Sambungan dari Trip Segera Nusa Tenggara | Part 8: Mataram (Lombok)
Dah selesai urusan sewa motor sebelum ni di Idoop Hotel, tanpa membuang masa kami mula meronda menjelajah Pulau Lombok ni. Tak dan nak berehat apa haih. Masa yang terbatas digunakan sepenuhnya.
Rugi la sewa skuter IDR 70k (RM20) sehari kalau tak digunakan sepenuhnya. Tapi sayang jugak kalau sewa hotel mahal-mahal kalau tak duduk. Sebab tu abang lebih suka cari hotel-hotel bajet ja kalau nak menginap. Tak rasa rugi sangat. Nak mandi & tiduq sat ja pun.
Sebelum mula meronda, kita kena isi bensin dulu. Kita panggil minyak. Orang Indonesia panggil bensin. Bukan besen ye.
Berhampiran dengan hotel abang duduk dekat-dekat Mataram Mall ni ada stesen minyak Pertamina. Jadi orang tempatan sekejap beratur naik skuter isi minyak. Panjang jugaklah nak beraturnya kat sini.
Abang isi minyak motor skuter penuh tangki IDR 18k (RM5.00). Masa ambik skuter tadi minyak dah kering. Elok la topup siap-siap. Nak jalan jauh ni.
Isi minyak motorsikal di kebanyakan tempat di Indonesia ni mudah, tak payah turun motor pun ada pekerja yang akan melayan. Tapi kena turun motor jugak sebab nak isi minyak bawah seat. Hiks. |
Berbanding pulau jirannya Bali yang majoritinya beragama Hindu, penduduk Pulau Lombok majoritinya beragama Islam. |
Abang perhati je. Ada kepala ke tak ni sebenarnya? Kalau jumpa tengah-tengah malam ni mau terkencing ni. |
Warung sate Rembiga yang baru nak bukak. Nampak macam syok. Sayang tak bukak lagi. |
Ok. Ke mana kita petang ni di Pulau Lombok?
Destinasi pertama di Pulau Lombok dah tentulah Pantai Senggigi!
Abang selalu dok dengar je orang dok cerita Pantai Senggigi ni. Kalau di Lombok ni pelancong yang datang selalunya akan menginap di belah-belah Pantai Senggigi ni la. Jarang depa duduk di Mataram macam kami ni. Kami je insan terpilih duduk di Mataram. Hehe.
Antara lokasi tumpuan di Lombok dah tentulah dengan 'Gili' nya. Gili ni maksud dia pulau kecil. Kalau siapa yang nak mai Lombok ni mesti depa dah rancang dah nak pi mana dan menginap di mana. Antara yang popular adalah Gili Air, Gili Meno & Gili Trawangan.
Untuk ke Gili ni kita perlu menaiki bot dari pelabuhan yang terdapat di Pulau Lombok. Contohnya kalau nak ke Gili Trawangan, Gili Air & Gili Meno boleh naik bot di Pelabuhan Bangsal. Akan ada bot yang membawa pelancong & penduduk tempatan ke gili-gili tersebut.
Jarak tempuh perjalanan ke Pantai Senggigi dari Mataram adalah lebih kurang 20-30 minit. Abang rasa van atau bas pun ada dari Mataram untuk ke Pantai Senggigi. Untuk kepastian boleh tanya orang tempatan.
Apa yang boleh dilihat di dalam perjalanan di Pulau Lombok ni adalah banyak kereta kuda kelihatan. Kuda bukan jenis kuda yang besaq tu, tapi kuda padi ni ja. Orang tempatan di Lombok ni selesa betul guna kereta kuda dalam kehidupan seharian mereka. Tak sempat abang nak ambik gambaq sebab tengah bawak motor.
Sebelum ke Pantai Senggigi, adik abang jumpa kawan dia di Lombok ni. Kawan dia ni sama-sama belajar di Universiti Indonesia dulu di Jakarta. Baru berkahwin & ikut laki tinggal di Lombok.
Yang syoknya duduk di Lombok tapi tak pernah lagi sampai di Pantai Senggigi. Hehe. Mungkin baru lagi duduk di Lombok ni. Tak habis pusing lagi.
Alah sama lah macam kita jugak. Abang orang KL pun tak pernah lagi sampai & naik Menara KL tu. Dok tengok dari jauh je selalu. Hangpa pun abang yakin macam tu.
Kawan adik abang ni nama sedap, Mutaharah. Tapi senang dipanggil dengan nama 'Mumut'. Mula-mula tu abang nak tergelak jugak. Awat la dok panggil nama 'Mumut' ni. Terkemut-kemut mulut abang nak menyebutnya. Haha.
Mumut ni join sekali abang ride dari Mataram ke Pantai Senggigi. Dia bawak motor dia sendiri. Dia tak pernah pi lagi Pantai Senggigi. Laki dia pulak kerja jauh outstation. Jadi dia dok sorang-sorang la kat rumah. Dah alang-alang kami nak ride ke Pantai Senggigi dia pun join sekaki.
Abang yang menjadi penunjuk jalannya. Senang je bukak Google Maps cari jalan.
Rumah makan 'Bebek Goreng Pondok Galih'. Siap ada special lagi 'Bebek Hitam Sambal Korek'. Rajin pulak abang taip satu-satu. Haha |
Pondok-pondok buluh yang terdapat di rumah makan Bebek Goreng Pondok Galih. |
Surau yang selesa dan bersih disediakan untuk pengunjung di rumah makan Bebek Goreng Pondok Galih. |
Amacam dekorasi pondok dan lanskap dia? |
Jangan risau walaupun duduk jauh-jauh hujung dunia punya pondok pelayan dia akan mai. |
Testing gambaq kamera telefon Xiaomi Mi A1. |
Suasana nyaman & nyam nyam di Bebek Goreng Pondok Galih. Terlebih promosi pulak abang rasa rumah makan ni. |
Sebelum ke Pantai Senggigi, si Mumut ni bawak kami pi makan dulu. Tempat istimewa katanya.
Nak dijadikan cerita, dia nak bawak kami pi makan ni tapi dia sendiri yang sesat. Ah sudah. Last-last abang jugak la menjadi penyelamat keadaan.
Si Mumut ni nak cari kedai makan nama 'Bebek Goreng Pondok Galih'. Kata dia kedai makan ni sedap. Dia biasa makan dah banyak kali.
Sebut betul-betul. Bebek. Bebek ni bahasa Indonesia bagi itik. Pondok ni pondok la. Galih ni abang tanya Mumut apa dia, dia kata nama tempat. Jadilah ia 'Bebek Goreng Pondok Galih'.
Rupanya ekskusif jugak rumah makan 'Bebek Goreng Pondok Galih' ni ya di Lombok. Abang tak pasti di tempat-tempat lain di Indonesia ada tak cawangan dia. Tapi di Lombok abang jumpa dua cawangan dia.
Memang betul la nama pondok sebab kita berkelah makan dalam pondok buluh. Syok jugak makan dalam pondok ni. Ada banyak pondok dan rumah makan ni memang luas siap dengan lanskap lagi.
Di rumah makan 'Bebek Goreng Pondok Galih' ni bukan menyajikan hidangan itik semata-mata. Lauk lain pun ada seperti ayam. Dia jual dalam bentuk set. Abang ambik set ayam pedas. Ayaq pulak ada ayaq buah macam-macam jenis. Tak biasa makan bebek di Malaysia. Tu yang ambik ayam. Hehe.
Abang boleh rekomen la kat hangpa yang nak pi makan di Lombok ni boleh makan di rumah makan ni. Bersih pun bersih. Harga tak mahal mana. Untuk seorang makan set nasi & ayaq baru IDR 30k (RM9).
Dah selesai makan petang, kami bergerak terus ke Pantai Senggigi.
Jalan ke Pantai Senggigi ni dia redup & berbukit bukau sikit dengan kona seakan Batu Ferringhi kalau hangpa biasa lalu. Di kiri kanan jalan terdapat hotel, villa dan resort. Pemandangan menghadap laut di kiri jalan. Memang agak syok la kalau duduk di kawasan Senggigi ni.
Abang masuk simpang kiri ke satu lorong terus ke Pantai Senggigi. Ada satu kawasan parking khas di Pantai Senggigi ni disediakan untuk motorsikal. Mana-mana tempat pun kena bayaq. Tak ingat abang berapa kena bayaq tapi dalam IDR3-4k (RM1.00) macam tu lah. Ada orang yang jaga parking.
Di sekitar kawasan pantai ada kedai-kedai yang menjual souvenir Lombok. Abang buat tak layan ja pada mulanya tu. Tapi masa nak balik terjebak jugak singgah. Bukan singgah saja, tapi siap beli lagi.
Abang abang nasi set lauk ayam masak pedas ni. Abang tak biasa makan bebek. Sebut betul-betul. Bebek. |
Macam ayam penyet? Entah. Abang tak biasa makan ayam penyet. Tapi sedap jugak ayam dia ni. |
Apa yang boleh dibuat di Pantai Senggigi ni?
Hangpa boleh la jalan di pesisiran pantai sambil feeling-feeling bulan madu. Kalau yang bujang tu elok main pasir ke apa ka je kot kat pantai tu. Sedarlah hidup kau sendirian. Haha.
Abang rasa ayaq laut dia keruh sikit petang tu mungkin sebab lepas hujan dengan matahari pun nampak suram ja. Tiada tanda-tanda matahari nak muncul balik. Tapi redup-redup macam ni dapat lepak tepi pantai pekena angin laut memang sempoi mempoi woo. Lentok dibuatnya.
Pantai Senggigi ni abang nampak kotoq sikit. Mungkin waktu abang datang tu tak kena masa. Nak minum ayaq nyoq pun ada dijual. Ada makcik-makcik yang akan himpit tanya nak minum tak air kelapa. Dia akan bawakkan. Ni bukan dari hotel punya, tapi kedai-kedai kecik tepi tu.
Di Pantai Senggigi ni jugak rapanya ada pelabuhan untuk ke Gili Trawangan. Selalunya tengok pelancong ja yang naik speedbot naik dan turun di sini. Orang tempatan tak naik di sini sebab jauh. Depa naik di Pelabuhan Bangsal yang kedudukannya lebih dekat dengan Gili-gili ini. Jarak perjalanan kalau dari Pelabuhan Senggigi ke Pelabuhan Bangsal lebih kurang 20 minit.
Kebetulan waktu abang mai tu ada penduduk tempatan di Senggigi ni buat kejohanan bola sepak pantai di tepi pantai. Haa la nama pun bola sepak pantai. Kalau main kat dalam gelanggang tu orang panggil futsal. Melalut pulak dah.
Meriah jugak kejohanan depa mengalahkan Piala Dunia. Yang penyokongnya di belakang pun sempoi bersorak bukan main. Lagi sempoi ada pengulas lagi tu yang buat rancak lagi.
Tak boleh dok dekat sangat takut depa tersepak pasir masuk mata. Mumut dan adik abang pi solat dulu di surau berhampiran sementara abang dok usya bola sepak pantai. Ada kemudahan seperti toilet & surau berhampiran Pelabuhan Senggigi ni.
Nak masuk waktu Maghrib baru kami balik semula ke Mataram. Dok nego nak beli souvenir masa balik tu yang lama. Tak sempat kami nak meronda Pura Batu Bolong yang terkenal di Lombok ni sebab hari dah gelap. Ronda malam-malam pun di tepi pantai tak nampak apa. Lagipun kawan adik abang, Mumut pun ikut sekali. Bahaya pulak kalau bawak orang perempuan naik motor malam-malam ni. Kalau abang sorang-sorang abang tak belasah dah tu ronda.
Sampai di Pantai Senggigi. Sepanjang jalan masuk lepas parking motor tu ada deretan kedai menjual souvenir. |
Ah sudah. Beberok ni natang apa pulak dah? Kerabu berok? |
Di Pantai Senggigi ni jugak boleh tengok penawaran servis 'Live on Board' di Flores. Jauh jugak tu nak pi Flores dari Lombok ni. Harga tau sajalah ni. |
Inilah dia Pantai Senggigi yang menjadi sebutan bila berbicara mengenai Pulau Lombok. Senggigi dan Lombok berpisah tiada. |
Pelabuhan Senggigi. Boleh nampak geng-geng pelancong yang baru turun speed boat dari Gili Trawangan. |
Cuaca Pantai Senggigi yang sedikit suram petang ni. Macam nak hujan pun ada. |
Ada yang tengah tunggu nak naik bot ke adik beradik Gili ni. |
Pelancong luar terutama mat saleh boleh dilihat merata-rata di Pelabuhan Senggigi. |
Ada yang cari makan jual hasil kraftangan di Pantai Senggigi. |
Nak beli seluar gaya pantai pun ada. |
Perahu ni ada nama dia. Abang tak ingat. |
Pelabuhan Senggigi di kejauhan. |
Ayaq nyoq kalau siapa nak minum ada makcik-makcik yang lalu lalang jual. |
Kerusi-kerusi tempat melepak resort sebelah punya. Kalau cuaca elok depa tengok sunset kat Pantai Senggigi ni. |
Penjual kain ni ada di mana-mana. |
Partai Perindo Persatuan Indonesia. |
Pertandingan bola sepak pantai di Pantai Senggigi. |
Balik hotel tengok perkembangan semasa. Berita banjir di Malaysia. |
Berita banjir di Malaysia di siaran berita Indonesia. |
Suasana malam di Mataram masih meriah dengan deruan kenderaan. Masjid-masjid indah dengan lampu menghiasi keindahan malam di bumi Lombok.
Mumut balik ke rumah dia dan abang balik semula ke Hotel Idoop selepas sepetang berada di Pantai Senggigi. Malam tu kami tak makan apa dah sebab petang tadi baru lepas pekena 'Bebek Goreng Pondok Galih'. Kenyang mengah dah ni.
Dok pikir perjalanan esoknya nak ronda naik skuter pi mana. Selalunya macam ni la. Tak ada plan khusus nak pi mana sehari-hari. Malam sebelum tu baru abang buat kajian peta bumi jalan-jalan mana yang nak lalu dan lokasi menarik untuk dilawati.
Tengok-tengok ada cerita banjir Malaysia di siaran berita Indonesia ni. Pada masa yang sama juga berita penerbangan terjejas di Bandara Lombok (Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok) akibat erupsi Gunung Agung di Bali bermain di media massa.
Seriau abang. Hari tu Airport Ngurah Rai di Bali pun ditutup 2 hari akibat erupsi Gunung Agung ni. Dah la abang nak lintas balik semula ke Bali untuk balik ke Malaysia lagi 3 hari ni.
Bacaan lain: Catatan Trip Segera Trans Nusa Tenggara
Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 1: Kuala Lumpur-Bali
Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 2: Menjejak Air Terjun Nungnung
Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 3: Bali-Labuan Bajo
Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 4: Labuan Bajo-Pulau Padar
Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 5 : Dari Pulau Padar ke Pulau Komodo
Trip Segera Nusa Tenggara | Part 6: Pink Beach - Manta Point
Trip Segera Nusa Tenggara | Part 7: Lintasan Labuan Bajo-Sape-Bima-Mataram(Lombok)
Trip Segera Nusa Tenggara | Part 8: Mataram (Lombok)
Trip Segera Nusa Tenggara | Part 9: Pantai Senggigi Lombok
Trip Segera Nusa Tenggara | Part 10: Pantai Nambung & Bukit Merese Lombok
Trip Segera Nusa Tenggara | Part 11: Feri Lombok ke Bali
Trip Segera Nusa Tenggara | Part 12: Kembali ke Bali - Air Terjun Tegenungan
Trip Segera Nusa Tenggara | Bahagian Akhir - Bali ke Kuala Lumpur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan