Iklan

09 Disember 2013

Trans Java Solo Escape - Part 7: Taman Sari (Jogjakarta)

Sambungan dari Trans Java Solo Escape: Kampung Kinahrejo

Balik dari Cangkringan melawat Kampung Kinahrejo, gua meronda sekitar kota Jogjakarta. Tak tahu mana lagi lokasi yang harus dituju. Dalam pikiran ingin ke Pantai Parangtritis, tetapi jam sudah menunjukkan jam 5.30 petang. Kalau pergi mesti lambat nak patah balik sebab jadual keretapi ke Bandung jam 9.30 malam. Baru teringat di Jogjakarta ada Taman Sari di sekitar kawasan Kraton. Idea yang baik untuk menghabiskan masa. 

Semasa meronda di suatu kawasan kelihatan deretan kedai atau khemah yang menjual pelbagai kelengkapan eksesori motorsikal. Antaranya seperti helmet, jaket dan sarung tangan. Harganya pun murah-murah. Geram tengok helmet fullface yang berharga kurang dari RM100. Kalau la bajet ada dan senang nak bawa balik Malaysia gua dah angkat dah satu.

Main gagau je cari kawasan Kraton ni sebab pernah nampak tembok-tembok putih kawasan Kraton semasa pusing-pusing kawasan Jogjakarta ni. Ikut motor-motor yang memasuki kawasan dalam Kraton baru jelas bahawasanya kawasan ini terkepung dengan tembok dan benteng-benteng putih. Sebelum mencari Taman Sari, gua berhenti singgah makan dulu di kedai sate Madura di sekitar kawasan Kraton. Murah betul sate, lebih kurang secucuk 30 sen. Bantai sate daging 30 cucuk kenyang selesa. Baru sambung jalan. 

Kedai kelengkapan motorsikal yang menjual pelbagai jenis helmet di sekitar bahu jalan Jogjakarta.

Harga helmet muka penuh (Fullface) sekitar RM 70-80 sahaja. Kalau boleh nak rembat satu, tapi bajet takda.

Pelbagai jenis saiz dan warna topi keledar boleh didapati di sini.


Tanya orang, tengok Google Maps jumpa la akhirnya Taman Sari Yang dimaksudkan. Taman Sari ini juga merupakan salah satu wisata yang terkenal di Jogjakarta. Gua pun tak berapa tahu pasal sejarahnya tapi mengikut informasi dari internet Taman Sari ni adalah tempat Sultan Kerajaaan Mataram dan keluarganya beriadah. 

Sedikit petikan dari internet ;

Tamansari adalah sebuah komplek yang berisi bangunan, kolam, kebun, dan taman. Tamansari didirikan tahun 1765 Masehi oleh Sri Sultan Hamengkubuwono I. Adapun fungsi Tamansari sebagai tempat berekreasi, bercengkrama atau bersenang-senang Sri Sultan dengan seluruh keluarganya. Peninggalan-peninggalan di dalam komplek Tamansari dapat dikategorikan berupa gapura, gedung, kolam-kolam kecil, urung-urung dan kolam segaran.

Petang tu gua sampai gua selamba parking depan kedai runcit mana entah sekitar Taman Sari tu. Jalan kaki sikit ke pintu masuk. Mengikut informasi kena bayar yuran masuk, tapi takda sesiapa pun jaga pintu. Jadi gua masuk secara percuma. Ada sekumpulan remaja tengah bermain sepak raga. Gua pun tak berapa tahu kawasan dalam Taman Sari ni. Gua teroka seorang diri. Ikut mana ada orang pergi, kat situlah gua ada. Naik tangga-tangga batu lama hingga ke suatu kawasan runtuhan batu istana lama. Tengok ramai yang tengah tunggu sunset. Gua pun join la sekaki. 

Pemandangan dari atas ni memang menarik. Boleh nampak seluruh kawasan Kraton. Nampak bumbung-bumbung rumah di kawasan sekitar. Matahari yang terbenam memang mengasyikkan. Kelihatan juga mat saleh dan beberapa orang photographer pacak tripod untuk merakamkan moment terindah itu. 


Dinding atau pun benteng Kraton.

Kawasan Benteng Kraton


Pintu masuk ke Taman Sari.

Taman Sari.

Pakat tunggu matahari terbenam di Taman Sari.

Pandangan dari atas Taman Sari.

Sunset di Taman Sari

Ramai memerhatikan matahari terbenam di sini.

Mat Saleh pun ramai.

Tinggalan sejarah Taman Sari.

Taman Sari Jogja.

Selesai matahari terbenam gua bergegas turun. Sayup-sayup kedengaran suara azan Maghrib berkumandang. Cari skuter yang di-parking tadi dan terus mencari masjid berhampiran. Keadaan jalanraya agak sibuk pada waktu magrib. Motorsikal banyak mendominasi jalan. Cari jalan untuk keluar dari kota Kraton untuk ke  masjid. Akhirnya terjumpa sebuah surau kecil di bahu jalan berhampiran pintu keluar Kraton. 

Surau disini jemaahnya tidak berapa ramai. Satu saf pun tak penuh. Tetapi masjidnya bersih dan selesa. Minta kebenaran seorang pakcik untuk mengecaj telefon bimbit yang kehabisan bateri. Sempat jama' Maghrib dan Isyak sekali disini. 

Gua ada terpikir berkaitan Benteng Kraton yang dibina. Mungkin ia adalah sebuah kubu pertahanan suatu masa dulu semasa di zaman pemerintahan kerajaan Mataram. Di dalam ini juga terdapat sebuah istana yang juga di sebut 'Kraton'. Terdapat suatu kawasan lapang di dalam kota Kraton ini yang disebut 'Alun-Alun'.

Sedikit informasi dari internet ;

Benteng yang mengelilingi ibu kota Kerajaan disebut benteng Baluwarti, didirikan tahun 1782 Masehi. Di dalam benteng, selain istana Sri Sultan dan komplek Tamansari dijumpai pula bangunan-bangunan, diantaranya tempat tinggal para bangsawan, tempat tingga l Abdi Dalem dan tempat tinggal kelompok prajurit Keraton. Bekas-bekas bangunan yang sekarang masih utuh adalah dinding sisi selatan, bagian sudut tenggara, sudut barat daya dan sudut barat laut. Dilihat dari bekas-bekasnya, benteng pertahanan kota ini mempunyai denah segi empat, tiap-tiap sisinya menghadap kearah empat mata angin utama. Pada sisi utara terdapat dua buah gapura (plengkung), sedang pada sisi timur, selatan, dan barat masing-masing terdapat sebuah gapura (plengkung). Pada tiap-tiap sudutnya terdapat gardu pengintai yang disebut tulak tala ( bastion ) dan sekarang yang masih utuh adalah bagian sudut tenggara, barat daya dan barat laut, sedangkan bagian timur laut sudah tidak ada. 

Alun-alun adalah tanah lapang yang terdapat di depan dan di belakang komplek Keraton, yang di depan disebut alun-alun utara, sedangkan yang di belakang disebut alun-alun Pangkeran. Alun-alun selatan berfungsi sebagai tempat latihan baris-berbaris para prajurit untuk persiapan upacara kerajaan, tempat upacara pemberangkatan jenazah dan sebagainya.


Waktu senja.

Pintu keluar kawasan Kraton.

Surau.

Stesen Keretapi Tugu, Jogjakarta.
Dengan masa yang tak mencukupi, gua segera bergerak pulang ke Jalan Prawirataman untuk mengambil beg dan bersiap di Delta Guesthouse. Gua minta tumpang mandi dan bersiap di Delta Guesthouse setelah keluar check-in tengah hari tadi. Sebelum tu gua dah pulangkan balik skuter yang disewa 2 hari di kedai berhampiran. 

Untuk menuju balik ke Jalan Malioboro, gua dah takda pengangkutan. Mula-mual ingat nak berjalan kaki tetapi agak jauh dan memakan masa. Jadi gua putuskan untuk menaiki beca setelah dipujuk seorang pakcik beca yang menunggu di jalan besar. Kesian jugak. Mula-mula dia minta Rp 20,000 tetapi setelah puas nego dapat la Rp 15, 000. Katanya agak payah untuk ke sana kerana jalannya sedikit mendaki dan memerlukan lebih kudrat. Ya memang betul dan tak dapat dinafikan.

Semasa di dalam perjalanan dapat la borak-borak dengan pakcik beca. Katanya dulu dia pernah bekerja di Klang, Malaysia dalam industri kapal. Kemudian telah diberhentikan dan untuk  menampung hidup di Jogjakarta beliau terpaksa menjadi pengayuh beca. Saingan memang sengit disini kerana terdapat beratus-ratus beca di sekitar Jogjakarta. Mereka menyewa beca seperti teksi dan bukan hak milik sendiri.

Memang ramah pakcik ni sembang. Macam-macam isu dia sembang anataranya seperti hubungan Malaysia-Indonesia yang katanya media di sana sentiasa mempermainkan isu ini padahal orang Indonesia tiada masalah lansung dengan orang Malaysia. Sempat jugak gua berseloroh nak cuba mengayuh becanya dan dia duduk di tempat gua tapi katanya gua masih belum mahir tentang keadaan jalan di sini.


Menunggu keretapi ke Bandung tiba.

Ruang menunggu di Stesen Keretapi Tugu.

Keadaan dalam keretapi kelas Bisnes dari Jogjakarta ke Bandung.

Nyenyak tidur semua. Gua masih bermain perasaan.
Sampai di Stesen Keretapi Tugu, pakcik pengayuh beca mengucapkan selamat jalan kepada gua. Moga bertemu kembali katanya. Gua menunjukkan tiket keretapi yang dibeli siang tadi kepada pegawai di pintu masuk dan beliau mengarahkan gua untuk tunggu di platform. Suasan di dalam stesen keretapi bersih dan selesa. Tandas juga bersih dan tidak kotor. Terdapat kedai-kedai yang menjual makanan ringan di sekitar kawasan menunggu. 

Tepat jam 9.30 malam, keretapi menuju ke Bandung yang dijanjikan pun tiba. Disebabkan ini merupakan kali pertama gua naik keretapi jarak jauh (di Malaysia biasa naik Komuter je), maka bertanyalah gua kepada makcik-makcik di mana letaknya coach dan seat gua. Dia tunjukkan di mana harus aku tunggu di atas platform. Di atas platform ada nombor-nombor. Maka kena beraturlah di situ.

Masuk di dalam keretapi dan ambil tempat masing-masing. Jangkaanku meleset sama sekali. Ku ingatkan ada air-cond tetapi rupanya tidak. Udara malam luar sahaja sebagai penyejuk. Setiap bangku dikongsi 2 orang. Siapa sampai dulu dapat la duduk sebelah tingkap. Tapi tingkap pun tak dapat buka. Angin masuk melalui lubang udara bahagian atas sahaja. 

Ah sudah. Masak la gini. Berkenalan dengan budak sebelah gua. Katanya dia ingin melawat saudara di Bandung. Memang begini keadaan keretapi kelas Bisnes di Indonesia. Tiada penyaman udara. Kalau nak sejuk air-cond naiklah kelas Eksekutif. Seat boleh setting untuk sandar lagi. Macam kelas bisnes seat lembut tetapi macam bangku dikongsi 2 orang.

Malam tu gua tak dapat lena langsung. Lampu memang dibuka setiap masa. Keretapi akan berhenti-henti menurun dan mengambil penumpang. Pada masa itulah akan ada penjual-penjual masuk mempromosi barangan mereka. "Nasi Ayam! Nasi Ayam!. Aqua ! Aqua ! Kacang! Kacang!" dan bermacam lagi lah. Dah lena pun boleh tersedar dengar jeritan mereka. Dalam banyak-banyak tu, satu pun gua tak beli. Hangat susana dalam keretapi. Angin pun tak berapa nak rasa. Badan pun dah rasa melekit dengan peluh. Tu tak kira seluar lagi. Basah jugak. Inilah pengalaman paling syok dalam hidup gua. Kali pertama naik dah rasa camni.


2 ulasan:

  1. salam bro..
    bangunan awak pergi tu Istana lama atas air @ pulau cemeti, yg ni memang takde entrance fee... Taman sari the other side & memang ada entrance fee..
    salam kenal.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Anne,
      Oh ye ke? Haha. Terima kasih kerana bagitahu. Saya ingat kat situlah Taman Sari. Tu yang saya pelik kenapa tak ada orang jaga minta entrance fee.

      Salam kenal :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...