السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Fuh lama jugak abang tak buka blog yang bersarang ni sekian lama. Maaf sibuk sikit dengan aktiviti luar. Ini pun cerita baru-baru ini jugak. Trip
backpacking ke Brunei dan Sabah yang tidak disangka-sangka ini membawa gua ke bumi Borneo lagi.
Kembara yang mengambil masa lebih kurang seminggu ini gua namakan sebagai projek
'180 Hours Trans Borneo'. Nampak nama bukan main glamer bukan?
Walaupun kisah pengembaraan tak sehebat mana, nama projek haruslah gempak. Perjalanan
'180 Hours Trans Borneo' ini bermula dari negara Brunei Dasussalam dan dari situ membawa gua sehingga ke tanah terhujung Borneo di daerah Kudat di negeri Sabah.
Mod atau jenis pengangkutan seperti biasa gua menggunakan pengangkutan awam darat dan air seperti bas dan feri. Untuk trip kali ni istimewa sikit sebab ditambah dengan sebuah motorsikal yang disewa di Kota Kinabalu. Ala-ala
touring sikit kali ni.
Gua bagi hangpa layan gambar dululah untuk sesi
preview '180 Hours Trans Borneo' ni. Nanti gua mula cerita di catatan yang berikutnya.
Laluan Perjalanan 180 Hours Trans Borneo
- Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
- Labuan
- Menumbok
- Beaufort
- Kota Kinabalu
- Kundasang
- Ranau
- Kota Belud
- Kota Marudu
- Kudat
- Simpang Mengayau
|
Peta perjalanan merentasi Borneo bermula dari Brunei Darussalam hingga ke Kudat, Sabah. |
|
Touchdown Lapangan Terbang Bandar Sri Begawan, Brunei Darussalam. |
|
Signboard atau papan tanda di negara Brunei semuanya dihiasi dengan tulisan jawi. |
|
Perkampungan penduduk Kampung Ayer, Brunei Darussalam. |
|
Pasar Tamu Kianggeh, Brunei Darussalam. |
|
Masjid Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam. |
|
Senja di Kampung Ayer, Brunei Darussalam |
|
Surau |
|
The Iconic of Masjid Omar Ali Saifuddin. |
|
Kubah Emas Masjid Omar Ali Saifuddin. |
|
Masjid Omar Ali Saifuddin. |
|
Rumah moden Kampung Ayer |
|
Kampung Ayer |
The journey took you about a week kan? Sorang je untuk journey Trans Borneo kali nie? Baru tau there's such thing of 'The Tip of Borneo'.
BalasPadamYup, satu minggu Zaarab. Solo je sampai ke Tips of Borneo ;-)
PadamBRO, camna nak sewa moto tuh? dari mana?
BalasPadamBoleh sewa motor di Wisma Sabah di Kota Kinabalu. Cari tour agent GoGoSabah, dia ada menyediakan perkhidmatan menyewa motorsikal.
BalasPadamSignboard tulisan Jawi tu comel-2
BalasPadamhttp://typophile.com/node/122435