan ada signboard menuju ke stesen keretapi Ban Laem. Ikut petunjuk hingga anda jumpa stesen keretapi di kawasan perumahan. Beli tiket 10 Baht sehala menuju ke Maeklong. Maeklong jua merupakan stesen terakhir dan masa perjalanan juga lebih kurang sejam dengan beberapa stesen hentian. Turun dari stesen Maeklong anda kan jumpa pasar yang dimaksudkan atau juga dikenali sebagai Meklong Dangerous Railway Market kerana kedudukan pasar tersebut di laluan keretapi antara Baen-Laem dan Maeklong. Kalau tak salah hanya ada 4 perjalanan sehari dari Ban Laem ke Maeklong.

Masa anda dah nak sampai Maeklong, keretapi yang anda naiki akan melalui pasar Maeklong yang dimaksudkan. Peniaga-peniaga akan menarik khemah mereka bila keretapi melalui pasar tersebut. Dari tingkap tren memang sipi-sipi je kena khemah yang ditarik. Barang jualan mereka selalunya akan dibiarkan di tepi landasan, dan keretapi akan melalui atasnya. View dari atas keretapi memang menarik. Kalau anda ada banyak masa boleh pergi awal pagi dan tunggu keretapi seterusnya tiba di Maeklong untuk merakamkan detik merbahaya bila mana keretapi melalui pasar tersebut. Nak tau lebih lanjut pasal Maelong Market ni kena tunggu enty seterusnya. :-)





4 ulasan:

  1. Salam Hazwan

    saya dalam rencana nak ke maeklong train market ne..saya dah baca tips utk ke sana tapi agak kurang faham..misal kata saya dari Mo Chit, apa2 hal pun saya mesti menuju ke Wong Wian Yai station juga ke? antara bas dengan train mana yang lebih mudah? sebabnya flight ke KL sekitar jam 5.00pm, awak rasa sempat ke kalau saya nak ke maeklong?

    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Zilla.

      Yup. Dari mana-mana pun harus sampai dulu ke Wong Wian Yai Station. Dari situ naik tren ke Mahachai Station, stesen terakhir. Dah sampai, cari jeti untuk seberang sungai dengan feri. Dah seberang, cari Stesen Ban Laem untuk ke stesen Maeklong.

      Kalau naik tren rasanya macam tak sempat. Pergi 2 jam dan balik 2 jam. Boleh check jadual tren kat sini :

      1) http://www.railway.co.th/home/srt/timetable/download/eng/201110-WongwianYaiEng.pdf
      2) http://www.railway.co.th/home/srt/timetable/download/eng/201110-MaeklongEng.pdf

      Padam
  2. haha terbaek la bro...aku pon salah plan..ingat senang je nak cari tren ke maeklong ni...sampai stesen BTS wong wian yai, sesat pulak nak cari tren ke mahachai...tanya pak guard pon tunjuk jalan salah...dah kul 11pg pon masih terkial-kial cari stesen..last2 putus asa terus ke mbk je..lepak mall sebab takut tak sempat nak naik tren ke surat thani jam 7mlm...cnfirm kena repeat ni;p

    BalasPadam
  3. Haha. Nak ke Maeklong Market ni sebenarnya ada banyak cara. Boleh naik minivan atau keretapi dari Bangkok. Kami pun saja la gatal nak cuba pergi sendiri naik keretapi. Tak jauh dah sebenarnya kalau dari Stesen BTS Wong Wian Yai tu. Jalan kaki sikit je, kami pun guna Google Maps nak cari stesen Wong Wian Yai ke Mahachai.

    Memang harus repeat balik Sai ! Haha.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...