Iklan

17 Mei 2014

180 Hours Trans Borneo Backpacking : Kundasang - Ranau

Sambungan dari 180 Hours Trans Borneo : Kota Kinabalu - Kundasang 

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Semalam balik dari pekan Kundasang dalam keadaan kesejukan, gua terus baring merebahkan diri di katil. Terasa lesu badan selepas seharian mengharungi perjalanan bermotosikal seorang diri dari Kota Kinabalu ke Kundasang ini. Sedar-sedar dah cerah rupanya.

Gua cadang nak bangun pada waktu Subuh, tetapi entah macam mana boleh terlajak bangun pukul 9.00 pagi. Subuh gajah la jawabnya. Cuaca sejuk dan faktor kepenatan dikatakan menjadi punca sampai jam loceng telefon pun tak dengar. Gua cepat-cepat bersiap berkemas dan mandi. Janji dengan Pakcik Ginus nak check-out awal pagi, tapi dah terlewat dah ni. Banyak tempat yang dirancang untuk dijelajahi hari ini di sekitar Kundasang dan Ranau yang tak sempat dijelajahi semalam.

Gua ke rumah pakcik Ginus yang terletak betul-betul dihadapan homestay-nya untuk memulangkan semula kunci bilik kepadanya, tetapi disambut oleh anak perempuannya. Katanya Pak Ginus tak ada. Rupanya ada di sebelah bilik tempat gua menginap je rupanya, sedang menyiapkan bilik untuk tetamu yang akan sampai pada hari tersebut.

Pak Ginus ni ada banyak homestay di sekitar kawasan Kampung Mesilau ni. Dia sempat tunjukkan satu homesetay milik beliau di atas satu bukit. Katanya kalau yang datang dengan keluarga yang ramai boleh la menginap di situ. Sebelum meninggalkan Qistina Inap Desa milik pakcik Ginus, beliau sempat ambil gambar gua 2-3 keping untuk dipromosi dalam Facebook Page Qistina Inap Desa milik beliau. Rasa retis sangat. Haha

Gua meninggalkan Kampung Mesilau dengan ucapan berbanyak terima kasih kepada Pakcik Ginus. Kalau tak jumpa Pakcik Ginus semalam, mungkin gua dah tidur di beranda surau. Layanan mesra beliau membuatkan gua rasa berat nak meninggalkan Kampung Mesilau di Kundasang ni. Bagi sesiapa yang berkunjung ke Kundasang boleh la menginap di Qistina Inap Desa Homestay milik Pakcik Ginus ini di Kampung Mesilau, tidak jauh dari Desa Dairy Milk Farm.

Seterusnya gua mencari stesen minyak di Kundasang. Minyak yang diisi RM 5.00 di Kota Kinabalu semalam dapat bertahan sehingga ke hari ini. Jimat la jugak motorsikal Demak C90 ni. Cari punya cari dan tanya orang tempatan, jumpalah stesen minyak Shell di Kundasang ini.

Gua ingatkan stesen minyak Kundasang ni besar dan moden, rupanya boleh dikatakan agak 'cowboy' . Inilah satu-satunya stesen minyak yang ada di Kundasang. Gua isi minyak RM 8.00, penuh satu tangki dan penuh satu botol air mineral 1.5 liter sebagai simpanan. Kot tak ada stesen minyak dah lepas ni di kawasan tanah tinggi Kundasang ni.


Homestay Qistina Inap Desa, Kampung Mesilau.

Qistina Inap Desa milik Pak Ginus.

Keadaan persekitaran Kampung Mesilau.

Dari beranda Qistina Inap Desa.

Kenderaan pacuan empat roda yang menjadi kenderaan utama penduduk Kampung Mesilau.

Setiap bilik di Qistina Inap Desa mempunyai nama tersendiri.

Bersiap mengemas.

Bilik gua menginap. Tengkuyu.

Suasana sejuk sepanjang masa di Kampung Mesilau.

Rumah penduduk Kampung Mesialu.

Boleh ambil nombor telefon Pak Ginus untuk sebarang pertanyaan.

Kokokan pagi sang ayam.

Di sebelah homestay, ada sebuah bukit kecil. Kata Pak Ginus, kalau cuaca baik boleh nampak puncak Gunung Kinabalu.

Boleh tengok kawasan sekitar Kampung Mesilau.

Aktiviti pertanian di cerun bukit sekitar Kundasang.

Kabus menyelubungi Gunung Kinabalu, tak dapat tengok puncak.

Rumah Pak Ginus.

Pemandangan dari Kampung Mesilau ke Kundasang.

Jentera Demak C90 yang menemani gua sepanjang perjalanan berbukit bukau merentasi banjaran Crocker di Sabah.

Suhu dingin yang sentiasa menyelubungi Kundasang.

Lebih kurang macam Cameron Highland .

Stesen minyak Kundasang yang klasik.

Stesen minyak Shell Kundasang.

Bayar di bahagian dalam. Nanti pakcik tu akan set kan meter. Semua guna manual.


Sekali sekala ada la kereta masuk nak isi minyak.

Destinasi yang pertama yang dituju adalah ke Ranau lebih kurang setengah jam perjalanan dari Kundasang. Sebelum itu gua sempat menyinggah di pasar Kundasang, di mana terdapat berderet gerai yang menjual buah-buahan dan sayur-sayuran di sepanjang bahu jalan. Sempat la beli buah 3 paket RM 5.00. Sambil sambil tu sesaja temu ramah akak penjual buah. Katanya kebanyakan buah di Kundasang adalah dari luar, bukan dari Kundasang sendiri. Gua sempat jugak tanya jalan nak ke Ranau, atau lebih tepat ke Spa Ikan Sungai Moroli di Kampung Luanti. Memang ramah orangnya dan segala informasi yang diberikan membantu gua mencari tempat tersebut.

Gua singgah di pekan Ranau dalam perjalanan ke Kampung Luanti. Pekan Ranau ni agak besar dan ada beberapa stesen minyak, tidak seperti di Kundasang. Betul kata akak penjual buah, cuaca di Ranau panas. Jalan menuju ke Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti adalah jalan yang sama ke Poring Hot Spring. Akan jumpa Poring Hot Spring dulu, baru jumpa Spa Ikan Sungai Moroli di Kampung Luanti. Ikut saja jalan Ranau - Sandakan akan jumpa lah 'Tagal' Sungai Moroli di Kampung Luanti ini. Kalau nak dikira dari pekan Ranau, agak jauh jugak untuk sampai ke sini, tetapi ia betul-betul berada di tepi jalan besar. Boleh nampak papan tanda yang tertulis Sabah Tea sebelum itu, dan simpangnya depan sahaja sedikit. Gua pun mula-mula terlajak jugak. Kalau nampak sungai di sebelah kiri, maksudnya betul lah tu.


Buah-buahan yang dijual di pasar Kundasang.

Pelbagai pilihan buah-buahan yang boleh dipilih di Pasar Kundasang.



Pasar Kundasang di bahu jalan menghala ke Ranau.

Sayur-sayuran segar.


Banyak pilihan di Pasar Kundasang ini.

Beraneka warna.


Buah avocado pun ada.

Jalan menuruni bukit ke pekan Ranau.

3 paket RM 5.00.

Di seberang jalan ada kedai bunga.

Berhenti singgah di Pasar Kundasang sebelum ke Ranau.


Kakak Sumandak yang melayan gua.













Rumah tumpangan yang murah di sekitar pekan Ranau.

Hanya singgah sebentar melihat suasana harian di pekan Ranau.


Model Demak.

'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti yang terletak di Daerah Ranau merupakan salah satu tarikan pelancong yang datang ke negeri Sabah. Apakah yang dimaksudkan dengan 'Tagal' ? 'Tagal' dalam dialek Kadazan/Dusun bermaksud ‘dilarang memancing’. 'Tagal' merupakan satu sistem dimana sesiapa sahaja tidak dibenarkan menangkap ikan di suatu kawasan sungai dalam satu tempoh masa tertentu. Sesiapa yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan hukuman berat. Kalau di Sabah tertera perkataan 'Tagal' di suatu kawasan sungai tu bermaksud kita tak boleh menagkap ikan di kawasan itu, termasuklah penduduk tempatan. Oleh kerana itu, ikan-ikan di sini besar-besar belaka dan dapat membiak dengan baik di samping kebersihan sungai yang terjaga. 

'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti ni terdapat banyak ikan kelah yang jinak-jinak, yang akan menggigit kaki bila mana kita masuk ke dalam air. Memang tak tahan. Pedih. Berpuluh ekor dekat kaki dalam satu masa. Kalau nak banyak lagi, boleh beli makanan ikan yang ada dijual di sini . Untuk masuk ke dalam 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti ini anda dikenakan bayaran sebanyak RM 5.00 untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas, RM 2.00 untuk pelajar dan mereka dibawah 18 tahun. Warganegara asing dikenakan bayaran RM 10.00. Tapi bagi mereka yang tinggal di kawasan Ranau tiket berharga RM 3.00 dikenakan.

Parking di 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau.

Ada gerai kecil dan tempat istirehat di tempat membeli tiket masuk ke Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti.

Kadar bayaran 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau. Gua bayar Rm 5.00 untuk kaki sahaja.

Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti.

Tunggu di khemah, sebelum dipanggil masuk ke sungai.

'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau.

Letak je kaki, berderu ikan kelah datang.

'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau.

Setiap pengunjung diberikan masa sebanyak 15-20 minit setiap sesi.

Takut-takut nak letak kaki.

'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau.

Geli-geli.


Ikan kelah yang menggigit kaki.

'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau.
'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau.

Seminit pun tak tahan !

'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau.

Kalau boleh rasa nak sauk bawa balik.

'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau.

Tengah baca jampi panggil ikan mai.

Ada banyak jenis ikan yang ada di Tagal Sungai Moroli ni. Abang dah geli geleman dah dia dok gigit-gigit kaki.

Sua tangan pun dia mai tokak. Dia dok ingat ada makanan.

Kalau beli makanan lagi meriah dia mai dekat. Makanan ikan RM 1.00 sebungkus.

Geng makcik-makcik tak melepaskan peluang bermain dengan ikan di Tagal Sungai Moroli.

Ikan tengas, ikan kelah, kadang kala ikan keli pun ada!

Dia paling suka gigit tang tumit kaki. Bahagian lagi dia tak berapa nak gemar.

Ikan lagi besaq dari adik ni.

Air keruh sikit lepas musim hujan.

Betul-betul gigit. Tak bagi peluang langsung !

Beremut ikan.

Pelancong luar yang turut serta.

Ikan kelah besar-besar di 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti ini.


'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau.

Seronok bawa budak-budak.

'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau.

Siap pegang ikan.

Setiap pengunjung diberikan masa di antara 15-20 minit untuk setiap sesi. Bila dengar bunyi siren tu maksudnya masa dah tamat dan perlu kembali semula ke khemah. Cukuplah tu, lama-lama sat lagi boleh hilang kaki kena gigit dengan ikan kelah kat 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti ni. Balik dari 'Tagal' Sungai Moroli, gua bermotosikal ke Ladang Teh Sabah yang simpangnya lebih kurang 100 m sahaja dari 'Tagal' Sungai Moroli tadi. Jalan sedikit mendaki dan off-road berjaya diharungi dengan Demak gua. Di bahagian atas ini, kita boleh melihat Ladang Teh Sabah yang bercerun ala-ala Cameron Highland. Di samping itu, terdapat kawasan kilang pemprosesan teh, restoran dan kedai yang menjual buah tangan untuk pengunjung. Untuk pengetahuan, Ladang Teh Sabah (Sabah Tea Garden) adalah merupakan satu-satunya ladang teh organik di kepulauan Borneo. Sabah Tea yang dijual di pasaraya tu datangnya dari sini lah. Gua tak makan apa pun, cuma pusing-pusing melihat suasana sekeliling Ladang Teh Sabah. Ada kemudahan seperti tadika dan gelanggang tennis untuk pekerja di sini oleh kerana jarak yang agak jauh untuk ke pekan Ranau. Cuaca agak panas di Ladang Teh Sabah yang terletak di Kampung Nalapak ini.







Jalan off-road untuk naik ke atas Ladang Teh Sabah.

Sabah Tea, Ladang Nalapak.


Kawasan parking kereta Sabah Tea.


Boleh menginap jugak di Ladang Teh Sabah ini.

Sabah Tea Garden Souvenir Shop.














Oleh kerana tiada apa sangat yang menarik, gua turun kembali ke jalan besar. Kali ni gua mengahala pulang ke Kundasang melalui jalan yang sama semasa datang tadi. Ceritanya nak jelajah ke Desa Dairy Farm pulak. Jam menunjukkan jam 3.00 petang. Cuaca memang panas terik. Kenapa gua tak pergi pagi tadi ke Desa Dairy Farm dari Kampung Mesilau ? Kan dah dekat tu ? Jawapannya belum buka lagi waktu pagi tadi kata orang tempatan. Nak tengok aktiviti lembu, datanglah waktu petang. Cuaca pun cantik dan panorama pun menarik bila lembu dilepaskan meragut bebas berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu.

Pengunjung punyalah ramai masa gua sampai di Desa Dairy Farm ni. Musim cuti sekolah barangakali, loghat Kedah, Kelantan semua ada kat sini. Semua muka orang Semenanjung yang datang bercuti di Kundasang, tu yang homestay penuh minggu tu. Untuk masuk ke Desa Dairy Farm ini dikenakan bayaran sebanyak RM 3.00 seorang dewasa macam gua. Lanyak habis-habisan Demak gua ni. Main kawasan main naik bukit turun bukit dua hari ni. Memang betul apa yang depa kata kawasan Desa Cattle Dairy Farm ni macam New Zealand. Subhanallah cantik sungguh pemandangan.

Masa gua sampai, kelihatan lembu susu dilepaskan meragut bebas di padang rumput. Orang punya la ramai nak bergambar dengan lembu. Suka gua tengok gelagat orang ni. Yang berselfie pun apa kurangnya. Yelah, dah sekali sekala datang tempat orang, kawasan pun cantik macam di Kundasang ni takkan nak tengok saja kan. Gua masuk ke dalam kawasan bangunan Desa Dairy Cattle Farm ini. Tengok punya la panjang barisan, rupanya beratur nak beli aiskrim. Gua terus masuk ke dalam kawasan tempat orang ramai melihat susu lembu diperah, tetapi hampa seekor lembu pun tak ada. Rasanya semua dah keluar meragut rumput kot. Selain aiskrim, di sini jugak dijual pelbagai jenis produk yang dihasilkan sendiri oleh Desa Dairy Cattle Farm. Antaranya seperti susu segar pelbagai perisa. Sambil sambil jalan boleh la beli susu segar di sini. Gua satu apa pun tak beli, memandangkan gua bukan peminat susu segar. 

Dah puas melilau kat Desa Dairy Cattle Farm ni, gua pun ambik motorsikal dan beredar. Tak boleh lama-lama di sini, kalau lambat memang gelap la sat lagi. Jam menunjukkan jam 4.30 petang. Dari Kundasang ini, gua akan menuju ke utara menuju ke Kudat. Sebelum tu, gua singgah sembahyang di surau Kampung Mesilau, tempat gua sembahyang semalam. Cuaca sedikit baik, menampakkan puncak Gunung Kinabalu yang terselindung oleh kabus sebelum ini. Subhanallah. Lawa sungguh. Kalau boleh nak tenung lama-lama Gunung Kinabalau dari bawah sini. 


Jalan mendaki di Kundasang.

Indahnya pemandangan petang.

Padang ragut New Zealand di Malaysia.

Jalan kecil ke Desa Dairy Cattle Farm.

New Zealand Malaysia di Kundasang.














Tempat melepak.


Aktiviti bergambar rancak di sini.





Pelancong punya ramai.


Papan tanda arah.



2100 meter dari paras laut.

Rumah kecil di tengah padang rumput.


Pemandangan Gunung Kinabalu dari Desa Dairy Cattle Farm.


Sesi fotografi orang kahwin.


Melepak ambil gambar dulu sebelum beredar dari Desa Dairy Cattle Farm.


Subhanallah. Indah sungguh Gunung Kinabalu.

Moga diberikan peluang lagi untuk mengembara di bumi Kundasang ini.


Berbekalkan sebuah motorsikal dan sebuah bag kecil, selamat tiba di Kundasang.





Sabah, Negeri di Bawah Bayu.

Bermotosikal merentasi tanah tinggi Kundasang.

Gunung Kinabalu menampakkan puncaknya.

Latar belakang Gunung Kinabalu.


Alangkah indah dapat duduk di Kampung Mesilau ni lama sikit, hari hari pun tak jemu tengok Gunung Kinabalu.

Kedai kecil di Kampung Mesilau. Harga barang lebih kurang je dengan bandar besar walaupun jauh di pedalaman.

Masjid Al-Hikmah Kg Mesilau tempat gua menunaikan solat.

Beli Nescafe dan air sebelum memulakan perjalanan ke Kudat dari Kundasang.


Pusat Internet  Kampung Mesilau. Ada wifi percuma di kawasan ini.

Keluar dari Desa DairyCattle Farm lebih kurang jam 4.30 petang, gua terus ke surau Kampung Mesilau tempat gua menyinggah semalam untuk solat. Tak boleh lama-lama dah di Kundasang kerana hari semakin gelap. Di Sabah, keadaannya cepat gelap dan cepat cerah. Pukul 6.00 petang dah gelap menghampiri Maghrib. Gua solat jamak di sini sebelum meneruskan perjalanan ke utara negeri Sabah iaitu menuju ke bandar Kudat, lebih kurang 150 KM dari Kundasang. Rancangan nak bergerak awal petang, tetapi terlajak hingga lewat petang. Sempat gua membeli bekalan air minuman di salah sebuah kedai kecil di Kampung Mesilau untuk bekalan perjalanan. Keadaan jalan sewaktu petang sedikit baik berbanding hari sebelumnya. Cuaca agak redup dan kurang berkabus. Gua agak akan sampai malam nanti di Kudat, tapi perlu melalui Kota Belud dan Kota Marudu dahulu. Memang lewat la jawabnya sampai ke Kudat.

Bersambung ke 180 Hours Trans Borneo : Kundasang - Kudat


// Catatan Travelogue 180 Hours Trans Borneo //


9 ulasan:

  1. Balasan
    1. Yup. Kampung-kampung di Kundasang dan Ranau ni cantik belaka.

      Padam
  2. Subhanallah...Cantik...kamera cap apa hang pkai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakai kamera telefon Lenovo ja. Edit-edit sikit pakai Photoscape.

      Padam
  3. Bro, minta email atau whatapp.. banyak yang nak tanya pasal percutian ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh hubungi Facebook Page Budak Letrik. Terima kasih.

      Padam
  4. Terima kasih.

    Semua yang berlaku dengan izin tuhan:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...