Iklan

02 Disember 2013

Trans Java Solo Escape - Part 5: Jalan Malioboro (Jogjakarta)

Tengah-tengah makan ada pengamen datang lepak sebelah main seruling. Tak sedap mana pun bunyinya. Selagi tak sedekah selagi tu dia main. 

Balik dari Magelang melihat Candi Borobudur, tiba di kota Jogjakarta dah pun 8.00 malam. Mandi dan bersiap di Delta Homestay sebelum keluar mencari makan di Jalan Malioboro. Rancangan malam ni nak cuba merasai sendiri penaglaman makan di 'lesehan' ataupun duduk bersila di kaki lima Jalan Malioboro. Banyak review blog-blog lain yang mengatakan makan di lesehan adalah keunikan di Jogjakarta. Jadi gua pun teringin la nak mencuba.

Dari Jalan Prawiatoman dimana terletaknya Delta Homestay tempat gua menginap ke Jalan Malioboro tidaklah begitu jauh. Kalau naik skuter cilok-cilok dalam 10 minit sahaja. Sampai di Jalan Malioboro gua ingat boleh parking je sesuka hati tapi rupanya tidak. Kena bayar Rp 1,000 untuk upah penjaga parking yang menjaga lot parking. Parking motor pun betul-betul depan lesehan. 

Jalan Malioboro ni agak panjang dan lurus. Di sepanjang bahu jalan ada kedai-kedai menjual barangan cenderamata dan batik. Boleh shopping jugak di sini kerana terdapat kompleks-kompleks besar di sepanjang jalan. Di seberang jalan yang lain terdapat tempat makan lesehan. Setiap peniaga mempunyai lot masing-masing. Gua terjah masuk salah satu kedai dan duduk bersila dengan selamba. Ada menu. Tengok menu bahasa yang agak asing. Yang gua paham hanya Nasi Goreng Ayam. Maka orderlah gua Nasi Goreng Ayam dan Teh'O.

Depan gua ada makcik-makcik lain yang jugak baru tiba. Depa order apa gua pun tak berapa paham. Tapi tengok hidangan depa macam ayam penyet pun ada. Sedang tunggu hidangan disiapkan, datang pengamen tiba-tiba duduk sebelah gua. Mula-mula gua buat tak heran. Dia pun main la seruling. Takda la nak kata sedap dan syahdu pun. Lama jugak la dia main. Gua hulur Rp 1,000 dan dia terus beredar. Kesian jugak tengok pakcik-pakcik pengamen ni cari rezeki dengan cara macam ni.

Tak sampai seminit datang lagi sorang main gitar. Makin ramai la pulak. Gua buat tak tau ja mula-mula. Bajet pun ciput je ni. Mau datang lagi 10 orang kalau camni. Gua angkat tangan tanda tak nak. Budak main gitar mula-mula buat tak tau, tapi lepas lama dia sedar gua buat tak tau dia pun blah jugak dari situ.

Nasi Goreng Ayam pun tiba tak lama lepas tu. Datang dengan ulam bagai. Haish ni Nasi Ayam ka Nasi Ulam. Tapi gua perhati memang semua hidangan pun macam tu. Selamba ja lah cuba. Kali pertama suap ok. Kali kedua dan ketiga baru rasa. Pedas wooo! Menangis gua. Habiskan jugaklah walau macam mana sekali pun.

Kereta kuda memang jadi trademark dekat Jalan Malioboro ni. Mana-mana pun ada je kereta kuda ni.

Tempat makan' lesehan' atau  dipanggil duduk bersila yang memang popular di Jalan Malioboro.

Beca juga merupakan nadi pengangkutan utama di Jogjakarta.

Malam minggu. Memang ramai lepak sekitar Jalan Malioboro.

Jogja di malam hari.

Sepanjang Jalan Malioboro di kaki lima akan ada tempat makan 'lesehan' ni. 

Selesai makan, gua melepak atas kerusi bawah pokok berhampiran parking motor. Saja nak perhati suasan malam di Jalan Malioboro ni. Jalan Malioboro ni bagi gua agak unik dengan lambakan kereta kuda dan beca. Macam pekan koboi lama. Pengamen cari makan pun ramai jugak. Asal ada pelanggan makan di lesehan mesti ada ja si pengamen ni. Ada yang tua, ada yang muda dan ada jugak budak-budak. Kerja depa main lagu dan musik sampai la pelanggan sedekah duit. Kesian jugak tengok. Kalau bagi Rp 1,000 apa sangat la depa boleh beli. Mungkin macam ni lah kehidupan depa.

Dah puas perhati orang, gua berjalan kaki menuju stesen keretapi di hujung jalan Malioboro. Di sinilah letaknya Stesen Keretapi Tugu yang merupakan stesen keretapi utama di Jogjakarta. Dari sini kita boleh ke bandar-bandar besar lain seperti Bandung dan Surabaya. Tujuan utama gua ke sini nak cari tiket ke Bandung malam esoknya. Dalam stesen ni ada jadual perjalanan yang boleh dilihat di skrin monitor. Senang nak bagitahu di kaunter pukul berapa kita nak bertolak.

Gua pun terjah la ke kaunter tanya tiket keretapi ke Bandung. Malangnya, petugas kaunter kata kalau nak ke Bandung esok maka kena beli esok jugak. Tak boleh beli awal. Maka keluarlah gua dengan perasaan hampa. Takpa. Esok pagi boleh beli. Melilaulah gua lagi di Jalan Malioboro malam tu hingga lewat malam. Syok dok tengok orang.

Parking motor depan-depan tempat makan lesehan. Kena bayar Rp 1,000 sebab ada orang yang ditugaskan untuk menjaga parking.

Hentian bas.

Setiap lesehan ada lot masing-masing.

Meriah suasana di Jalan Malioboro dengan lampu-lampu.

Nak beli kain batik pun ada.

Lesehan memang banyak, tapi yang makan agak kurang.

Parking Motor.

Geng mesyuarat tingkap depan meja gua .

Makcik ni special. Ada kerusi. Tapi makan atas meja rendah tu jugak. Menunduk !



Gua pekena Nasi Goreng Ayam style Jogja. Pedas woo !

Pengamen berkumpulan cari makan.

Cari tiket keretapi ke Bandung di Stesen Keretapi Tugu, Jogjakarta lepas makan. Tapi tak dapat. Kena beli hari yang sama dengan waktu bertolak.

Kereta kuda.


Pengamen memang ramai menghiburkan pelanggan yang sedang makan di lesehan.

Motor pun banyak.

Mat Saleh pun lepak di lesehan.

Beca menunggu penumpang.




Syok jugak lepak malam-malam di kota Jogja ni. 


Lebih kurang jam 11.30, gua kembali ke Delta Homestay di Jalan Prawiatoman. Singgah mini market macam 7-Eleven dulu beli air miuman isotonik Mizone. Botol warna biru. Sedap sungguh airnya. Ada macam-macam perisa. Tiap hari pun mesti nak kena minum sebotol. Ketagih woo! Awat la kat Malaysia takda siapa jual. Tiba di bilik, terus terlelap tak sedar apa dah. Zzz.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...