Iklan

31 Mei 2018

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 8: Mataram (Lombok)

Sambungan dari Trip Segera Nusa Tenggara | Part 7: Lintasan Labuan Bajo-Sape-Bima-Mataram(Lombok)

Abang tak sedar apa dah dalam bas lepas berhenti makan tengah malam tadi. Lena jugaklah walaupun dok komplen bau bas ni busuk la panas la bagai. Letih sangat barangkali menempuh perjalanan dari Labuan Bajo nak menuju ke Pulau Lombok ni.

Sedar-sedar bas dah sampai di Pelabuhan Poto Tano di Pulau Sumbawa ni lebih kurang pukul 5.00 pagi. Ingat, selama berjam-jam kita atas bas dari Maghrib semalam sampai la ke saat nak naik feri di Pelabuhan Poto Tano ni kita sebenarnya masih lagi berada di Pulau Sumbawa.





Sedar dari lena tu pun sebab penumpang kena turun dari bas semasa bas dah masuk ke dalam feri. Tak boleh lepak duduk dalam bas sebab perjalanan melintasi Sumbawa ke Lombok ini lama dan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Bas ni pun dia akan matikan enjin dan kerah semua penumpang naik ke bahagian penumpang di atas.

Di bahagian penumpang ada la ruang berkerusi untuk hangpa lepak tengok movie yang dipasang. Surau pun ada kalau nak solat Subuh. Tapi tak berapa besaq la. 

Sambil-sambil tunggu kenderaan berat lain penuhkan feri, ada peniaga yang menjual sarapan pagi. Macam macam la depa jual. Nasi panas-panas abang dok dengaq depa jerit. Nasi panas ni lauk apa pun abang tak tahu. Macam nasi lemak ka macam mana. Hangpa tau saja la kalau depa meniaga, bukan sorang dua. Jenuh nak tepis kekadang tu.

Untuk makluman, jadual keberangkatan feri dari Pelabuhan Poto Tano (Sumbawa) ke Pelabuhan Kayangan (Lombok) adalah setiap satu jam sekali selama 24 jam. Maksudnya setiap jam sekali ada feri yang berlepas tak kira pagi ka malam. Tiap-tiap masa 24 jam. Sama jugak dari sebelah sana pun, dari Pelabuhan Kayangan (Lombok) ke Pelabuhan Poto Tano.

Sedap pulak bunyi Poto Tano ni macam bunyi Mister Potato dah. Tiap kali tengok Mister Potato mesti teringat Pelabuhan Poto Tano ni.

Dekat pukul 7.00 pagi baru feri sampai di Pelabuhan Kayangan Lombok. Lawa betul pemandangan lepas Subuh waktu atas feri ni masa matahari nak naik. Romantik habis.




Setiap sejam sekali ada feri berlepas dari Pelabuhan Poto Tano Pulau Sumbawa ke Pelabuhan Kayangan Pulau Lombok.

Berlepas dari Pelabuhan Poto Tano menjelang fajar. Bas & kenderaan berat lain di bawah. Penumpang kena duduk di bahagian atas feri.

Lebi kurang 2 jam perjalanan dari Pulau Sumbawa ke Pulau Lombok dengan menggunakan feri ni.

Lawa sungguh pemandangan tengok matahari terbit dari atas feri Sumbawa-Lombok ni.

Di atas feri ni jugak ada surau dan ruang penumpang untuk berehat. Tapi saja la abang lepak kat luaq tengok pemandangan.

Mana mai pulak bott dok ikut sebelah ni.

Tu bas Titian Mas yang abang naik dari Bima semalam. Naik feri ni dah tak payah bayar dah tambang feri, dah memang termasuk sekali dengan harga tiket bas yang abang beli di Labuan Bajo semalam.

Akhirnya lebih kurang jam 7.00 pagi feri sampai di Pelabuhan Kayangan, Pulau Lombok. Nampak? Tu la Pulau Lombok.

Siap-siap masuk balik duduk dalam bas Titian Mas. Feri sampai di Pelabuhan Kayangan, bas terus bergerak menuju ke Mataram, ibukota Pulau Lombok.


Dari Terminal Kayangan, bas melanjutkan perjalanan menuju ke Mataram. Jangan ingat sampai di Pelabuhan Kayangan dah boleh turun walaupun dah dok ada di Pulau Lombok. Ada 2 jam lagi perjalanan yang harus ditempuh ke ibukota Lombok iaitu Mataram. Tu dia!

Kalau kira-kira ni naik bas Maghrib semalam pukul 7.00 malam dari Bima, turun di Pelabuhan Kayangan ni pun pukul 7.00 pagi jugak. Dekat 12 jam dah perjalanan dengan bas ni. Kena tambah pulak lagi 2 jam baru sampai Mataram. Jadi campur semua dekat 14 jam dari Bima ke Mataram.

Eh lupa. Kira dari Labuan Bajo la semalam naik feri  pukul 9.00 pagi. Sampai Mataram Lombok lebih kurang pukul 9.00 pagi jugak. Tu dia cukup 24 jam merentasi perjalanan darat & laut dari Labuan Bajo ke Lombok!

Abang dah jangka dah perjalanan darat di Indonesia macam ni lah. Tu yang siapa nak ikut abang tak berapa nak sarankan sangat. Sat lagi masam mencuka muka sorang-sorang tak mandi 24 jam, berpeluh kepam masam-masam manis. Tu yang abang jenis suka pi sorang atau bawak orang yang abang betul-betul faham dia macam mana. Contoh dia adik perempuan abang ni lah. Haha.





Bas akan menurunkan penumpang di Terminal Mandalika di Mataram, Lombok. Terminal Mandalika ni sebuah stesen bas di ibukota Mataram ni. Bas akan turunkan penumpang yang mana nak turun di Mataram, kemudian bas Titian Mas ni sambung jalan semula ke destinasi berikutnya.

Hangpa tau sajalah di Indonesia ni mana-mana tempat pun pasti kena serbu. Nak naik feri kena serbu, naik kena serbu, turun bas pun kena serbu. Lemas & serabut nak mengelak. Jangan mulakan eye contact, sat lagi sampai ke sudah depa dok ikut hangpa.

Dari Terminal Mandalika, abang dan adik abang sebenarnya tak putuskan lagi pun nak menginap di mana sebenarnya di Lombok ni. Tapi abang rancang nak duduk di kawasan ibukota Mataram ni. Ada la Google sikit-sikit sebelum tu penginapan mana yang kena dengan bajet & ok kat Mataram ni. 

Kalau tak memang dah booking guna Traveloka dah awal-awal. Tapi plan nak bergerak ikut jalan darat ni kita tak boleh decide bila & hari apa yang nak sampai. Jadi walk-in la jawabnya mana-mana hotel. Abang buat keputusan untuk terjah tengok hotel yang bernama 'Idoop Hotel' di Mataram ni.

Di Terminal Mandalika tadi, ada banyak la ojek, pemandu teksi yang menawarkan khidmat penghantaran ke hotel. Abang dan adik abang turun bas bersama geng mat-mat salleh. Abang tepis sorang-sorang yang dok kerumun tu. Saja la buat-buat nak jalan kaki ke jalan besar.

Kalau dekat boleh je berjalan kaki. Tapi bila abang tengok peta Google Maps balik dari Terminal mandalika ke Idoop Hotel ni ada jauh jugak la nak menapak.

Ada sorang pakcik teksi ni masih tak berputus asa dok ikut abang. Di samping tu ada juga ojek-ojek yang dok ikut jugak. Haduh rimas betul la.

Kalau nak murah boleh je ambik ojek (motorsikal) untuk ke hotel. Tapi kalau seorang boleh la. Ni abang dengan adik abang. Takkan nak naik 2 biji ojek kot.

Akhir sekali abang ambik keputusan guna teksi warna biru tu. Abang tak ingat berapa harga awal yang dia letak, tapi lepas nego punya nego dapat la kurang jadi Rp 40k. Kalau kongsi sorang setengah baru Rp 20k (tak sampai RM6.00 duit kita)

Teksi Mandalika - Idoop Hotel : IDR 40k


Sampai di Hotel Idoop ni, kami terjah la tengok semalam berapa duit. Dah tengok kat Google Maps punya review semua bagi rating yang baik jugak. Tanya punya tanya bilik dengan katil twin berharga IDR 400k (~RM115) semalam. 

Boleh la kalau kongsi dua orang seorang baru jatuh tak sampai RM60. Berkira sungguh. Haha. Mujur la adik manis receptionist pun lawa-lawa. Kalau tak nak cari hotel lain. Haha

Idoop Hotel : 400k/malam


Abang sampai di Idoop Hotel ni lebih kurang pukul 10.00 pagi. Kot-kot la boleh masuk terus. Dengan bau masam semasam-masamnya dah ni 24 jam dari Labuan Bajo semalam. Tu tak kira dengan perut yang laparnya lagi.

Sayangnya tak boleh check-in awal. Pukul 12.00 sat lagi paling awal pun boleh masuk. Kecewa.

Lalu kami membawa diri yang masa ini cari makan dulu. Lapaq dia tak terkata bak hang!

Dari Labuan Bajo semalam mana makan apa lagi. Beli pisang semalam ja kat atas feri Labuan Bajo tu pun tak habis makan pisang tertinggal kat atas bas pagi tadi. Aduh.

Bas berhenti tengah malam tadi masa ada makan percuma pun tak makan. Tak lalu pulak waktu tu. Haha.

Mujur dekat-dekat Idoop Hotel ni ada pusat membeli-belah bernama Mataram Mall. Boleh jugaklah meronda pekena air-cond & cari makan sementara nak tunggu check-in Idoop Hotel ni.


Selamat tiba di Mataram, ibukota Pulau Lombok.

Ronda-ronda Mataram dulu sementara tunggu waktu check-in pukul 12.00 tengahari.


Singgahan pertama kami adalah di kedai Roti'O. Kalau kita kat Malaysia dipanggil Roti Boy, entah kenapa kat sini dipanggil Roti'O. Tak jauh dari Hotel Idoop tempat kami menginap.

Asal jumpa benda yang boleh dimakan kira nak berhenti je. Roti dia sama je macam roti yang berperisa kopi yang ada kat Malaysia tu, bukannya roti kosong.

Abang lapaq punya pasal tak tentu hala dah ni order la roti kopi tu satu dengan caffe latte panas. Jumlah kerosakan kat kedai Roti'O ni berjumlah Rp38k (~RM11.00).

Lepak santai mantai sambil dok cerita trip dari Labuan Bajo ke Mataram semalam. Tak sangka dah sampai dah Mataram.

Bertentangan dengan kedai Roti'O ni ada Mataram Mall. Pusat beli belah kat sini takdalah besar mana. Comel-comel je.

Abang dan adik abang masuk tinjau dalam tu tengok apa yang boleh diterokai. Nampak ada supermarket. Masuk supermarket dulu.

Nampak ayaq Mizone, apa lagi tangkap dulu sebotol. Tak sah duduk kat Indonesia ni tak minum ayaq Mizone. Ayaq Mizone ni macam minuman isotonik jugak, tapi dia ada banyak perisa yang best best.

Keluar dari supermarket ternampak pulak Mc'Donald. Jangan bagi nampak je, kalau dah nampak siaplah.

Berhenti pulak McD lepas tu. Tak puas hati lagi lepas pekena roti kat kedai Roti'O tadi. Kali ni bantai McD pulak.

Bila lagi nak rasa McD kat tempat asing, betul tak?

Tak sama macam McD kat Malaysia, kat Indonesia ni ada menu-menu lain yang kita teringin nak cuba. Abang cuba set burger Italia. Sedap jugak. 

Hari tu kat Bali dah makan dah McD ni, tapi set lain. kali ni set lain pulak.

Jumlah kerosakan pekena McD ni jugak sama harga dengan Roti'O tadi. Lebih kurang Rp 38k. Baik pekena McD tadi kalau dah tahu siap-siap ada McD dalam Mataram Mall ni.


Hentian pertama. Tengok ada Roti'O ni. Berhenti pekena roti & kopi dulu. Habis dah Rp 38k kat sini.


Bertentangan dengan kedai roti ni ada Mataram Mall. Sat lagi kita tinjau pulak belah sana.

Tiket bas Titian Mas semalam ada dalam poket lagi.

Rupa pusat membeli belah Mataram Mall di Lombok ni.

Buah oren kat sini dia panggil Jeruk. Kalau kita jeruk benda lain.

Air Mizone sentiasa dicari-cari bila mana di Indonesia. Puas haih dapat pekena sebotol.

Hari Guru pun Mc'Donald buat diskaun kat Lombok ni. Berhenti pekena McD pulak kat Mataram Mall. Lapar sungguh ni.

Pulau Lombok juga dikenali dengan nama 'Pulau Seribu Masjid' oleh kerana boleh dilihat masjid ada di mana-mana pelusuk di pulau ini. 

Berbanding dengan jirannya iaitu Pulau Bali yang mempunyai majoriti masyarakat beragama hindu, Pulau Lombok pula majoritinya adalah masyarakat yang beragama islam.

Walaupun begitu, kuil atau pura dapat dilihat di sini. Dan untuk mencari makanan halal adalah sangat mudah.

Makanan halal boleh didapati di mana-mana. Kalau kita pi Bali agak susah sikit dan perlu lebih berhati-hati.

Abang balik semula berjalan kaki dari Mataram Mall ke Idoop Hotel selesai makan McD tadi.

Alhamdulillah la bilik dah boleh check-in pukul 12.00 tengahari. Kalau tak terus dok menganga la tunggu kat lobi.


Pakcik-pakcik baru balik dari pura (kuil). Walaupun Lombok ni majoriti muslim, ada jugak penganut agama lain seperti agama Hindu.

Inilah dia Idoop Hotel di Mataram, Lombok.

Nampak mewah jugak dari luar.

Idoop Hotel by Prasanthi. Prasanthi ni rupanya ada banyak-banyak hotel lain di sekitar Indonesia.

Adik-adik manis receptionist Idoop Hotel yang agak segak.


Sebelum bermulanya Trip Segera Trans Nusa Tenggara ni, abang ada pikirkan cara untuk bergerak dengan lebih mudah di dalam Pulau Lombok ni.

Kalau di Bali kita boleh sewa motor, kenapa pula tidak di Pulau Lombok?

Abang cuba buat sedikit carian di Google berkaitan sewaan motorsikal atau skuter di Pulau Lombok. Memang ada perkhidmatan sewaan motor ni.

Kalau di Mataram, ada beberapa buah syarikat atau kedai yang menyediakan perkhidmatan ni. Kalau hangpa nak tau lebih lanjut boleh je bukak Google Maps, cari Pulau Lombok dan taip 'sewa motor' atau 'motorcycle rent'. Nanti keluar la beberapa nama kedai yang menyediakan perkhidmatan sewaan motor di sekitar ibukota Mataram ni.

Sebelum tu hangpa baca la review tengok dulu ok tak syarikat yang hangpa nak sewa ni. Boleh baca tengok review yang orang lain tulis kat Google Maps tu. Baca la bagus ke tidak, dekat tak dengan hotel yang hangpa duduk tu.

Kalau ok cari la nombor telefon dia. Selalunya kat Google Maps tu akan ada nombor telefon kedai sewa motor tersebut dan ada website sekali kadang-kadang. Kena bukak usya tengok dulu. Kat situ hangpa boleh tahu la langkah-langkah atau prosedur nak sewa motor tu macam mana.

Antara syarikat yang abang boleh bagi recommendation untuk sewa motor di Lombok ni adalah Frent Motor.



Frent Motor ni kira tak jauh la dari Hotel Idoop tempat abang duduk ni. Yang syoknya kalau hangpa nak sewa motor, boleh je call dia atau Whatsapps ja bagitahu bila hangpa nak sewa. Nanti dia akan hantar motor sewa tersebut ke hotel hangpa duduk tu!

Sebelum sampai ke Mataram ni abang dah mesej dah sebelum tu tanya pasal motor sewa di Lombok ni. Tapi abang bagitahu kat dia abang tak confirm lagi nak duduk hotel mana.

Dia kata ok, nanti kalau dah sampai Mataram bagitahu saja dia. Nanti dia akan hantar motor sewa tersebut di hotel tempat abang menginap.

Memang cantiklah kalau begitu. Takkan nak menapak jalan kaki cari kedai motor dia kot. Senanglah kalau boleh hantar kat hotel.

Abang janji dengan dia pukul 2.00 petang di Idoop Hotel. Dia kata ok. Tapi dia mai lewat setengah jam jugak. Dekat 2.30 petang baru sampai.

Harga sewa skuter Honda Beat adalah Rp70k (~RM 20) untuk sehari. Abang ambik dua hari. Dia cuma minta apa-apa pengenalan diri tinggal dekat dia. Abang bagi fotostat passport ja, dia pun terima. Mudah berurusan.

Dia tanya nak satu helmet ka dua helmet. Abang kata nak dua helmet la dah ada dik abang sekali. Dia bagi dokumen motor untuk abang simpan bawah motor. Dia kata kalau polis tahan ke apa tunjuk ja dokumen yang dia bagi ni.

Sebelum brader ni beredar, dia bergambar dulu dengan kami buat testimoni masuk dalam Google Maps. Haha.



Whatsapps Frentz Motor untuk sewa motor di Lombok ni. Sekejap je brader yang uruskan ni dah sampai Hotel Idoop tempat kami menginap ni.

Dah dapat skuter sewa tunggu apa lagi! Ayuh la meronda-ronda!

Beratur bersama rakyat marhaen isi bensin dulu di stesen Pertamina (Perusahaan Pertambangan Minyak dan Gas Bumi Negara)

Isi minyak motor penuh tangki kena Rp 18k.

Lombok yang juga dikenali dengan nama 'Pulau Seribu Masjid'. Jadi boleh nampak la mana-mana pun ada je surau atau masjid. Oleh itu, majoriti penduduk Lombok beragama Islam.

Warung Sate Rembiga. Ni abang jumpa masa dok lalu di jalan besar lah. Teringin jugak pada mulanya tu.

Dah ada motor, apa lagi tunggu! Keluaq merondalah! Sayang sewa skuter tak guna. Duduk hotel mahal pun sayang kalau tak duduk. Hehe.

Baru je sampai pagi tadi tak dan nak rehat apa dah, siap mandi dan solat semua pukul 3.00 petang kami dah keluar meronda.

Kena keluaq cepat-cepat la meronda. Dah la sini cepat gelap. Sat lagi pukul 6.00 dah nak dekat Maghrib dah. Ada 2-3 jam ja lagi sebelum senja ni.

Ingat nak pi meronda ke Pantai Senggigi petang-petang ni. Nak tengok lagu mana Pantai Senggigi yang selalu diceritakan tu. Selalu dok dengar nama ja orang cerita.

Tak tahu jalan pun, guna Google Maps lah nak pi mana pun. Adik abang jadi co-pilot kiri kanan kiri kanan. Abang tugas bawak motor ja.

Sebelum tu kena isi bensin dulu. Bensin tu minyak la dalam bahasa kita. Satu tangki penuh abang isi hari tu dekat Rp18k (~RM5.00). Tangki skuter kecik.

Nanti abang sambung balik cerita naik motor meronda Pulau Lombok ni. Lenguh nak mengarang ayat ni. Hehe.





Bacaan lain: Catatan Trip Segera Trans Nusa Tenggara














3 ulasan:

  1. Betul tu bro, payah nak cari member yang sekepala dengan kita bila nak buat trip ni, macam duduk atas bas seharian katanya tak selesa lah, panas lah,tapi bagi aku, pengalaman macam tu lah yang akan jadi kenangan yang paling kau ingati bila kau teringat kan trip tu, bila masa lagi lah kan nak merasai ketidakselesaan dalam hidup kita haha

    BalasPadam
  2. Kalau nak sewa motor perlu lesen tak?

    BalasPadam
  3. Thank you tulis story ni, baru tau macam mana nak bersedia mental fizikal bila buat trip ni nanti :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...