Sambungan Trans Java Solo Escape - Part 9 : Cihampelas & Paris Van Java
Kehidupan malam di Bandung memang agak mati. Mungkin gua tak kena tempatnya. Kedai-kedai perniagaan ditutup awal sekitar jam 7 malam. Yang tinggal hanya warung-warung kecil yang menjual bakso dan sate. Di sekitar Masjid Raya Bandung kelihatan gelandangan menumpang tidur. Kelihatan juga pengamen mencari rezeki dengan bermain alat muzik. Anak-anak kecil berkeliaran di jalan raya besar meminta sedekah di persimpangan lampu isyarat. Di suatu sudut gelap kelihatan beberapa orang gadis sunti melambai-lambai memanggil. Itulah kehidupan malam di kota dataran tinngi, Bandung.
Kehidupan malam di Bandung memang agak mati. Mungkin gua tak kena tempatnya. Kedai-kedai perniagaan ditutup awal sekitar jam 7 malam. Yang tinggal hanya warung-warung kecil yang menjual bakso dan sate. Di sekitar Masjid Raya Bandung kelihatan gelandangan menumpang tidur. Kelihatan juga pengamen mencari rezeki dengan bermain alat muzik. Anak-anak kecil berkeliaran di jalan raya besar meminta sedekah di persimpangan lampu isyarat. Di suatu sudut gelap kelihatan beberapa orang gadis sunti melambai-lambai memanggil. Itulah kehidupan malam di kota dataran tinngi, Bandung.
Lampu-lampu jalan dan spotlight gah memancar bangunan-bangunan di sekitar Jalan Asia-Afrika, Bandung. Anak-anak muda bersantai melepak di persekitaran jalan utama. Hotel-hotel mewah juga kelihatan agak penuh pelanggan yang menjamu selera. Si tukang pengayuh beca pula bersila panggung menunggu pelanggan yang tak kunjung tiba.
Masjid Raya Bandung di malam hari. |
Warung-warung kecil yang menjual makanan. |
Teh'O tanpa gula memang menjadi kelaziman. |
Roti Bakar Bandung. Inti coklat mentega. |
Warung sate di jalanan. |
Ais kacang cara Bandung. |
Gelandangan di kaki lima bangunan. |
Malam terakhir di Tanah Jawa. |
Meninjau sisi kehidupan malam di sekitar Bandung. |
Pengemis di atas jambatan. |
Capturing life from different perspective. |
Lampu jalan terang menerangi kota Bandung. |
Pandangan dari atas jambatan. |
Demi sebuah kehidupan. |
Bangunan senibina kolonial Belanda di Bandung. |
Bangunan bersejarah di Jalan Asia-Afrika. |
Jalan yang luas dan agak lengang. |
Gedung Merdeka di Bandung. |
Gedung Merdeka menjadi lokasi tumpuan malam anak muda. |
Futsal Jalan Asia-Afrika. |
Beca. |
Menunngu dengan sabar. |
Nasib baik tak biawak. |
Beca lagi. |
Malam terakhir gua di Bandung, gua hanya meronda sekitar Jalan Asia-Afrika pada malam itu. Entah suatu ketika gua sesat entah ke mana. Mujur dapat cari jalan kembali. Bangunan-bangunan senibina kolonial mendominasi persekitaran Jalan Asia-Afrika. Terdapat juga bank-bank dan Gedung Merdeka menjadi lokasi tumpuan anak muda berkumpul. Lebih kurang macam Dataran Merdeka di Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan anak muda hujung minggu. Tak nampak pulak kelab malam atau dangdut. Mungkin bahagian lain yang gua tak tahu kot. Malas nak ambik tahu kat mana.
Malam itu gua hanya menjamah roti bakar Bandung di sebuah restoran Cina. Tiada istilah orang Cina di sini kerana mereka bertutur sama seperti kebanyakan orang Indonesia yang lain kerana konsep negara bangsa Indonesia yang hanya mempunyai satu identiti sahaja. Jadi jangan hairan kalau masyarakat Cina di Bandung tidak bercakap bahasa ibunda mereka dan bersembang sesama mereka dalam bahasa Indonesia.
Tak banyak untuk diceritakan pada malam terakhir di Bandung. Hanya menyelusuri kehidupan malam rakyat bawahan di kawasan sekitar sahaja. Bagi gua itulah salah satu cara memahami dan mendalami kehidupan yang mungkin anda tidak rasai selama ini. Dari situ baru anda tahu jika anda diri andasudah cukup susah selama ini, ada kehidupan lain yang lebih susah di luar sana dan berjuang untuk survival hidup di atas muka bumi ini.
Jalan Asia-Afrika dan Jalan Braga memang saya suka sbb banyak bangunan kolonial Belanda..tapi mcm tak terjaga esp di Jalan Braga..
BalasPadamYa, betul !
BalasPadam