Iklan

26 April 2014

180 Hours Trans Borneo Backpacking : Menumbok / Beaufort


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Selepas membeli tiket bot laju dari Labuan ke Menumbuk yang berharga RM 7.50, para penumpang dikehendaki menunggu di ruangan berlepas. Di tiket penumpang masing-masing ada tertulis nombor bot yang akan dinaiki nanti. Tunggu sahaja sehingga nombor bot dipanggil, baru boleh turun ke jeti untuk menaiki bot.  

Gua melepak tunggu di Terminal Feri Labuan ni dekat setengah jam baru dapat naik bot. Setiap bot dapat memuatkan 15 orang penumpang. Kecil sahaja bot laju berwarna oren dari Labuan ke Menumbok ni. Terpaksa duduk berhimpit-himpit sikit la dalam tu. Budak-budak sekolah, bayi dan bermacam jenis orang ada sekali dalam bot laju ni. Beg dan bagasi penumpang pun turut dimuatkan sekali dalam ruangan kecil ini.  Yang peliknya, tiket bot bukan main canggih tapi jaket keselamatan tak disediakan untuk penumpang.

Deruman enjin bot agak hingar dan membingitkan telinga. Yang paling syok, perasaan membelah ombak guna bot laju ni memang mengujakan betul. Kecut perut bila dilambung ombak. Bagi gua, ini antara pengalaman naik bot yang paling feel gua rasa pernah naik setakat ini. 

Di dalam ruangan bot bermacam jenis adegan kita boleh lihat. Semuanya bermain dengan perasaan sendiri. Ada yang pekup muka, ada yang tutup mata, ada yang bermuka loya dan yang termuntah pun ada. Bagi mereka yang nak cuba kena tahan la sikit mabuk laut naik bot laju dari Labuan ke Menumbuk ni. Mujur jarak atau pun masa perjalanan tidak begitu lama. Lebih kurang 30 minit sahaja dari Terminal Feri Labuan, kita dah sampai ke jeti Menumbok.


Ruang menunggu Terminal Feri Antarabangsa Labuan.

Tiket bot laju dari Labuan ke Menumbok dengan tambang berharga RM 7.50 seorang selepas diskaun.

Pandangan dari Terminal Feri Labuan.

Bot laju yang membawa penumpang dari Labuan ke Menumbok.

Bot laju Labuan-Menumbuk.

Bot laju Labuan - Menumbok yang boleh memuatkan hampir 15 orang penumapang.

Macam-macam perasaan dapat dilihat bila dilambung ombak ketika menaiki bot laju dari Labuan ke Menumbok.

Akak depan gua kecut perut ketika bot laju membelah ombak.

Jarak masa perjalanan hampir setengah jam menaiki bot laju dari Labuan ke Menumbok.

Bayi yang ada sebelah gua.

Selamat tiba di jeti Menumbok.

Perkampungan nelayan di Menumbok.

Melangkah tiba di jeti Menumbok ala-ala Awan Dania.

Feri besar yang membawa muatan kenderaan yang berulang-alik dari Labuan ke Menumbok.

Nak naik feri Labuan-Menumbok ni pun boleh. Murah tapi ambil masa 2 jam.

Keluar dari jeti Menumbuk, ada restoran dan tempat menunggu minivan di kawasan berhampiran. Minivan akan membawa penumpang ke bandar bandar berhampiran seperti Beaufort. Gua melepak sekejap di restoran kepunyaan seorang tauke cina yang ramah.

Sempat bersembang tanya tauke kedai pengangkutan untuk ke Kota Kinabalu. Katanya naik van dari Menumbuk ke Beaufort, kemudian naik bas dari Beaufort ke Kota Kinabalu. Kalau tak nak naik bas, boleh jugak naik keretapi dari Beaufort ke Kota Kinabalu (Tanjung Aru).

Tapi jadual keretapi dari Beaufort ke Kota Kinabalu (Tanjung Aru) berlepas pada jam 4.30 petang. Gua ingat nak naik keretapi, tapi dah lewat pulak nanti bila tiba di Kota Kinabalu. Nak kena naik bas lagi dari Tanjung Aru ke Kota Kinabalu. 

Gua ambil keputusan untuk naik bas sahaja ke Kota Kinabalu dari Beaufort. Cepat sikit. Boleh la sampai di Kota Kinabalau petang nanti. Gua mencari van untuk ke Beaufort. Ada satu van baru sahaja bertolak ke Beaufort. Penuh dah dengan penumpang.

Ada salah seorang pakcik drebar van suruh naik vannya. Tapi kena tunggu sekejap untuk penuhkan penumpang. Lebih kurang jam 11 pagi baru bertolak dari Menumbuk. Gua duduk di sebelah pemandu van tadi. Ramah bersembang.

Perjalanan melalui kampung-kampung dan ladang kelapa sawit. Sedar-sedar dah sampai di bandar Beaufort sejam kemudian. Setiap penumpang dikenakan tambang RM10 seorang untuk perjalanan dari Menumbuk ke Beaufort.

Salah sebuah kedai makan di pekan Menumbok yang menjadi persinggahan orang ramai.


Van yang membawa penumpang dari Menumbok ke Beaufort dan kawasan sekitarnya.

Van Menumbuk-Beaufort

Laluan pejalan kaki ke jeti Menumbok.

Pekan Menumbok yang terletak di negeri Sabah.

Pekan Menumbuk

Van dipanggil Bas Mini membawa penumpang ke bandar besar seperti Beaufort.

Persekitaran kawasan jeti Menumbok.

Jeti Menumbok yang agak sibuk dengan kenderaan dan orang ramai yang ingin ke Labuan.


Gua sampai di pekan Beaufort lebih kurang jam 12 tengahari, hampir masuk waktu Zuhur. Van yang membawa penumpang dari Menumbuk menurunkan penumpang di stesen bas Beaufort betul-betul di hadapan Masjid Besar Beaufort. Gua terus ke Masjid beaufort untuk menunaikan solat Zuhur dan caj telefon selesai sembahyang. Gua lepak di masjid hingga jam 3 petang. Sempat lelap mata sekejap.

Gua kembali ke stesen bas Beaufort mencari pengangkutan untuk menyambung perjalanan ke Kota Kinabalu. Ada bas kuning yang tertera perkataan Beaufort-Terminal K.K, tapi tak ada orang pun. Ada 2-3 orang pakcik makcik turut menunggu di stesen bas Beaufort ini. Datang sebuah van yang katanya akan ke Kota Kinabalu. Gua menaiki van tersebut dengan makcik pakcik tadi. Hampir penuh van dengan penumpang.

Harga tambang mengikut jarak perjalanan. Kalau turun awal murah sikit. Van akan berhenti-henti mengambil dan menurunkan penumpang, macam bas mini. Sebelum naik, drebar van kutip RM12 bagi tambang ke Kota Kinabalu yang merupakan destinasi terakhirnya.

Terminal Bas Beaufort.

Makcik-makcik tengah tunggu bas di Terminal Bas Beaufort.

Bas kuning yang dikatakan akan ke Kota Kinabalu dari Terminal Bas Beaufort.

Semua ni bukan nak pi Kota Kinabalu. Ada yang akan naik bas kuning berhenti di mana-mana pekan sebelum Kota Kinabalu.

Bas kuning Beaufort - Kota Kinabalu.

Pekan Beaufort yang agak lengang.

Pekan Beaufort mempunyai deretan kedai yang banyak.

Menuju ke Masjid Besar Beaufort.

Kubah besar Masjid Beaufort dari pandangan dalam masjid.

Menara Masjid Beaufort.

Masjid Beaufort yang menjadi mercu tanda pekan kecil ini.

Masjid Beaufort.

Menunggu bas di Teminal Bas Beaufort. Bas Kuning tak tahu bila nak jalan.

Backpack kecil Deuter tiruan Vietnam menjadi teman kembara Trans Borneo.

Van yang dinaiki dari Terminal Bas Beaufort menuju ke Kota Kinabalu.

Kalau nak minum-minum ada kantin kecil di Terminal Bas Beaufort ini.

Macam-macam bangunan dan pejabat ada berhampiran Terminal Bas Beaufort.

Kedai banyak, orang tak nampak pun di pekan Beaufort ni.

Menaiki van bersama penumpang lain ke Kota Kinabalu.

Pemandangan sepanjang perjalanan dari Beaufort ke Kota Kinabalu.

Melintasi jambatan.

Melintasi jambatan di Papar.

Selamat tiba di Kota Kinabalu.

Bilik dorm Bonubi Backpacker Lodge

Ruang melepak.

Gua ingat selonggok RM 2.50 mula-mula tu. Tanya balik telan air liuq je lah.

Bakar-bakar wajib ada di Pasar Filipina Kota Kinabalu.









Masa perjalanan dari Beaufort ke Kota Kinabalu adalah lebih kurang 2 jam setengah. Gua selamat tiba di Kota Kinabalu jam 5.30 petang. Waktu itu hampir senja. Gua cari masjid untuk solat Maghrib dulu berdekatan Kampung Ayer. Ada masjid di atas bukit berhampiran terminal teksi dan bas di Kota Kinabalu ni. Gua tak ingat apa nama masjid ni.

Selepas Isyak baru gua melilau mencari lokasi penginapan bajet di Kota KInabalu ini. Gua berjalan kaki ke akawasan Australian Place tidak jauh dari masjid tadi. Ada banayk rumah tumpangan atau guesthouse yang berpatutan di sini. Gua ambil keputusan untuk tinggal di Bonubi Backpacker Lodge. Gua ambil bilik dorm yang dikongsi 4 orang satu bilik. Harga RM25 untuk semalam. Ada aircond siap.

Gua letak bag dan keluar merayau mencari makan di Kota Kinabalu. Gua menapak ke Centrepoint Sabah mencari makanan segera sebelum pulang merayau mengikut pasar malam Sinsuran. Hari yang panjang dan letih hari ini bermula di Labuan hingga menjejakkan kaki di Kota Kinabalu.

4 ulasan:

  1. Thanks...kenangan lama mengimbau kembali ketika di MENUMBUK DAN LABUAN.

    BalasPadam
  2. Mahal juga bas mini dari menumbuk ke kota kinabalu.. Hampir RM22.. Kalau naik bas besar dalam RM18 kalau tak silap..

    BalasPadam
  3. gua gua. tak best la nak membaca nampak karangan mcm ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...