Iklan

24 Januari 2014

Bajet Keseluruhan Kota Kinabalu Short Escape






Bajet Kota Kinabalu Short Escape


Sembang pun dah sembang, sekarang tiba masanya gua kongsikan jumlah perbelanjaan atau bajet sepanjang perjalanan pengembaraan 'backpacking bajet' kami ke ibukota negeri di bawah bayu iaitu Kota Kinabalu.

*Kos perbelanjaan selama berada 3 hari 2 malam di Kota Kinabalu termasuk tiket penerbangan pergi balik. Tidak termasuk makan dan minum.


Hari Pertama | Kuala Lumpur - Kota Kinabalu

  • Tiket penerbangan Airasia (pergi/balik) Kuala Lumpur - Kota Kinabalu : RM 122.00
  • KTM Komuter Segambut - KL Sentral : RM 1.00
  • Bas KL Sentral - LCCT : RM 8.00
  • Bas Mini 16C Tanjung Aru - Wisma Wawasan (Kota Kinabalu) : RM 0.50
  • A&J Budget Hotel (2 malam) : RM 48.00 / seorang
Total : RM 179.50


Hari Kedua | Pulau Manukan

  • Tiket bot ke Pulau Manukan : RM 23.00
  • Cukai jeti Jesselton Point : RM 7.00
  • Sewa jaket keselamatan : RM 10.00
  • Sewa alatan snorkeling : RM 10.00
Total : RM 50.00



Hari Ketiga | Kota Kinabalu - Kuala Lumpur

  • Cenderamata Pasar Kraftangan : RM 5.00
  • Teksi Terminal Wawasan - Airport Kota Kinabalu : RM 10.00 / seorang
  • Bas LCCT - KL Sentral : RM 8
Total : RM 18.00



Kos Keseluruhan : RM 252.50


Nampak? 

Dengan bajet kurang RM 300 dah siap tiket kapal terbang hangpa boleh pi jalan Kota Kinabalu 3 hari 2 malam. Siapa kata dengan bajet rendah anda tak mampu keluar mengembara ke tempat orang? 

Kami dah buktikan. Anda sendiri yang merancang perjalanan anda !

Sekian.

Kota Kinabalu Short Escape tamat !


Travelogue Kota Kinabalu Short Escape



Nah abang kongsikan sekali catatan-catatan untuk trip 180 Hours Trans-Borneo Backpacking bermula dari Brunei hingga ke Kota Kinabalu yang abang buat selepas trip Kota Kinabalu Short Escape.

Ni pun modal tak banyak. Bawah RM500 pun dah cukup !

13 ulasan:

  1. Wow, what a view! You've got a great blog here, keep up the good work! And thanks for stopping by.

    BalasPadam
  2. lusa nak ke sana, hope tips anda membantu kami,, :) nice review, detail, sesuai untuk saya dan kawan yg baru je nak try backpackers,, ni pun maen redah je,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure. Terima kasih sudi jengok blog Budak Letrik. Moga selamat pergi dan selamat pulang ! We travel, we discover, we share !

      Padam
  3. Tq 4 de sharing..bulan depan nak ke sana..hope dapat bus 16c untuk ke terminal wawasan,first time nie n sorang diri...
    well done!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure !

      Senang je nak jumpa bas 16C dekat Airport Kota Kinabalu tu.

      Selamat berjimba dan hati hati ye.

      Padam
  4. assalam..seronok bc blog adik.teringin nk solo travel.tp blum "konpiden".. dah bc byk entry..indochina paling best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam adik !

      Harus cuba travel solo. Adik pun takut jugak dulu. Tapi bila dah cuba jadi ketagih pulak nak travel solo. Haha.

      Terima kasih sudi baca trip Indochina adik !

      Padam
  5. Balasan
    1. Ada promosi tiket Airasia sebelum tu. Lagi murah dari tambang bas !

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...