Iklan

15 Januari 2014

Kota Kinabalu Short Escape | Hello Kota Kinabalu !

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Bersua kembali dalam edisi Kota Kinabalu Short Escape. Kisah kembara Raya Haji lepas yang tertunggak sekian lama iaitu trip backpacking ke Kota Kinabalu, Sabah. Trip 3 hari 2 malam ini tidak dirancang pun sebenarnya. Selak-selak laman web Airasia terjumpa tiket Airasia ke Kota Kinabalu yang hanya berharga RM 66.00 sehala seminggu sebelum itu. 

Kos kerosakan pergi balik Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu tak lebih RM 140 pun untuk seorang. Tak perlu tunggu lama-lama. Seminggu lepas tu dah boleh berangkat. Tanya rakan-rakan, ada sorang yang nak ikut. Maka jadilah trip backpacking bajet secara berduet dengan seorang rakan ke Kota Kinabalu yang terletak di kepulauan Borneo ini.

Sebenarnya kami memang tak ada plan langsung atau rancangan masa nak ke Kota Kinabalu ni. Ini merupakan kunjungan kali pertama kami ke bumi Sabah, Negeri di Bawah Bayu. Cita-cita untuk ke Kota Kinabalu tu memang dah lama ada tapi kadangkala terbantut oleh kerana harga tiket kapal terbang yang mahal. Maklumlah kami ni masih lagi bergelar siswazah. Minit-minit akhir di waktu kecederaan baru buat sedikit kajian atau pun research sikit-sikit berkenaan Kota Kinabalu. Memang buat trip bajet sungguh kali ni. 

Kami berlepas jam 12.00 tengahari dari LCCT dan sampai di Kota Kinabalu lebih kurang jam 3.00 petang. Masing-masing pun kali pertama menjejakkan kaki di Kota Kinabalu. Suasana di sini tidaklah berbeza sangat pun kalau nak dikira dengan semenanjung, perbezaannya mungkin adalah dari segi bahasa. 

Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, turun sahaja dari kapal terbang kami terus sambar peta percuma yang disediakan. Untuk ke bandar Kota Kinabalu kita boleh menaiki teksi dari airport ke bandar dengan tambang sebanyak RM 30.00 bagi sebuah teksi. Teksi di lapangan terbang Kota Kinabalu ini menggunakan sistem kupon. Jadi kalau nak naik teksi beli sahaja kupon teksi yang ada dijual di sini. 

Oleh kerana bajet yang terhad, rancangan kami hanya untuk menaiki bas sahaja dari airport ke bandar Kota Kinabalu. 


Yang terbaru gua naik kapal terbang Air Asia dah ada tag untuk beg ni. Sebelum ni takda pun.


Awan Adib Dania sedang bergambar  bersama pesawat Airasia sebelum berlepas ke Kota kinabalu.

Suasana sibuk di luar pesawat sebelum berlepas dari LCCT ke Kota Kinabalu.

Langit biru. Awan berkepul-kepul.

Dah nak mendarat. Di ruang udara Kota Kinabalu.


Airport Kota Kinabalu. Depan tu tempat tunggu bas.

Papan tanda bila keluar dari airport Kota Kinabalu. Kami ambik kanan menuju Kota Kinabalau.

Tak banyak info yang kami dapat berkenaan bas ulang-alik airport ke bandar Kota Kinabalu tersebut di internet. Kena pandai-pandai sendiri tanya orang tempatan. Mengikut informasi yang gua tahu di airport Kota Kinabalu ada 2 terminal. Satu untuk penerbangan antarabangsa dan satu lagi penerbangan domestik. Penumpang Airasia akan turun di Terminal 2. 

Untuk menuju ke bandar Kota Kinabalu dengan bas mini, anda harus keluar dulu dari pintu paling hujung airport dimana akan terdapat kawasan kenderaan menurunkan penumpang. Boleh tanya pakcik guard kat situ. Gua tanya pakcik guard airport katanya memang akan ada bas mini yang melalui kawasan airport ni tapi setiap sejam sekali. Bas bernombor 16C ini akan membawa penumpang ke Terminal Wawasan bandar Kota Kinbabalu, lebih kurang 7 KM dari airport.

Kami pun tunggu bas yang dimaksudkan hampir setengah jam. Akibat kebosanan menungu kami memutuskan berjalan kaki ke jalan besar di luar airport Kota Kinabalu. Jalan di luar airport menuju ke persimpangan Tanjung Aru. Kami ambil arah kanan mengiikut arah Kota Kinabalu. Gua agak sat lagi nih mesti ada bas yang lalu. Tiba-tiba ada van hon dari belakang, macam van sapu. Katanya bas payah dapat dan dia nak ke pekan Kota Kinabalu jugak. Dia minta RM 10 seorang kalau nak naik van. Kami tolak sebab bajet yang tak berapa nak cukup. 

Kami menapak lagi hingga ke sebuah bulatan. Di situ gua tanya sorang budak macam mana nak naik bas ke pekan Kota Kinabalu. Jawabnya tunggu di depan minimarket berhampiran bulatan itu. Elok kami jalan, bas yang dimaksudkan sampai. Berkejar kami tahan bas. Tambang hanya RM 0.50 untuk ke Terminal Wawasan. Walaupun bas mini ni takda air-cond dan terpaksa sedikit berhimpit, tapi tak jadi masalah kerana sekejap je pun sebenarnya nak sampai ke pekan Kota Kinabalu ni. Jimat pun jimat.


Uncle drebar bas yang steady dalam bas yang hangat takda air-cond.

Adik kecil dalam bas ke bandar Kota Kinabalu.

Bas 16C dari Tanjung Aru ke Terminal Wawasan yang kami naiki.

Buka peta Kota Kinabalu. Sebenarnya tak besar pun Kota Kinabalu ni. Dari hujung ke hujung seharian jalan kaki pun boleh habis.

Ni bas jurusan lain. Ada banyak bas berhenti menurun dan mengambil penumpang di Terminal Wawasan ni.

Bas mini dari Tanjung Aru tadi akan berhenti di Terminal Wawasan. Banyak bas dari segenap daerah akan berhenti di sini menurun dan mengambil penumpang. Lokasi Terminal Wawasan ni sebenarnya berdekatan sahaja dengan Waterfront. Lintas jalan besar sampai la ke tempat lokasi lepak tepi laut yang bernama Waterfront ni. 

Waktu petang di Waterfront Kota Kinabalu memang menarik. Boleh tengok pemandangan waktu senja sambil lepak-lepak. Ada banyak restoran yang menyajikan pelbagai aneka minuman dan makanan. Kami tak lepak pun. Cuma ambil gambar kawasan sekitar dan terus menuju ke pasar malam bersebelahan Waterfront ni.

Boleh baca trip 180 Hours Trans Borneo Backpacking : Sepetang Kota Kinabalu 

Pasar malam Sinsuran berhampiran Pasar Kraftangan atau juga dikenali sebagai Pasar Filipino ni dibuka petang hingga larut malam. Terbahagi kepada beberapa kawasan seperti pasar basah, pasar kering dan warung makanan laut. Macam-macam jenis ikan kita boleh nampak kat sini. Kami dengan perut yang lapar mencari warung makanan. Warung pun banyak. Jenuh nak pilih. 

Gadis-gadis yang sempoi ambik angin depan Waterfront Kota Kinabalu.

Waterfront Kota KInabalu.

Malam awal di Kota Kinabalu ni.

Memang akan selalu nampak kapal terbang berlepas di Kota Kinabalu ni oleh kerana jarak airport ke bandar yang dekat.

Pasar malam Sinsuran yang menjual pelbagai jenis makanan laut.

Ikan.

Pasar basah yang menjual hasil laut.



Pasar malam Filipino yang menjual pelbagai makanan.


Sesi fotografi depan Waterfront Kota Kinabalu.



Ikan pari.

Pasar malam Filipino di tepi laut.

Warung-warung kecil yang menjual makanan.

Air kosong mesti ada tiap meja.

Berhadapan pasar malam ada Hotel Le Meridian.

Kedai sebelah. Ada import Barcelona.

Pekena Bakso.

Bakso daging.


Kepak ayam madu.

Sotong Bakar.

Udang segar.

Orang panggil udang lipan ni kalau tak salah.

Mangga yang dijual di Pasar Filipina Kota Kinabalu. Setumpuk bermaksud selonggok.

Nak makan makanan laut kena datang Pasar Filipina ni. Udang bakar nampak segar.

Aneka makanan laut.

Syurga makanan laut di Kota Kinabalu. Ikan bakar. Harga mengikut jenis dan saiz.

Macam-macam pilihan ada.

Gua tanya lobster tu sekor RM 80.

Lepak kedai yang sama jugak waktu malam pun.

Cendol pun ada. Beli goreng pisang lepak makan kat warung.

Orang asing pun pekena ikan bakaq.


Selesai makan kami terus melilau mencari tempat penginapan kami untuk 3 hari di Kota Kinabalau ni. Macam biasa, tak ada nak tempah hotel ke apa. Cuma walk-in sahaja ke guesthouse dan tanya harga bilik. Di seberang jalan besar berhadapan Pasar Malam Sinsuran akan ada banyak rumah kedai di mana terdapatnya banyak guesthouse bajet yang boleh dipilih. 

Kami memilih A&J Guesthouse untuk menginap. Harga bilik beserta katil kembar, berhawa dingin dan bilik air kongsi (di luar) adalah sebanyak RM 48 untuk semalam. Siap ada TV lagi. Kami terus ambil untuk 2 malam di sini.

Selesai mandi dan bersolat, kami keluar berjalan lagi ke Pasar Malam Filipino & Sinsuran di malam hari. Tak puas lagi meronda Pasar Malam Filipino petang tadi. Kali ni makan ringan-ringan sahaja. Pekena cendol dan ABC Kota Kinabalu. Tak tahu pulak ABC di Kota Kinabalu ni letak makaroni. Sungguh Italy ! Bedal sahajalah. 

Sesudah makan kami menuju Jalan Gaya atau juga dikenali sebagai Gaya Street yang terkenal di kalangan para backpaker yang berkunjung ke Kota KinabaluBanyak guesthouse dan hotel bajet boleh didapati di sini dengan harga yang berpatutan dan akan ada pasar pagi mingguan pada setiap hari Ahad. 

Puas meronda berjalan kaki sampai ke hujung, kami patah balik melalui Jesselton Point. Rancangan untuk hari esok adalah menaiki bot ke Pulau Manukan. Tiket telah ditempah di A&J Guesthouse waktu Maghrib tadi. Katanya akan ada orang yang datang ambil dari guesthouse pukul 9 pagi dengan kereta. Kami tiba di guesthouse pun dah lewat malam. Boleh lepak tengok TV dulu sebelum masing-masing pakat tertidur.




Travelogue Kota Kinabalu Short Escape :

12 ulasan:

  1. rasa macam nak terbang ke sana skrang jugakk nak makan sotong bakar tu!
    pic yang meggiurkan...

    BalasPadam
  2. 27 feb nie sye fly kk,, stay kt htel budget ni jgak.. bus dri airport tu no brpe ea? rsau gak lone ranger nie,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam AzizaHasan.
      Bas dari Airport KK ke Bandar KK nombor 16C. Sejam sekali je dia lalu Airport. Nak cepat jalan kaki menghala ke Tanjung Aru. Ada banyak bas ke Bandar KK.

      Padam
    2. Tak. Macam bas-bas biasa sampai malam macam tu je kot.

      Padam
  3. Nice review! Plan to go to KK jugak next month. Thanks for the review. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Miyuqiu !
      Selamat berkunjung ke Sabah !

      Padam
  4. Balasan
    1. Tak pasti harga kereta sewa di Kota Kinabalu. Boleh berkunjung ke GogoSabah di Wisma Sabah untuk maklumat lanjut berkenaan kereta sewa.

      Padam
  5. Nak tanya, pakai back pack apa? brp kilo boleh masuk cabin luggage. First time nak bajet traveling naik flight. tk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum.

      Pakai backpack apa pun tak apa. Saya guna bag Vietnam ja. Kalau Airasia boleh bawa masuk bag 7 KG dalam kabin.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...