Iklan

29 Jun 2018

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 11: Feri Lombok ke Bali



Ni sambungan dari kisah balik meronda Pantai Nambung & Bukit Merese sebelum ni. Dah puas meronda abang pulangkan semula skuter lebih kurang pukul 10.00 malam. Abang dah mesej bagitahu kat brader Frentz Rental tu untuk ambik balik skuter ni di Idoop Hotel. Dia sampai tepat pada waktunya. Mudah berurusan kalau nak sewa motor di Lombok ni. Hangpa boleh cuba cari Frentz Rental ni.

Kenapa pulang skuter awal sangat? Bukan ke esok pun boleh pulangkan?

Abang kena pulangkan malam ni jugak sebab esok abang dah tak ada di Lombok. Malam ni jugak abang akan naik feri menyeberang dari Lombok ke Bali.

Bunyi menyeberang ni macam haram sangat bunyinya. Oklah. Abang akan naik feri dari Lombok melintasi ke Bali.

Ada ke feri malam-malam ni?

Mengikut kajian abang sebelum tu memang ada feri yang beroperasi 24 jam melintasi jalur Lombok ke Bali dan sebaliknya. Ni feri yang boleh bawak kereta & penumpang tu tau, yang macam di Pulau Pinang.

Untuk naik feri dari Lombok ke Bali, mula-mula apa yang perlu lakukan?

Ya, kita kena tahu kat mana nak naik feri ni. Kalau di Pulau Lombok, ada banyak pelabuhan. Untuk naik feri ke Bali, kita kena naik di Pelabuhan Lembar.

Hangpa jangan cari Pelabuhan Bangsal. Yang tu untuk kita naik bot ke Gili Trawangan. Dan jangan jugak pi Pelabuhan Kayangan. Yang tu untuk kita naik feri pi Pulau Sumbawa macam sebelum ni masa abang mai hari tu.

Negara kepulauan Indonesia ni banyak pulau. Dan feri inilah yang mengubungkan satu pulau ke pulau yang lain.

Pelabuhan Lembar di Lombok menghubungkan feri dengan Pelabuhan Padang Bai di Bali. Akan ada feri berulang-alik antara Lombok & Bali melalui pelabuhan ini 24 jam sehari. Setiap sejam sekali feri akan berlepas.

Macam mana nak bergerak dari Mataram ke Pelabuhan Lembar ni?

Kalau siang mungkin banyak pilihan yang boleh kita guna untuk bergerak. Boleh naik teksi, ojek, Uber dan sebagainya. Tapi kalau belah malam macam mana?

Abang check-out dari Idoop Hotel jam 3.00 a.m. Ya, pukul 3.00 pagi abang dah check-out hotel dari mataram untuk ke Pelabuhan Lembar untuk naik feri ke Bali. Liat oi nak bangun tengah-tengah pagi semata-mata nak bersiap naik feri ke Bali.

Jarak masa perjalanan feri dari Lombok ke Bali mengambil masa lebih kurang 5 jam. Jadi abang pikir kalau dapat naik feri waktu Subuh elok la dapat sampai di Bali dalam waktu tengahari.

Abang cuba menggunakan perkhidmatan Uber di Indonesia buat kali pertama di Lombok ni. Memang nekad nak cuba cari Uber pukul 3.00 pagi ni. Kalau ada rezeki ada. Kalau tak ada kena la pikir cara lain untuk ke Pelabuhan Lembar. Tak pun sambung tidoq balik.

Itu je pilihan yang ada waktu tengah pagi ni.





Pukul 3.00 pagi dah check-out dari Idoop Hotel Mataram. Bergegas cari Uber di Lombok tengah-tengah pagi untuk ke Pelabuhan Lembar. Nak naik feri ke Bali.

Selamat tiba di Pelabuhan Penyeberangan Lembar pagi-pagi buta.

Alhamdulillah. Ada rezeki naik Uber pagi tu dari Mataram ke Pelabuhan Lembar. Jarak perjalanan lebih kurang 30 KM atau setengah jam jugak naik kereta.

Seram jugaklah naik Uber di tempat asing kalau pagi-pagi buta ni. Abang dan adik abang dapat naik kereta Suzuki. Mujur la drebar Uber yang kami dapat tu ramah tamah. Tambang Uber dari Idoop Hotel ke Pelabuhan Lembar dalam IDR 85k (RM24). Kalau kongsi berdua baru RM12 lebih sorang. Huhu.

Subuh di Lombok ni lebih kurang pukul 4.30 pagi. Elok abang sampai tu dalam pukul 4.00 pagi. Tunggu nak masuk dekat pukul 4.30 pagi baru abang boleh naik feri.

Tiket feri penyeberangan Lombok ke Bali ni berharga IDR 46k (RM13). Tiket feri beli on the spot waktu tu jugak. Ada kaunter yang beroperasi 24 jam.

Feri ni akan bagi kenderaan masuk semua dulu di bahagian bawah baru penumpang boleh naik duduk di atas. Feri ni lebih kurang macam feri abang naik dulu dari Sumbawa ke Lombok, tapi yang ni syok sikit ruangan atas dia. Fasiliti dia terbaik sikit.

Di atas feri ni ada surau untuk solat Subuh. Abang solat Subuh atas ni la sementara tunggu feri nak bergerak. Pukul 5.00 pagi jugak baru feri bergerak meninggalkan Pelabuhan Lembar di Pulau Lombok.

Kalau lapar nak sarapan pagi ada kafetaria kat atas feri. Taman permainan pun ada di bahagian atas. Nak baring ke apa ada bahagian dengan katil bertingkat lagi. Aircond semua sejuk. Penumpang yang naik pun tak ramai.

Abang melepak di luar tengok suasana pagi menjelang matahari naik. Memang layan.

Lepas tu abang mengorak langkah la duduk depan TV di bahagian penumpang. Depa pasang movie cerita apa entah tapi layan jugak. Dengan kerusi yang sedap ni abang terlena. Dah bangun pagi tadi pukul 2.00 bersiap berkemas nak check-out dari hotel.

Tiduq jaga tiduq jaga. Tak berapa nak lena sangat kalau tidur atas kerusi ni. Nak pi kawasan yang ada katil tu malas pulak.

Bila lapaq bangun pi cari makan kat kafetaria. Ada la dia jual makanan ringan macam mee segera & roti. Boleh la buat alas perut.

Menghampiri Pulau Bali, abang keluar menjenguk keluar. Cuaca tak berapa panas di sekitar. Kelihatan dari jauh Gunung Agung yang menjadi sensasi berita dunia dalam seminggu dua ini.

Gunung Agung masih mengeluarkan asap dan debu. Mungkin cuaca yang sedikit redup ni berpunca dari debu yang berterbangan di angkasa raya mengakibatkan pancaran matahari sukar menembusi lapisan ini.

"Bahaya ya debunya"

Kata seorang bapak sambil menyedut menghabiskan Surya beliau.

Cuaca mendung di sekitar Pelabuhan Padang Bai di Bali akibat debu vulkanik Gunung Agung.

Siklon tropika 'Cempaka' yang berlangsung pada masa yang sama di Indonesia menolak debu vulkanik hingga ke Lombok mengakibatkan penutupan Bandara Lombok semalam.


Tambang feri penyeberangan Lombok ke Bali berharga IDR 46K (RM13). Pakcik yang jaga kaunter tiket mata kuyu je mengantuk. Dah kami je orang yang beli tiket feri pukul 4.00 pagi ni.

Keselamatan pelabuhan diutamakan. Ada pakcik-pakcik RELA yang berjaga.


Tarif tiket feri Lombok ke Bali. Dewasa IDR 46k. Kanak-kanak IDR 29k.

Pondok pendataan sementara bencana erupsi Gunung Agung Bali yang terdapat di Pelabuhan Lombok.

Feri penyeberangan Lombok-Bali setiap sejam sekali ada.

Ni bangunan tempat beli tiket feri dan ada ruang menunggu Pelabuhan Lembar Lombok. Ada surau jugak dalam ni.

Lepas bayar tiket feri, kita akan dapat kad macam ni. Kad ni nanti serah masa nak naik feri.

Pekerja-pekerja Pelabuhan Lembar tengah rehat sat.

Selamat naik ke dalam feri Dharma Rucitra III keberangkatan Lombok-Bali. Depan sekali ni ada macam pentas kecil.

Ruangan penumpang yang agak selesa di dalam feri Dharma Rucitra III Lombok-Bali.

Sebelah sana ada meja makan.

Syarikat kapal untuk dihubungi.
Ada kawasan katil bertingkat. Tapi macam karpet. Bukan katil. Tapi ok jugak kalau nak lepak kat sini. Boleh baring main telefon.



Kenderaan berat ada di bahagian bawah feri. Banyak lori-lori besar ja.

Ruang legar belakang feri.

Ada taman permainan kanak-kanak atas feri.

Pukul 5.00 pagi baru feri bergerak dari Pelabuhan Lembar Lombok ke Pelabuhan Padang Bai Bali.

Feri jenis ni memang biasa kita lihat menghubungkan negara kepulauan Indonesia.

Ada feri lain yang dah berlepas dulu. Ni mesti lagi awal masuk tadi ni.

Dah cerah sikit baru feri abang bergerak keluar dari Pelabuhan Lembar Lombok.


Aktiviti berselfie giat dijalankan tatkala feri baru berlepas tidak kira rakyat tempatan mahupun rakyat asing.

Brader tadi ambik gambaq mat saleh ni la. Belakang ni serombong feri.

Berulang-alik tiap hari dari Bali-Lombok, faktor keselamatan feri diutamakan.

Ada tangga untuk turun ke bahagian penumpang di bawah.

Suasana pagi yang masih dingin.

Tak nampak penumpang di kalangan kanak-kanak.

Feri bergerak perlahan meninggalkan bumi Lombok.

Ni bahagian kenderaan di bawah feri. Rapat lagi padat.

Brader ni siap boleh bawak keluar tali tangsi buat mengail.



Santai di belakang feri. Abang tak sempat merasa pun duduk kat kerusi rehat tu. Depa dah conquer habis.

Kelibat Gunung Agung di Bali boleh dilihat di tengah laut masa naik feri.

Abang tak tentu hala nak duduk mana pun tak tau. Sekejap naik atas, sekejap turun bawah, sekejap tidur. 5 jam kot kat atas feri.
`
Cuaca mendung nak hujan tak hujan. Mungkin daripada debu vulkanik Gunung Agung cuaca jadi macam ni.

"Bahaya ya debunya". Kata seorang bapak sambil menghembus asap dari sebatang rokok Surya yang dihisap beliau.

Semua tidak ketinggalan nak ambil gambar Gunung Agung yang meletus.



Baru nampak ayaq laut kaler biru sikit.

Itulah Gunung Agung yang menjadi tajuk bualan masyarakat dan media massa seminggu dua ni. Kampung-kampung di kawasan sekitar Gunung Agung telah dikosongkan.

Menghampiri Pelabuhan Padang bai di Bali.

Selamat tiba di Pelabuhan Padang Bai Bali lebih kurang pukul 11.00 pagi.

Jarak perjalanan dari Lombok ke Bali menaiki feri lebih kurang 5 jam.

Alhamdulillah. Selamat jugak tiba di Bali semula setelah seminggu meninggalkan Bali untuk ke Labuan Bajo, dan kembali semula ke Bali ikut jalan darat dan laut.

Sampai di Pelabuhan Padang Bai, penumpang boleh turun dulu dari feri.

Alhamdulillah. Akhirnya kami menjejakkan kaki semula ke Bali setelah seminggu keluar dari Bali dan kembali semula mengikut jalan darat dan laut.

Abang dan adik abang sampai di Pelabuhan Padang Bai Bali lebih kurang pukul 11.00 pagi. Turun di pelabuhan, kami kena cari pengangkutan untuk ke Kuta.

Kalau ikut kajian abang ada bas Perama Tour yang berulang alik dari Padai Bai-Kuta-Padang Bai. Tapi sehari ada 4 kali ja. Pagi 2 kali, petang dua kali. Tambang dalam IDR 75k.

Mula-mula abang ingat nak naik bas ni, tapi nak kena tunggu lama pulak sampai petang baru ada. Kalau tunggu sampai petang rugi masa pulak kat sini. Kalau boleh abang nak cepat-cepat sampai Kuta. Kat sana ingat nak sewa motor lagi sehari nak ronda.

Kalau tak naik bas, kita juga boleh naik 'chartered car' atau kereta sewa yang dikongsi ramai-ramai. Kalau nak ambik sebiji kereta pun boleh tapi kos tinggi la sikit.

Turun dari pelabuhan kita boleh tengok ada banyak kereta yang dok parking di suatu kawasan lapang. Penumpang-penumpang yang turun feri dari Lombok dengan abang tadi ada di antara mereka yang nak ke Kuta. Jadi masa ni la hangpa nak kena cari 'geng' mana yang nak ke Kuta.

Tapi di Pelabuhan Padang Bai ni tak jumpa la preman-preman yang dok kalut tanya nak pi mana semua. Kalau ada tu mesti naik rimas. Kita cari ja kumpulan-kumpulan mana yang tengah nego dengan pakcik drebar kereta tu. Tanya nak pi mana. Kalau kena dengan destinasi dan nak cukupkan orang kita boleh naik sekali.

Kat sini depa ada sistem macam persatuan gitu. Ada yang uruskan pemandu mana yang akan bergerak, satu demi satu. Depa siap ada jadual lagi.

Kereta yang besar-besar MPV macam Toyota Innova yang selalu depa guna nak bawak penumpang. Sumbat betul sumbat tak bagi can punya.

Abang dapat satu kereta ni yang dikongsi ramai-ramai. Ada yang destinasi lain, tapi ikut laluan yang sama. Boleh nega harga tengok dengan drebar kereta berapa kos untuk seorang.

Abang dan adik abang dapat naik kereta sewa dari Padang Bai ke pusat bandar Kuta dengan harga IDR 150k seorang.

Turun dari Pelabuhan Padang Bai nak cari pengangkutan untuk ke Kuta.

Ni pakcik-pakcik supir kereta sewa. Depa ada persatuan kat sini. Boleh tanya depa macam mana nak ke Kuta & berapa kalau tambang harga nak naik kereta sewa ke Kuta. Nanti depa akan carikan kereta mana yang nak ke Kuta,

Ni Toyota Innova  dari Pelabuhan Padang Bai untuk ke Kuta. Naik ramai-ramai penuh satu kereta ni. Hangpa nak sewa satu kereta saja pun boleh kalau berduit.

Ni abang supir orang Bali. Dia yang akan susun penumpang dan beg letak di belakang.

Padat haih naik satu kereta penuh. Ada 7 orang semua. Mujur la jenis MPV.

Kat sini ada persatuan. Sat lagi giliran supir lain pulak. Depa ada rekod nama supir semua.

Ada polisi mengawal di pintu keluar masuk Pelabuhan Padang Bai.




Penumpang dalam Innova ni ada 7 orang. Dah cukup sendat dah abang rasa. Yang geng orang perempuan duduk di tengah. Lelalki yang sihat-sihat semua duduk di belakang. 

Abang lemas. Bukan dalam dakapan, tapi dalam asap rokok Surya. Orang belakang ni dalam dok sempit pun dia boleh bantai hisap rokok!

Dalam perjalanan dari Padang Bai ke Bali ada je penumpang yang turun ke destinasi masing-masing. Dah clear sikit baru ada ruang nak duduk selesa sikit.

Kami merupakan penumpang yang terakhir turun di Kuta. Jarak perjalanan dari Padang Bai ke Kuta lebih kurang sejam setengah jugak. Nak hadap jem apa lagi.

Kami minta supir yang bawak Innova ni berhenti di Hotel Alron, tempat kami menginap di Kuta. Sayangnya abang terlupa nak ambik gambaq hotel. Tapi dia betul-betul di pusat bandar Kuta. Kalau nak jalan kaki pusing Kuta senang.

Harga bilik untuk semalam lebih kurang RM100 duit kita. Abang tak booking online hotel ni awal-awal, sampai di Kuta terus walk-in je.

Baru buat kajian nak duduk mana semua semalam, masa dok di feri dari Lombok ke Bali.

Alhamdulillah. Lengkap perjalanan Trans Nusa Tenggara dari Bali ke Labuan Bajo naik flight, balik semula ke Bali melintasi jalan laut dan darat. Pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Eh belum, belum habis lagi cerita Trans Nusa Tenggara ni. Ni baru cerita dah sampai semula ke Bali.

Dah sampai Alron Hotel ni abang mesej semula kakak yang abang sewa motor mula-mula sampai di Bali hari tu nih. Kakak tu senang, boleh Whatssaps ja nak sewa motor. Untuk sehari pun boleh. Kita bagitahu je bila kita nak sewa, motor nanti dia akan hantar ke hotel.

Mudah kan?

Ok sampai sini saja dulu. Nanti abang sambung cerita sewa motor ni pi ronda cari ayaq terjun lagi sebelum balik semula ke Malaysia. 

Bersambung ke Trip Segera Nusa Tenggara | Part 12: Kembali ke Bali - Air Terjun Tegenungan


Bacaan lain: Catatan Trip Segera Trans Nusa Tenggara














4 ulasan:

  1. wah kapal dia mcm crusise dah. last naik kapal kat indonesia siap tdo atas lantai berlapikkan tuala. mabuk terus..

    byk nak kena kejar ni, last bc part 5 baru..huhu

    BalasPadam
  2. tak sabar tunggu part seterusnya ni

    BalasPadam
  3. Ingat nak pi bulan 5 tahun depan... Bagus juga catatan nie.. Boleh guna sbg panduan. Dapat Lepas ker lagi covid nie.. Tak tahu lah

    BalasPadam
  4. Terima kasih. Buat masa sekarang rasanya susah lagi nak keluar dalam setahun dua ni sebab Covid-19. Kena tunda dulu rancangan. Hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...