Iklan

09 April 2014

Penang - Sik Bikepacking : Masjid Kapitan Keling, Penang


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.

Dah selesai sarapan pagi di warung Roti Canai Transfer Road, gua meneruskan kayuhan. Kayuhan seterusnya pagi ini dengan misi tersendiri. Mencari tandas terdekat kerana sakit perut selepas sarapan tadi. Macam mana tak sakit perut, dah la pekena Nasi Ganja Bagan dah pagi tadi, sambung pulak dengan Roti Bakar Transfer Road. Mujur ada pengalaman sikit-sikit jalan di Penang ni, maka tak sesat sangatlah melilau di Pulau Pinang ni. 

Dari Jalan Transfer gua menuju ke Lebuh Chulia, berdekatan dengan Nasi Kandar Line Clear terdapat sebuah masjid diberi nama Masjid Jamek Alimsah Waley. Dari dulu lagi gua mai Penang mesti nak singgah jugak masjid ni. Masjid ni kecil sahaja di bahu jalan, dihimpit oleh rumah-rumah kedai. Ada tempat berehat ala-ala raudah di sekitar kawasan masjid ini. Berdekatan masjid ini juga ada sebuah kubur kecil. Tak dapat dipastikan siapa yang dikebumikan di sini. Tapi bila masuk masjid ni gua rasa nyaman sekali. Lepak sat pi tandas dulu !

Masjid Jamek Alimsah Waley, Lebuh Chulia, Penang.

Ruang berehat yang dikatakan itu. Pokok kurma tak silap gua yang memayungi taman masjid ni.


Lepak rehat dulu sebelum meneruskan kayuahn ke destinasi seterusnya.
Gua meneruskan kayuhan ke Masjid Kapitan Keling, yang merupakan salah satu masjid yang tertua dan terkenal di Pulau Pinang ini. Suasananya tenang dan nyaman di perkarangan masjid. Cuaca pun tidak terlalu panas dan tidak juga terlalu sejuk. Lama juga gua memerhatikan senibina masjid ini yang dibina oleh pedagang-pedagang India Muslim sekitar tahun 1800 sebelum dinaiktaraf dan dipelihara sehingga kini. Kelihatan pelancong-pelancong asing bergambar di kawasan perkarangan masjid. Di sekitar kawasan masjid terdapat banyak kedai emas dan permata. Ada sejarahnya kawasan ini suatu ketika dulu. 

Gua sempat mengambil beberapa keping gambar dan menghayati senibina Masjid Kapitan Keling ini. Ada juga beberapa orang pelajar yang tekun melakar senibina masjid. Datang seorang Minah Saleh menyapa gua dari belakang. Tersentak gua seketika. Rupanya nak tanya di mana 'street art' di Penang ni. Gua pun tak tahu kat mana sebenarnya street art ni. Yang gua pasti tak jauh dari kawasan Masjid Kapitan Keling ni. Check internet baru tahu kebanyakan street art terletak di Armenian Street. Gua pun terus bergegas ke sana.

Suasana pagi hari di Pulau Pinang.
Masjid Kapitan Keling, Penang

Suasana sekitar Masjid Kapitan Keling, Penang

Pelancong asing dengan basikal sewa masing-masing.

Tabik !

Nasi Kandar Beratur bersebelahan Masjid Kapitan Keling, Penang.

Nasi Kandar Beratur Pulau Pinang.

Deretan kedai emas berhadapan Masjid Kapitan Keling, Penang

Seronok main basikal.

Kedai emas dan permata banyak terdapat di kawasan Masjid Kapitan Keling ini.

The iconic of  Masjid Kapitan Keling, Penang

Gambar bersama basikal itu wajib.

Menara Masjid Kapitan Keling, Penang

Lebuh Buckingham.




Tugasan pelajar mungkin di Masjid Kapitan Keling, Penang


Tekun melukis Masjid Kapitan Keling.


Sejarah Masjid Kapitan Keling.


Tahukah anda?

Nama Kapitan Keling adalah berasal dari perkataan Captain of India yang dialih bahasakan dari "Captain" menjadi "Kapitan" manakala perkataan "Keling" adalah gelaran untuk kaum pendatang dari benua India yang digunakan oleh masyarakat Melayu pada kurun-kurun yang terdahulu.

Bersambung ke Penang - Sik Bikepacking : Street Art & Jetty Chew


// Catatan Travelogue Penang-Sik Bikepacking //

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...